Anda di halaman 1dari 7

1.0.

PENGENALAN Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang

sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkaninsan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan. CiriCiri Strategi Pemusatan Bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti

pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.

Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit

2.0 Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2.1 Definisi bahan-bahan kemahiran hidup Bahan-bahan kurikulum ialah sumber jika digunakan dengan betul boleh membantu guru utk membawa perubahan kelakuan dan sikap pada setiap pelajar.Bahan-bahan ini mestilah jangan dikelirukan dengan teknik mengajar atau kaedah.Contoh Bahan kurikulum adalah sumber yang jelas dan nyata digunakan oleh guru dan atau pelajar manakala teknik mengajar selalunya adalah pendekatan kepada mengajar yang berkesan oleh tenaga profesional yang mahir iaitu guru itu sendiri. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, pelajar akan berjaya jika guru dapat mengajar dengan arahan yang betul dan berkemahiran dimana keberkesanan penggunaan buku kerja bergantung bukan sahaja cara kemahiran menggunakan buku kerja oleh guru tetapi juga terhadap kualiti buku kerja itu sendiri.

2.2

Jenis-jenis bahan-bahan kurikulum

Pada umumnya boleh di kelaskan kepada tiga kategori iaitu: a) Bahan bercetak b) Alat Audiovisual/pandang dengar c) Bahan manipulatif (bertindak cerdik)

a) Bahan bercetak Bahan-bahan kurikulum yg dikelaskan sebagai bahan bercetak ialah bahan bacaan utk pemahaman dan selalunya dicetak diatas kertas. Contohnya ialah buku panduan,buku kerja,risalah,panduan belajar, buku rujukan,buku teks piawai,majalah berkala,surat khabar dan modul.

b) Alat pandang dengar Berkaitan pandang dan dengar pada satu masa. Memerlukan pelbagai jenis peralatan seperti projektor slaid, gelung filem, grafik, pita video, poster, computer mikro, audiotape, piring hitam, filem, tranparensi dan filmstrips.

c) Bahan manipulatif Bahan pengajaran dikelaskan sebagai bahan manipulatif iaitu yang perlu dilakukan secara fizikal. Contohnya ialah puzzles,permainan/games,model,contoh/specimens, boneka/patung, kit pembelajaran, ujikaji/experiments, pelatih/trainers dan simulator.

3.0 Memilih bahan-bahan KH Faktor-faktor yg perlu diambil kira sewaktu memilih bahan ialah diskripsi piawai bahan, aras kebolehbacaan,berat sebelah,ketepatan,bersesuaian,lisan dan dengar dengan fasih, kegunaan dan serba boleh, kemudahan isian dan penyimpanan serta kos. 4.0 Membangunkan bahan KH Faktor-faktor yan perlu diambil kira dalam membangunkan bahan-bahan kurikulum seperti keperluan waktu, keperluan pakar, penerangan teknikal,bantuan, editor,media, penyalinan, keperluan kewangan,siapa yang akan membangunkan bahan?Bila sepatutnya bahan-bahan dibangunkan?Di mana sepatutnya bahan-bahan dibangunkan?.Sasaran penduduk, penyebaran,keperluan bantuan, pilihan membangunkan kurikulum iaitu secara individu, secara berpasukan.Peringkat-peringkat dalam membangunkan bahan-bahan kurikulum. 1. 2. 3. 4. Menyediakan pelan tindakan pembangunan. Menentukan kandungan kurikulum yang disiasat/dibuat. Menentukan objektif berlaku di akhir penggal. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum istimewa yang diperlukan.

5.

Kajian semula kesusateraan untuk menentukan bahan-bahan yang diperlukan.

6.

Kenal pasti kekurangan bahan-bahan pada kawasan isi kandungan.

7. 8. 9.

Tubuhkan keutamaan bagi bahan-bahan yang perlu. Mengakhiri pelan pembangunan. Menjalankan kajian semula kesusasteraan dengan intensif.

10. Dapatkan bahan-bahan rujukan dan sumber yang sesuai. 11. Sediakan draf pertama bahan-bahan. 12. Edit draf pertama. 13. Sediakan deraf kedua. 14. Pilot- test deraf kedua. 15. Sediakan deraf ketiga. 16. Field-test deraf ketiga. 17. Sediakan deraf terakhir. 18. Salinkan bahan-bahan.

Bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Bidang Reka Bentuk & Teknologi Keselamatan dan organisasi bengkel Kreativiti dan reka cipta Reka bentuk dan penghasilan projek Elektrik dan elektronik Baik pulih dan penyenggaraan Tanaman Hiasan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Barang jualan Merancang dan menyediakan jualan Mempromosi jualan Mengurus jualan Merekod jualan Fikirkan

5.0

Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar

Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah : Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran; Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid -murid; Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus;

Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru; Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit; Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar; Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru;

6.0

Panduan penggunaan bahan bantu mengajar adalah seperti berikut:

Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai. Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja. Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar digunakan. Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara, fakta atau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan. Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang khusus setelah selesai digunakan. Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran pelajar dan bukannya menggantikan peranan guru. Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara optimum, ianya perlu diurus dengan baik. Selepas digunakan ianya perlu disimpan di tempat yang sesuai.Kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar ialah sepertimana berikut: Menggunakan almari khas bahan 2D dan 3D Menggunakan fail-fail Khas. Gambar-gambar disimpan dalam album plastic Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak Bahan 2D boleh disimpan dalam rak gantungan

7.0

Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya teknologi

maklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah berkembang dengan pantas. Dalam dunia industri dan pembuatan,TMK telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi, penggunaan TMK meliputi:

Reka bentuk perisian, 2D dan 3D Lukisan dan seni pembungkusan Perisian grafik Perisian CAD/CAM Pangkalan data Hamparan kerja Pemprosesan perkataan

Melalui penggunaan pelbagai program dan aplikasi, TMK boleh membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui : Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan Membantu kreativiti dalam reka bentuk Mempercepatkan aspek proses pembuatan Memperbaiki kualiti kerja Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri

Anda mungkin juga menyukai