Anda di halaman 1dari 15

Blog @ Bujang3

hidup biar tenang, jangan usik orang, jangan ganggu orang


Skip to content
HOME ABOUT LINK NOTA AKU !!!!

Lagi cerita makhluk misteri mirip dinosaur ditemui !!! Susu ibu pun disimpan dalam bank ????

Tutorial ~ Penggunaan Formula dalam Excel !!!!


Posted on August 1, 2010 | 32 Comments

Sambungan dari tutorial yang terakhir aku tentang penggunaan Excel, kali ini aku nak tunjukkan bagaimana nak menggunakan formula dalam menguruskan data.. Penggunaan formula ini juga dapat sedikit sebanyak memudahkan kerja kerana antaranya kita tidak perlu melakukan kerja dua kali dengan memasukkan data berulang-ulang..

Disamping itu juga, kita tak perlulah lagi menggunakan calculator untuk membuat pengiraan, kerana semuanya telah disetkan dengan formula. Dan kita juga boleh membuatkan sesuatu cell itu mengisi data yang berubah mengikut keadaan yang kita mahu.malah kita juga boleh linkkan data dari satu sheet ke satu sheet yang lain ..

Mungkin kaedah ini nampak macam remeh saja bagi sesetengah orang yang mahir menggunakan Database atau apa-apa program yang sewaktu dengannya, kerana mereka boleh membuat sesuatu yang lebih canggih. Tapi bagi aku yang memang tak pernah mengikuti sebarang kursus komputer (belajar sendiri jer!!!), maka aku praktikkan apa yang aku tahu saja.. dan seperti McGyver, aku gunakan ilmu yang sedikit itu untuk memudahkan kerja aku

Berbalik kepada tutorial kali ini. Katakanlah aku seorang guru mengajar darjah 2 Dahlia dan ingin membuat worksheet untuk menyimpan maklumat tentang keputusan ujian bulanan sepanjang musim persekolahan Apa yang aku perlu lakukan adalah membuat satu worksheet dan dilengkapkan maklumat tetap seperti yang terdapat dalam kotak merah. Manakala maklumat dalam kotak biru adalah berubah-ubah mengikut keputusan bulanan dan kotak hijau pula adalah dimana tersimpannya fomula.

contoh : data hanya rekaan dari aku...

Setiap bulan aku cuma perlu tukarkan maklumat di bahagian markah (kotak biru) sahajamaklumat lain akan terhasil dengan sendirinya mengikut formula yang telah diset dipermulaan worksheet ini dibuat.. Jadi..mari kita lihat bagaimana worksheet itu dibina..

1. buat satu worksheet seperti ini

buat format begini..

Buat permulaan, lengkapkan bahagian nama sahaja

2. di cell Markah Keseluruhan masukkan formula seperti di bawah

formula sum()

=sum(C6:G6) bermaksud jumlahkan data dari cell C6 hingga G6 iaitu jumlah markah dari BM ke Agama/Pend Moral

3. di cell peratus (%) masukkan formula ini

untuk mendapatkan peratus

=+H6/500 bermaksud jumlah markah dibahagi dengan markah penuh keseluruhan perlu dipastikan supaya diformatkan cell itu dengan nilai %

4. di cell Gred Keseluruhan masukkan formula ini

yg nie rumit sikit, sila perhatikan betul-betul

=if(I6>0.7,A,if(I6>0.6,B,if(I6>0.5,C,if(I6>0.4,D,if(I6>0,E,"))))) bermaksud kita memberi arahan pada cell itu supaya meletakkan samada gred A,B,C,D atau E mengikut keadaan data di cell I6 gred-gred ini sebenarnya terpulang mengikut citarasa kita..mungkin kita lebih suka gred A diberi kepada markah di atas 80, maka kita perlulah tukarkan 0.7 kepada 0.8..begitulah seterusnya

