Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEM JATI DIRI PEMIMPIN SEKOLAH 2012

Hari Tarikh Masa Tempat

Pertama : 14 Februari 2012

: :

2.45 petang-12.45 malam Kem Sri Tembila, Besut

Bermula 14 Februari 2012 telah diadakan Kem Jati Diri Pemimpin Sekolah 2012 peringkat Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh. Kem ini mengambil masa selama tiga hari iaitu pada 14-16 Februari 2012. Sebelum program dijalankan, telah diadakan beberapa sesi perbincangan bersama guru dan pengawas-pengawas sekolah sebagai persiapan diri untuk ke program tersebut.

Program kem jati diri ini bukanlah program yang pertama kali diadakannya kerana program sebegini akan diadakan sebegini akan diadakan setiap tahun bagi memantapkan lagi jati diri dan sifat kepimpinan seseorang pengawas sekolah tersebut. Pada 14 Februari, peserta kem telah mendaftar diri di Kem Sri Tembila pada pukul 2.45 petang. Selepas itu mereka diberi taklimat ringkas tentang peraturanperaturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kem oleh askar yang bertugas. Seterusnya, pada pukul 4.15 petang mereka mempersiapkan diri untuk menunaikan solat Asar yang diketuai oleh Ustaz Abu Suhaimi.

Tepat jam 5.00 petang, para peserta didedahkan dengan pengenalan kawad dan berpeluang untuk melihat pameran senjata oleh jurulatih kem. Murid-murid juga berpeluang untuk memegang senjata berkenaan sementara dipantau jurulatih

tersebut. Ini adalah pengalaman yang berharga bagi peserta kem yang belum pernah melihat senjata-senjata yang digunakan askar semasa bertugas untuk menentang musuh negara. Selepas itu, tepat jam 6.15 petang murid-murid mempersiapkan diri untuk mandi dan makan malam. Pada 7.30 malam, murid-murid ke surau bersama Ustaz Abdul Razak untuk solat Magrib/solat Isyak dan renungan malam. Jam 9 malam ceramah ringkas diberikan kepada para peserta oleh GPK HEM dan berakhir dengan minum malam jam 10.30 malam.

Hari Tarikh Masa Tempat

Kedua : 15 Februari 2012

: :

5.30 pagi-11.00 malam Kem Sri Tembila, Besut

Program hari kedua bermula jam 5.30 pagi dimana peserta mempersiapkan diri untuk solat subuh, senaman pagi dan sarapan pagi. Pada pukul 8 pagi peserta perlu menghadirkan diri ke dewan untuk mendengar ceramah dan aktiviti LDK yang di ketuai oleh Encik Rosairie. Pada pukul 10 pagi murid murid disantapkan dengan sedikit kudapan untuk mengalas perut. Seterusnya program dimeriahkan lagi dengan ceramah oleh pihak MAIDAM jam 10.30 pagi.

Setelah selesai makan Tengahari, majlis disambung dengan ceramah jemputan yang diuruskan oleh para urusetia. Selepas itu, jam 4 petang murid-murid solat asar dan pada pukul 5 petang mereka perlu melakukan aktiviti luar selama sejam bersama jurulatih kem, para guru yang bertugas iaitu Encik Zulmee, Encik Ruslan, Encik Rosli.

Jam 6 petang murid-murid dijamukan dengan makan malam iaitu jamuan BBQ. Kami iaitu guru-guru praktikum turut dijamukan dengan makanan-makanan yang lazat seperti nasi goreng, ayam, pencuci mulut dan sebagainya. Pada petang itu, sebahagian guru sekolah turut padang bagi memeriahkan jamuan BBQ tersebut. Setelah jamuan berakhir, murid-murid mempersiapkan diri untuk Solat Magrib dan Solat Isyak bersama urusetia AJK ibadat. Tepat jam 9 malam LDK kedua di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka diberikan tugas untuk mengasingkan biji lada hitam dan kacang hijau hanya berbekalkan sebatang lilin. Kumpulan yang dapat mengasingkannya dengan cepat dikira sebagai pemenang. LDK kali ini amat menggalakkan mereka di samping menambahkan keseronokan mereka menjalani program ini. Program pada hari ini berakhir dengan minum malam jam 10.30 malam. Pada malam ini, kami selaku guru praktikum turut meringankan tulang membungkus hadiah untuk diberikan kepada jurulatih-jurulatih kem sebagai tanda penghargaan SKPJ kepada mereka.

Hari Tarikh Masa Tempat

Ketiga : 16 Februari 2012

: :

5.30 pagi-12.00 tengahari Kem Sri Tembila, Besut

Pada hari ini merupakan hari terakhir para peserta berada di Kem Sri Tembila. Program bermula seperti biasa iaitu pada pukul 5.30 pagi yang dimulakan dengan Solat subuh dan aktiviti senaman pagi dan sarapan pagi. Jam 8.30 pagi telah dijalankan latihan pemerhatian untuk persiapan majlis penutup nanti. Kami iaitu guru praktikum turut membantu para peserta dalam menyediakan persiapan dewan, hadiah dan menjadi juru acara majlis penutup tersebut. Tepat jam 10.45 pagi bermulalah majlis penutup yang diserikan oleh Tuan Guru Besar, Engku Naemah binti Engku Taib. Guru besar telah memberikan sedikit kata-kata rangsangan dan amanat kepada para peserta. Seterusnya turut diadakan majlis penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta dan penyampaian cenderahati kepada para jurulatih yang terlibat. Jam 12 tengahari majlis bersurai dan para peserta dan guru-guru yang terlibat bertolak pulang.

Anda mungkin juga menyukai