Anda di halaman 1dari 4

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

27 Ogos 2012 Kami tiba di Taman Pertanian Jubli Perak, Kuantan kira- kira jam 3.30 petang dengan menaiki bas. Kami semua diarahkan memilih khemah masing- masing. Khemah yang dipasang siap ole pihak jabatan taman pertanian begitu cantik dan kemas. Kami semua tidak lagi perlu memasang khemah setibanya kami di tapak perkhemahan. Khemah lelaki jauh daripada khemah perempuan. Tandas dan tempat mandi juga selesa dan sesuai untuk aktiviti perkhemahan. Kami semua di benarkan rehat dan mengemas barang perkhemahan selama selam lebih. Selepas itu kami diarahkan berkumpul semula pada jam 5.30 petang untuk acara menurunkan bendera. Pada petang itu, ketibaan kami disambut dengan hujan begitu lebat serta kilat. Namun kami tetap tabah menempuhinya. Malam itu, kami sepatutnya ada majlis perasmian tetapi Tuan pengarah tidak dapat menghadirkan diri kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi, kami diberi taklimat aktiviti sepanjang kami berada di perkhemahan itu. Taklimat disampaikan oleh Encik Ahmad Yani. Pada jam 11 malam, kami dibenarkan balik ke khemah dan tidur. Kepada PBSM dan Pandu Puteri, mereka akan menjadi sentri pada malam itu. 28 Ogos 2012 Kami diarahkan berkumpul pada jam 7.00 pagi dan memakai pakaian uniform seragam untuk acara menaikkan bendera perkhemahan. Selepas itu, kami dibenarkan kembali ke khemah menukar baju utuk menjalankan aktiviti yang seterusnya. Pada jam 8.30 pagi, kami berkumpul di dewan makan untuk belajar ikatan dan simpulan. Pelbagai ikatan dan simpulan yang kami pelajari. Kami maka tengahari pada jam 1. Selepas makan dan solat, kami bersiap sedia untuk aktiviti orienteering. Ini hanya untuk ahli unit beruniform yang terlibat sahaja. Pengalaman pertama kami menyertai aktiviti orienteering dan mencari bearing arah berpandukan soalan yang diberikan. Agak sukar bagi kami untuk membaca

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

bearing kerana kami tidak biasa dengan kompas. Pandu puteri merupakan kumpulan pertama yang dilepaskan untuk aktiviti orienteering selepas itu barulah Pengakap, PBSM dan seterusnya.

29 Ogos 2012 Pada hari ketiga ini, aktiviti disebelah pagi adalah upacara menaikan bendera. Selepas itu kami makan pagi di dewan makan. Pada pukul 8.30 pagi, ahli unit beruniform yang terlibat dengan Masakan Rimba diminta berkumpul untuk mengambil bekalan makanan yang dibekalkan untuk setiap kumpulan. Mereka dibekalka dengan telur, ubi, tepung gandum dan macam- macam lagi. Selepas itu mereka dilepaskan untuk mencari kawasan untuk memasak dan seteterusnya menggali lubang untuk dibuat dapur. Mereka terpaksa menggunakan ranting- ranting kayu untuk memasang api. Mereka tidak dibekalkan dengan dapur atau apa saja barang kelengkapan dapur.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada sebelah petang, kami mengadakan pertandingan kawad kaki. Ternyata kesemua pasukan menunjukkan kehebatan berkawad masing- masing.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada sebelah malam, kami mengadakan malam kebudayaan. Ada beberapa persembahan yang dipersembahkan oleh uit beruniform masing- masing seperti dikir barat, sketsa, qasyidah, koir dan tarian India.

30 Ogos 2012 Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kawad kaki, orienteering dan malam kebudayaan. Pada jam 12.30 tengahari, kami mengemas barang- barang memasak dan pakaian kami untuk pulang ke maktab semula.

Anda mungkin juga menyukai