Maka siaplah worksheet KEPUTUSAN UJIAN BAGI MURID-MURID DARJAH 2 DAHLIA Seterusnya : untuk linkkan keputusan kepada worksheet individu bagi setiap murid(data dilinkkan dari satu sheet ke satu sheet yang lain)ikuti langkah berikut

data dalam kotak merah itu datangnya dari worksheet yang dibuat dipermulaan tutorial tadi bermakna kita tidak perlu memasukkan data sekali lagi kerana data ini adalah serupa. 5. di cell bertanda 1, masukkan formula ini

untuk mengambil data dari worksheet Keputusan Ujian

cuma sekadar begini tekan = diikuti + dan click mouse pada sheet2 dan click pula pada cell yang terdapat data yang dikehendaki..dalam kes ini C7 . maka, akan terhasil =+sheet2!C7 langkah 5 ini adalah untuk linkkan data dari satu sheet ke satu sheet yang lain.. 6. di cell bertanda 2, masukkan formula ini

=if(B12>70,A,if(B12>60,B,if(B12>50,C,if(B12>40,D,if(B12>0,E,"))))) bermaksud kita memberi arahan pada cell itu supaya meletakkan samada gred A,B,C,D atau E mengikut keadaan data di cell B12

7. di cell bertanda 3, sila masukkan formula ini

di cell ini pula..kita mahu ia memaparkan nota samada Cemerlang, Kepujian, Baik, Lulus atau pun Gagal mengikut keputusan di cel B12 tadi.. =if(C12=A,CEMERLANG,IF(C12=B,KEPUJIAN,IF(C12=C,BAIK,IF(C12=D,LULUS,I F(C12=E,GAGAL,"))))) 8. di cell bertanda 4, sila masukkan formula ini

=SUM(B12:B16) membuat penambahan dari cell B12 ke B16 9. di cell bertanda 5, sila masukkan formula ini

=+B18/500 bermaksud jumlah markah dibahagi dengan markah penuh keseluruhan perlu dipastikan supaya diformatkan cell itu dengan nilai % Begitulah serba sedikit ilmu yang aku ada yang dapat aku curahkan buat rujukan pada yang berminat. Semoga boleh dipraktikkan InsyaAllah !!! p/s : bagi semua gambar di atassila click pada gambar untuk membesarkan gambar supaya dapat melihat dengan lebih jelas !!!!
Rate this:

3 Votes Jom Kongsi :

Facebook3 Twitter Google +1

More

Like this:

This entry was posted in Cerita Aku, Komputer dan IT, Lain-lain, Tutorial Dan Tips and tagged cell, excel, formula, guna excel dengan formula, sheet,worksheet. Bookmark the permalink. 32 RESPONSES TO TUTORIAL ~ PENGGUNAAN FORMULA DALAM EXCEL !!!!

1.

kulanz | August 1, 2010 at 2:03 pm | Reply


Menarik ni, bolehlah dijadikan rujukan.. dulu pernah juga buat camni, tapi sbb lama tak praktik, mmg dah lupa..

bujang3 | August 1, 2010 at 9:16 pm | Reply


ye betul.kalau dah lama tinggal mesti lupa buat masa ini, aku memang guna benda nie kat ofis, sebab tu masih ingat lagi!!!

2.

zik | August 1, 2010 at 2:07 pm | Reply


senang2.. mula2 jer susah.. nak kena key in dengan formula yang agak susah la..

bujang3 | August 1, 2010 at 9:17 pm | Reply


benar apa dikatamula-mula memang susah sikittapi kalau dah siap, memang memudahkan

3.

Mentol Bulat | August 1, 2010 at 9:25 pm | Reply


Esok boleh ajar saya tak???

bujang3 | August 1, 2010 at 10:05 pm | Reply

he.he.heee!!! no prob, bro !!!

4.

etomyam | August 1, 2010 at 10:48 pm | Reply


terbaik dan mudah difahami tutorial ni..boleh guna untuk buat bajet bulanan ni hehe

bujang3 | August 1, 2010 at 11:00 pm | Reply


ye betul yang penting fahamkalau dah faham..macam-macam boleh buat termasuk la guna untuk buat bajet bulanan yang aku tau ..member aku (Mentol Bulat) dah buat worksheet bajet nie sejak 5 tahun yang lepas aku ??? Malas !!!!

