Anda di halaman 1dari 8

Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John

Masakan - Roti Share

Homemade Sos Lada Hitam Bahan-bahanya sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis* 3 sudu kecil serbuk lada hitam* 2 inci halia* 1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)* 2 ulas bawang putih* 1/2 kiub pati ayam maggi* 2 sudu besar gula beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya. 1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih. 2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol. 3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.

Untuk Resepi Roti John Bahan-bahanya 3 roti hotdog 2 biji telur 2 keping daging burger lembu dimasak dahulu dan dipotong kecil-kecil sedikit kobis dihiris halus

1/2 sudu besar serbuk kari daging 1/2 cawam mix vegetable garam lada sulah sedikit minyak masak ( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis ) Cara-cara 1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecil, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati. 2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan. 3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur, lebarkan sedikit mengikut saiz roti hotdog dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing. 4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan. 5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

roti john siap ditoppingkan dengan sos lada hitam, mayonis dan sos cili

roti john sudah dipotong berberapa bahagian

kaya dengan rasa yang sungguh memikat

sedap dimakan panas-panas

Nota: Sos lada hitam ni boleh disimpan di dalam peti ais dan jangka hayat nye lebih kurang 3 minggu, pastikan disimpan di dalam botol bertutup.

Anda mungkin juga menyukai