Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Pensyarah Norhayaty Binti

Ismail. Atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Kerja Kursus Projek Berasaskan ilmu PPG merupakan satu tanggungjawab rutin yang diamanahkan kepada guru pelatih bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku antara pensyarah dan guru. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario berbeza yang menjelma dalam minda setiap guru pelatih. Ada yang menganggap kehadirannya sebagai aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya hanya sebagai beban yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, guru yang berkualiti menghadapinya dengan minda terbuka kerana KKP ini merupakan salah satu pengaliran ilmu secara tidak disedari yang mampu member kesan jangka panjang kepada guru PPG. Jika dihalusi objektif Jadual Penentuan Tugasan (JPT) KKP semester ini, dapat difahami misinya ialah pengaplikasian penaakulan ilmu yang diperoleh melalui renungan kendiri secara reflektif mahupun pembacaan intensif dalam menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan mampu mengatasi jurang pemikiran yang berbeza antara murid. Rentetan daripada itu, menerusi penyataan misi tersebut, dapat saya simpulkan bahawa, kehendak sebenar JPT pada kali ini adalah untuk melahirkan seorang bakal guru yang mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri secara reflektif serta bijak mencerakinkan dan menggabungjalinkan kemahirankemahiran pedagogi yang dimiliki dalam menghasilkan sesi pengajaran yang mantap dan berkesan. Justeru itu untuk merealisasikan objektif tersebut dua tugas penting mesti kami laksanakan. Yang pertama ialah melihat pada kandungan sukatan matapelajaran budaya dan pembelajaran itu sendiri. Secara langsung kita memahami bahawa Negara kita mempunyai kepelbagaian budaya dan penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa. Rentetan daripada itu peranan guru adalah untuk memahami konsep kepelbagaian budaya itu sendiri kerana ia merupakan elemen yang penting bagi merapatkan hubungan masayarakat majmuk

Disediakan Oleh: Adriana Patrick (PSV1/Kohort 2 (2013)

M/s 1

melalui integrasi nasional. Guru merupakan tonggak utama dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada, diri, bangsa dan Negara. Melalui pencerakinan tugasan tersebut, saya merasakan KKP kali ini amat mencabar dan memerlukan iltizam dan ketekunan yang tinggi agar semua prosesnya dapat disiapkan sesempurna yang boleh. Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak. Tanpa semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita jalankan akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu, penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan yang efesien dan berkualiti tinggi. Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan KKP ini telah saya jadikan iktibar dan pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui tindakan susulan yang bersesuaian.

Disediakan Oleh: Adriana Patrick (PSV1/Kohort 2 (2013)

M/s 1

Anda mungkin juga menyukai