Anda di halaman 1dari 21

Teori Pembelajaran Kognitif

Jerome Bruner & David Ausubel

Kognitif
Kognitif = Segala perkara yang berkaitan dengan kognisi (pemikiran) seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan

Jerome Bruner (1915-)


Bruner mengatakan bahawa konsep mengetahui adalah satu proses Lazimnya, apabila murid diberi satu situasi yang agak kompleks ,murid akan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan membuat penemuan

3 cara untuk memahami dan memproses maklumat dari persekitaran


Enaktif-melalui perbuatan dan manipulasi Ikonik-melalui pembentukan imej dan penstrukturan pembelajaran-memerhati dan persepsi pergerakan

Simbolik-melalui perkataan/bahasa dan simbol

Kurikulum spiral
Kurikulum perlu melibatkan penguasaan kemahiran asas yang akan membantu penguasaan dari peringkat rendah kepada peringkat tinggi Kurikulum disusun mengikut urutan dan setiap unit pembelajaran berhubungkait dengan yang sebelumnya Contoh: basikal menuruni bukit Murid sek rendah: basikal semakin laju (Enaktif) Pelajar sek men (F4): Eksperimen pecutan troli melalui maklumat graf (Ikonik) dan formula pecutan a=F/m (Simbolik)

Kurikulum Spiral
Rendah Menengah Menengah Atas

Membuat pengalaman tentang objek yang terapung

Membentuk imej mental tentang kaitan jisim dan isipadu yg membolehkan bahan terapung (Membuat kiraan jisim dan isipadu)

Menggunakan prinsip Archimedes utk menjelaskan prinsip keapungan dan menggunakan formula tertentu
Menjelaskan konsep penitratan dan menggunakan maklumat utk mencari bil. mol, JMR, kepekatan, isipadu dsgnya (M1V1=M2V2)

Memerhati perubahan Memerhatikan proses warna kertas litmus peneutralan (campuran dalam asid dan bes asid dan bes + penunjuk universal), dan memahami bahawa proses ini menghasilkan garam dan air (melalui perubahan warna dsbnya)

Apa itu Pembelajaran Penemuan?


Pembelajaran jenis ini menggalakkan muridmurid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif Khusus Umum (induktif) Contohnya dalam mata pelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh mamalia, kemudian meminta murid-murid untuk menyatakan ciriciri mamalia berdasarkan contoh yang diberi tadi.

Apa itu Pembelajaran Penemuan?


Menurut Bruner, murid-murid belajar melalui pengalaman Dengan itu guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid-murid utk membuat penemuan Pengalaman seperti ini mendatangkan pelajaran yang bermakna Ini bermakna aktiviti seperti eksperimen, projek, lawatan dan kajian luar hendaklah dikendalikan

Model Pembelajaran Induktif


KHUSUS

Murid diperkenalkan dengan pengalaman dan mempelajari konsep khusus yang ingin ditemui Guru membantu murid menganalisa contoh-contoh dengan melihat persamaan dan perbezaan Guru memberi bimbingan untuk membentuk konsep dan idea umum Murid membina kefahaman tentang konsep dan mengaplikasikan konsep dalam situasi berbeza

UMUM

Implikasi Pembelajaran Penemuan Bruner dalam Bilik Darjah


Murid-murid diberi peluang dalam pembelajaran untuk meneroka dan membuat penemuan konsep sendiri Guru menyediakan suasana dan kemudahan pembelajaran yang membantu murid Membantu murid bagaimana hendak belajar Murid mempelajari kemahiran yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah dalam situasi baru dan konsep yang berikutnya Membina motivasi dalaman dan luaran (intrinsic & extrinsic reward) apabila murid berpuas hati dengan pembelajaran Memberi peluang kepada murid untuk membuat penemuan kendiri (heuristics discovery) untuk pembelajaran bermakna lebih cepat menyelesaikan masalah sekiranya lebih efektif dalam membuat penemuan Pembelajaran penemuan membantu dalam proses hafalan/ingatan
10

Contoh soalan:
Dengan merujuk buku teks atau sukatan mata pelajaran Sains, bincangkan dua aktiviti yang boleh mengaplikasikan kaedah pembelajaran penemuan Bruner.

Magnet (Tahun 4) -menyiasat alam fizikal


Bagaimana aktiviti ini dijalankan?

Magnet berlainan bentuk

Mengenalpasti kekuatan magnet

Nyatakan pengalaman sedia ada murid

Asid & Alkali (Tahun 5) -menyiasat alam bahan


Bagaimana aktiviti ini dijalankan?

Bahan-bahan makanan

Mengenalpasti bahanbahan berasid dan beralkali

Karbohidrat (Ting 1)
Jenis-jenis makanan Mengenalpasti makanan yang mengandungi karbohidrat. Apakah konsep utama unit ini?

Bagaimana aktiviti ini dijalankan?

David Ausubel (1918-2008)


Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yg bermakna dan bukan pembelajaran penemuan Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran ekspositori Menggunakan penyusunan awal mengingati konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari
15

Teori
Advance Organizer (AO)/pendedahan/pengurusan awal.

Teori ini menekankan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru. Struktur pembelajaran penerimaan bertitik mula AO perbandingan dan AO ekspositari

AO perbandingan: maklumat baru dengan maklumat sedia ada ataupun skema. AO ekspositari: maklumat umumyang diberi sebelum pembelajaran maklumat khusus agar maklumat baru dapat diserap/diasimilasi dengan mudah.

2. Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru. 1. Pengetahuan sedia ada yang berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari Contohnya: struktur kognitif akan menyusun semula maklumat tentang logam untuk membolehkan struktur kognitif memproses maklumat tentang aloi.

AO Perbandingan

2. Pendedahan maklumat umum dengan lebih awal dan dipersembahkan agar pelajar mempunyai pengethuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baharu. 1. Guru memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks, lakaran peristiwa apabila pelajar tidak mempunyai pengetahuan sedia ada. Contohnya: guru hendaklah mengajar tentang logam terlebih dahulu sebelum topik aloi. Guru hendaklah mengedar maklumat tentang logam dalam bentuk pembacaan awal.

AO Ekspositari

Model Pembelajaran Deduktif (Umum-Khusus)


KHUSUS

Guru memperkenalkan konsep Guru menjelaskan konsep Guru memberikan contoh2 Murid meneliti contoh2 yg diberikan

UMUM

Implikasi terhadap P&P


1. Maklumat umum tentang sesuatu topik dipersembahkan sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkannya dengan lebih teperinci. 2. Gunakan bahan penyampaian pengajaran yang berkait dengan penegtahuan sedia ada murid/pembelajaran lepas. 3. Maklumat yang diberi hendaklah sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu.

4. Susun atur penyampaian P&P secara teratur mengikut langkah demi langkah serta mengguna bahan dan bahasa yang sesuai ikut peringkat umur.
5. Menyediakan ABM yang konkrit sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman murid serta penyampaian guru.

Sistem Suria (Tahun 6) -menyiasat bumi & alam semesta


Bagaimana aktiviti ini dapat dijalankan dengan menggunakan konsep penyusunan awal yg dicadangkan oleh Ausubel?

Matahari & planet

Anda mungkin juga menyukai