Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan keberkata bulan yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami

semua, ampunilah kami semua, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dan jauhikan kami daripada seksaan api nerakaMu. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kesihatan, keselamatan dan kebahagian kepada kami semua, perbaikilah hubugan antara kami dan mesrakalah hati-hati kami.dan tujukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kebajikan di dunia ini dan lepaskanlah kami daripada kegelapan dosa. Y Allah, Egkaulah yang maha terpuji, maha pemurah lagi maha kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau kurniakan kepada tuan rumah ini seisi keluarga, dengan rahmatMu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, jadikan usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaMu. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan kami, pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terpelihara. Permudahkan segala urusan dan pekerjaan kami dengan segala kebaikan. RAB BAN AATINA

Anda mungkin juga menyukai