5.

mancai | August 2, 2010 at 12:51 am | Reply


bab ni memang blur sikit kalau aku tapi info ni memang menarik nak ikut step by step lama dah tak buat.. ingat pun ntah le sikit2 je kot.. terima kasih banyak2

bujang3 | August 2, 2010 at 7:20 pm | Reply


boleh ler refresh memory tu balik aku masih menggunakannya kat ofis..pasal tu ingat lagiiii !!! anyway !!! thanx keran sudi melawat blog nie !!!

6.

ST | August 2, 2010 at 1:04 pm | Reply


cukup detail tutorial ni, senang paham

bujang3 | August 2, 2010 at 7:05 pm | Reply


harap boleh digunakan !!!

suri Cahaya Cinta | August 2, 2010 at 8:47 pm | Reply


mesti bolh nak2 klu ia berkaitan dgn gambarajah/jadula

cayalah bro bujang yeah

bujang3 | August 2, 2010 at 9:15 pm | Reply


betul3 !!!!

7.

suri Cahaya Cinta | August 2, 2010 at 8:46 pm | Reply


kena buat sllu baru ingat heeee..

bujang3 | August 2, 2010 at 9:18 pm | Reply


practise make perfect !!! heee.heee.heee!!!!!!

8.

sangilapi | August 3, 2010 at 1:21 am | Reply


nanti kalau aku buat tak jadi aku email ko.ko dulu darjah dua dahlia ke?

bujang3 | August 3, 2010 at 1:42 am | Reply


no problem bro!!! e-mail aku ko ada kan??? dulu darjah dua bunga gak, tapi tak ingat bunga apa !!! keh.keh.kehhh!!!

9.

sufian | August 5, 2010 at 1:29 am | Reply


rumit jugak ni, sebab biasa guna +-/* jer

bujang3 | August 5, 2010 at 1:31 am | Reply


yer ker !!! rasa nyer ko lagi master(berdasarkan post-post kat blog ko tuuuu!!!).. aku tau sikit-sikit jer

10.

msj | March 3, 2012 at 8:18 pm | Reply


Thanks. Amat membantu

bujang3 | March 5, 2012 at 9:41 am | Reply


Ok Gembira sekiranya dapat memberi manfaat..

11.

teruna | July 28, 2012 at 10:08 pm | Reply


asalamualaikum.

sape boleh bantu saya..biasanya kita gunakan excel untuk buat pengiraan nombor kan.tetapi saya nak guna excel ni untuk buat pengiraanjumlah warna yang berbeza dalam cell jadual saya tetapi saya tidak tahu macam mana nak buat formula tu.contohnya: dalam jadual saya tu ada 5 warna merah,5 warna biru,5 warna putih dalam setiap cell jadual.Sapa tahu mcm mana nak buat pengiraan warna jumlah yang ada dalam jadual itu mengikut jumlah warna yang berbeza .ini emel : terunaclick_21@yahoo.com.my

bujang3 | August 1, 2012 at 7:42 am | Reply


Waalaikummussalam Dalam kes ko nie, kalau nak gunakan warna sebenar, memang aku tak tahu camna nak wat formula tuh aku pun bukannya mahir sangat dalam hal berkaitan formula yang rumit-rumit.

tapi kalau ko gantikan warna sebenar kepada huruf yang melambangkan warna, seperti ko gantikan warna merah dengan huruf m, huruf b untuk biru dan sebagainya, mungkin boleh diusahakan dengan pengetahuan aku yang cetek nie.

