Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN PROGRAM CERAMAH BINA INSAN GURU TAHUN 2013 Nama Pelajar Ambilan Semester Opsyen Peringkat Tarikh

Tempat : Norul Safura binti Kamaludin : 11 Julai 2011 : Semester 4 : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan :2 : 4 Mei 2013 : Dewan, SK Kompleks Uda, JB

LAPORAN AKTIVITI: Semua peserta PJ 1 berkumpul di dalam dewan untuk membuat pendaftaran sebelum mendengar ceramah Pada pukul 8.00 pagi penceramah telah datang untuk memberi ceramah yang bertajuk Kualiti dan Profesional Guru yang disampaikan oleh En Nizam bin Isnin Penceramah memberi ceramah menitik beratkan tentang kualiti dan profesional guru Ceramah berakhir pada pukul 10.30 dan diadakan sesi soal jawab antara penceramah dan guru Pada pukul 12.00 semua peserta dan pensyarah menjamu makanan dan seterusnya bersurai ISU DAN MASALAH Penglibatan guru hanya 9 orang.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 11 Julai 2011 : 9:35 a.m. 1:00 p.m. : Johor Bahru ke Mersing : PPG : Jun 2011 : Perjalanan ke Tapak Perkhemahan

LAPORAN AKTIVITI: Seramai 43 orang peserta guru menaiki bas yang disediakan. Terdapat 2 buah bas yang menuju ke destinasi yang dirancangkan. Para peserta berasa seronok dan gembira ketika dalam perjalanan. Kami berhenti di Kota Tinggi untuk minum pagi. Kami diarahkan membeli makanan tengah hari kerana setibanya kami di sana, tiada makanan disediakan. Kami meneruskan perjalanan setelah selesai dan tiba di destinasi tepat jam 1:00 p.m.

ISU DAN MASALAH Gerai yang dikunjungi tidak dapat menampung jumlah peserta kursu iaitu seramai 66 orang. Pilihan makanan yang terhad.

CADANGAN Memilih lokasi gerai yang sesuai mengikut kepadatan peserta kursus.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 11 Julai 2011 : 2:00 4:00 p.m Teluk Gorek Chalet & Camp Site : PPG : Jun 2011 : Mendirikan Khemah

LAPORAN AKTIVITI: Mendirikan khemah adalah salah satu aktiviti induk dalam Bina Insan Guru ini. Setiap peserta guru diberi tunjuk ajar bagaimana mendirikan khemah jenis A dan jenis Dome. Peserta guru diagihkan kepada kumpulan khemah seramai 4 3 orang. Peserta guru gembira setelah mempunyai rakan sekhemah. Peserta mula mendirikan khemah yang telah diagihkan oleh fasilitator kami iaitu Encik Arshad bin Ismail. Beliau banyak membantu kami dalam mendirikan khemah serta beliau banyak menitikberatkan agar para peserta pandai menjaga kebersihan khemah masing-masing. Pengagihan kepada 6 kumpulan.

ISU DAN MASALAH Terdapat alatan khemah tidak lengkap. Tiupan angin yang sangat kencang ketika kami mendirikan khemah.

CADANGAN Pemilihan tapak perkhemahan yang lebih strategik dan selamat. Kelengkapan haruslah dipastikan lengkap sebelum digunakan oleh peserta.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 12 Julai 2011 : 8:00 a.m 1:00 p.m. : Teluk Gorek Chalet & Camp Site : PPG : Jun 2011 : Aktiviti Darat; Kembara,Ikhtiar Hidup & Pertolongan Awal.

LAPORAN AKTIVITI: Aktiviti memanaskan regangan atau memanaskan badan dilakukan agar otot-otot para peserta guru tidak mengalami kekejangan otot. Kumpulan terlibat ialah Kumpulan 2, 4 dan 6. Acara bacaan doa dan kembara bermula. Kembara kami dipimpini Encik Arshad Ismail dan Encik Ahmad Puad bin Aris. Peserta kembara dimulan dengan mendaki bukit. Di situlah segala cabaran dan rintangan yang kami hadapi. Setiap ketua kumpulan manjaga ahli kumpulan masingmasing dalam menjejaki laluan yang penuh dengan belukar. Peserta kembara dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah disertakan keindahan pantai dan lautan yang terbentang luas. Peserta kembara diingatkan agar menghayati keindahan alam flora dan fauna. Kami menyusuri pantai sejauh 1.5 km dengan melintasi muara sungai. Permaian Sang Penyu dengan telurnya diperkanalkan. Peserta kembara teruja dan seronok ketika permainan ini dijalankan. Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan raya sejauh kira-kira 2km mengambil masa sekitar 40 minit dibawah panas terik matahari. Peserta kelihatan berasa agak letih dan dahaga. Namun perjalanan bersama Encik Arshad telah memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan langkah. Kami tiba di satu lokasi dimana kami diberi tugasan yang bernama Ikhtiar Hidup.

