Anda di halaman 1dari 1

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Berfikiran simbolik merupakan ciri kanakkanak praoperasi.

Kanak-kanak berupaya memikirkan secara mental menggambarkan simbolik objek, peristiwa dan tindakan. Keupayaan pemikiran simbolik akan meningkat apabila gambar dan symbol digunakan membolehkan kanak-kanak berfikir jauh ke hadapan, menyelesaikan masalah, menjangka akibat tanpa melakukan aktiviti untuk tindakan. Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar. Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya. Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat. Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Murid dapat menggunakan gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi tentang sesuatu tajuk pelajaran. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. amun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton

Anda mungkin juga menyukai