Boleh gunakan =countif(range,=m,range) sebagai contoh la. Apa pun kalau menepati kehendak ko tu, mungkin detailnya aku ceritakan kemudian ok

12.

mamarizky | August 16, 2012 at 5:26 pm | Reply


x faham sgt ..tp suka sgt ng ilmu ni.x berapa paham time nak link kan 2 sheet tu ..harap boleh bantu

bujang3 | August 17, 2012 at 9:30 am | Reply


Oooo Mana-mana cell dari diff sheet yang nak dilinkkan datanya cuma guna tanda + jer, pastu terus gi ke cell yang nak dilinkkan tu Harap membantu

13.

roshidah | March 21, 2013 at 10:41 am | Reply


E, nape sya wat formula ni x jd tanda koma d ats tu ade 2 jenis

bujang3 | March 21, 2013 at 8:28 pm | Reply


Yer ke kak??? Saya selalu key-in gitu jer kak Biasanya jadik jer.. Cer check semula

14.

roshidah | March 21, 2013 at 10:45 am | Reply


=if(B12>70,A,if(B12>60,B,if(B12>50,C,if(B12>40,D,if(B12>0,E,))))) bujang !! cell B12 tu adalah formula kn tp nape akak wat xleh ek dulu dh biasa sgt wat keje keyin data guna formula excel ni tp dh lama tgal sume lupa dh

bujang3 | March 21, 2013 at 8:26 pm | Reply

B12 telah diformulakan untuk extract data dari sheet utama (dalam contoh nie ler).. Cuma, yg perlu kita faham, B12 tu sebenarnya adalah satu nilai yang sepatutnya kita beri untuk formula yang panjang tadi memberikan keputusan mutakhir nanti..

15.

roshidah | March 21, 2013 at 11:48 am | Reply


akak dh dpt tp akak kena tukar koma kpd koma bertindih pc lbtop x = ke koman nye .akak nk tanye cm na nk bg huruf E tu kuar wrna merah

bujang3 | March 21, 2013 at 8:33 pm | Reply


Rasanya command nyer sama jer pc ngan lptp.. Apa pun, syabas kerana berjaya Pasal ubah kaler tu, saya pun tak pasti la kak.. Mungkin kena belajar advance lagi tu

LEAVE A REPLY

SISI KEDUA AKU


HALAL

HANYA AKU
Mencuba sesuatu yang baru ....

AL-KISAH
Giant xtc lagi...

HITAM PUTIH KELABU


An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

META
Register Log in Entries RSS Comments RSS

WordPress.com

BUJANG3

BLOG STATS POST TERKINI


SELAMAT MENGUNDI Gamat King Anugerah!!! Cukai pendapatan / Income tax Ulangkaji formula if dalam excel!! Ingatkan Samsung ajer, rupanya Sony pun sama jer. Kalau dah nak rosak, tak kira jenama apa!!! 63,838 hits

KOMEN TERKINI

bujang3 on EXORA, Alignment dan Rear syahreen on EXORA, Alignment dan Rear bujang3 on Cukai pendapatan / Income Mantoi on Cukai pendapatan / Income leha on Khasiat madu memang dah diketa
ARKIB

KATEGORI

QUICK LINK
Public Mutual Fund Price

RAKAN BLOGGER
AdamFaiz (dot) com Anif's Blog Arzone_71 ~ Al Kisah Ayieblog Blog News Union Hanya Aku Juan Kulanz

Mentol Bulat Mijie Naziman samdadycool sangilapi @ rezekimurah.com Shaharil Sufian suri @ cahayacinta(dot)com Warna, Irama Dan Lagu

ALBUM BUJANGTIGA

More Photos

M T W T F S S

Jul 2 9 16 23 30

3 10 17 24 31

4 11 18 25

5 12 19 26

6 13 20 27

7 14 21 28

Sep 1 8 15 22 29

August 2010 MENUJU TAHUN KE 3


April 16th, 2013 Ulang Tahun Ke-3 Blog @ Bujang3

DAPATKAN POST TERKINI DARI BUJANG3 !!!!


Tinggalkan e-mail untuk post terkini dari bujang3..

Join 144 other followers

Daftar Sekarang!!!

CARIAN.
Search for:
Search

Theme: Coraline by Automattic. Blog at WordPress.com.

Follow

Follow Blog @ Bujang3


Get every new post delivered to your Inbox.
Join 144 other followers

Sign me up

Powered by WordPress.com

Anda mungkin juga menyukai