Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Illahi akhirnya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 dengan jayanya tepat pada masa yang ditetapkan. Banyak kelebihan yang telah saya perolehi sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Kami dikehendaki untuk menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan elemen-elemen yang terdapat dalam pedagogi releven budaya, menghasilkan buku interaksi murid (bigbook) dan penulisan reflektif. Pelbagai manfaat dan ilmu yang telah saya terokai yang boleh dimanfaatkan dan diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang kelak. Seperti yang diketahui, kursus ini membincangkan pedagogi relevan budaya yang mana strategi strategi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan. Banyak kelebihan yang dapat saya perolehi sepanjang proses penghasilan tugasan projek iaitu kita sebagai guru pelatih dapat memahami konsep kepelbagaian pelajar terutama dari segi perbezaan individu. Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mengolah serta menitikberatkan keunikan perspektif budaya dan sosial. Guru harus sedar tentang perbezaan budaya sosial ini supaya guru peka dengan kesesuaian aktiviti rancangan pengajaran yang dihasilkan tanpa menyentuh isu sensiviti sesetengah pihak. Hal ini supaya semua murid tanpa mengira perbezaan sosiobudaya dapat menerima pembelajaran dan proses pengajaran dapat dijalankan secara berkesan. Berdasarkan buku interaksi ini, saya telah menerapkan elemen kemanusiaan dan nilai-nilai murni di dalam pembelajaran. Elemen persekitaran juga membantu guru dalam melaksanakan pedagogi releven budaya kerana kebanyakannya dikaitkan dengan pengalaman dan cara hidup masyarakat sosiobudaya. Hal ini seterusnya meningkatkan lagi kefahaman murid dalam memahami konsep pembelajaran seterusnya mewujudkan

pembelajaran berkesan. Walaubagaimanapun, terdapat juga halangan dan kekangan yang terpaksa kami hadapi. Pada permulaan proses penghasilan tugasan ini, kami menghadapi kesukaran dalam menjana idea kerana kurang memahami kehendak soalan dan ciri-ciri produk yang diperlukan. Kami terpaksa membuat taklimat kedua bersama pensyarah pembimbing untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih jelas sebelum mula mencari sumber idea dan bahan-bahan yang

diperlukan. Selain itu, kami akui bahawa menerima banyak lagi tugasan dari kursus lain disamping turut memberi komitmen dalam menjalankan tugasan sebagai ahli jawatankuasa beberapa program untuk semester ini. Hal ini seterusnya menyebabkan kekangan masa bagi kami untuk menjalankan tugasan ini. walaubagaimanapun, pengurusan masa dan jadual yang baik dapat mengatasi masalah yang kami hadapi. Sepanjang penghasilan tugasan, kami berpeluang untuk mendalami adat dan budaya serta asal usul sesuatu kaum tertentu disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajran dan pembelajaran. Kami juga dapat meneroka dan mengkaji unsur-unsur kesusasteraan melayu yang kaya dengan nasihat dan bahasa-bahasa puitis disamping dapat meningkatkan kosa kata murid dalam kemahiran berbahasa. Selain itu, aplikasi teknologi maklumat dan perisian seni kreatif multimedia turut membantu menghasilkan tugasan ini. kami menghadapi masalah dalam mencari beberapa gambar yang bersesuaian dengan ceriata hikayat ini. oleh itu, kami menggunakan perisisan adobe photoshop dengan melakukan printscreen terhadap video dan melakukan ubahsuai untuk dijadikan gambar di dalam buku interaksi tersebut. Hal ini seterusnya memberi sedikit sebanyak manfaat dalam penggunaan bentuk atau teknik pengajaran dan pembelajaran melalui pengintegrasian teknologi maklumat dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, setiap tugasan yang diberikan pasti ada cabaran, kekangan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan terutama di dalam profession keguruan. Kemahiran yang dipelajari dan diteroka ini haruslah ditanam dalam diri setiap insan guru supaya kemahiran ini dapat diajar dan diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja kita dapat mendidik kemahiran yang kita pelajari, namun kita juga dapat menajamkan lagi kemahiran sedia ada. Selain itu, tugasan ini juga dapat menjana lagi pelbagai idea-idea kreatif dan inovatif yang boleh diaplikasikan terutama dalam mengolah aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran. Idea sedia ada sangat berguna, tetapi inovasi dan idea-idea baru adalah penting bagi meningkatkan kualiti dan mutu persembahan karya. Setiap peluang dan kemahiran baru perlulah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai salah satu modal untuk terus maju dalam meningkatkan kualiti pelbagai kemahiran khususnya profesyen di bidang keguruan.

Disediakan oleh, Norsyuhada binti Suhaime (124164)

Anda mungkin juga menyukai