Peserta diberikan taklimat untuk aktiviti memasak dalam tempoh masa selama 50 minit untuk menyiapkan masakan berasaskan bahan mentah yang telah dibawa/dibekalkan. Setiap kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan masakan masing-masing. Ketua kumpulan mengarahkan ahli-ahlinya untuk mencari kayukayan, batu-batan, dan kelengkapan lain untuk memasak. Semua ahli memberikan kerjasama yang jitu untuk menjayakan aktiviti tersebut Setelah masakan disiapkan, kami menikmati juadah dengan berselera kerana agak lapar. Setelah menikmati juadah, setiap ahli kumpulan membasuh perkakas-perkakas masakan dalam air anak sungai. Peserta dalam kumpulan juga dikehendaki mengaplikasi kemahiran membantu mangsa kecederaan dimana sebahagian daripada ahli berlakon mendapat kecederaan dan ahli lain membantu mangsa cedera balik ketapak khemah. Setibanya berhampiran khemah setiap kumpulan dinilai daripada aspek bantuan kecemasan yang telah diaplikasikan.

ISU DAN MASALAH Kekurangan aktiviti dalam kembara. Tiada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan tandas awam.

CADANGAN Menambahkan aktiviti dalam kembara seperti flying fox, repailing dan upseiling. Mengaplikasikan penggunaan kompas dalam kembara. Menggunakan laluan yang ada kemudahan tandas awam.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 13 Julai 2011 : 8:00 a.m 1:00 p.m. : Pantai Teluk Gorek. : PPG : Jun 2011 : Aktiviti Air

LAPORAN AKTIVITI: Para peserta berkumpul bersama untuk membuat aktiviti regangan. Peserta didedahkan dengan cara-cara pemegang pedal, mengenali bahagian-bahagian kayak dan memakaian BA (Buoyancy Aid) atau dikenali sebagai Life Jacket. Peserta kemudian membuat aktiviti Water Confident supaya para peserta dapat mengharungi lautan dengan cekal. Peserta musa berkayak dan aktiviti rafting diperkenalkan. Acara kayak bermula dan misi diteruskan dengan bimbingan fasilitator yang sangat cekap. Setibanya kami di tepi pantai, kami dikendaki menyediakan makanan tengah hari. Setelah itu kami berkayak semula untuk pulang ke tapak perkhemahan. ISU DAN MASALAH Kekurangan fasilitator ketika mengiringi peserta. Kami tidak diajar cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika cabaran berlaku seperti kayak terbalik.

CADANGAN Ramaikan bilangan fasilitator yang mengiringi peserta. Memberi pendedahan cara-cara menyelamatkan diri ketika menghadapi cabaran di tengah-tengah lauatan.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 12-14 Julai 2011 : 6:30 a.m 7:30 a.m. : Pantai Teluk Gorek. : PPG : Jun 2011 : Malaysia Cergas

LAPORAN AKTIVITI: Para peserta berkumpul di tapak perhimpunan dan terus beratur mengikut kumpulan. Semua peserta menyanyi laru Negaraku dan lagu Bangsa Johor dengan bersemangat Selepas upacara menaikkan bendera selesai, ahli kumpulan 4 mengendalikan senaman pagi. Tujuan senaman pagi ini dilakukan adalah untuk memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kemudian beliau mengarahkan para peserta untuk membuat satu barisan yang panjang. Beliau mengetuai barisan untuk berjoging setempat dan diikuti oleh para peserta.. Selepas aktiviti berjoging, para peserta berkumpul semula ditapak perhimpunan dan seterusnya bersurai untuk sarapan pagi

ISU DAN MASALAH Peserta kurang fokus semasa membuat aktiviti regangan dan memanaskan badan. Penglibatan pensyarah tiada semasa senaman pagi

CADANGAN

Pensyarah diperlukan didalam setiap aktiviti. Pensyarah juga dimestikan melakukan aktiviti Malaysia cergas bagi merapatkan hubungan dengan peserta

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 12-14 Julai 2011 : 4:00 a.m 6:00 a.m. & 9:00 p.m. 10:00 p.m. : Dewan Terbuka Pantai Teluk Gorek. : PPG : Jun 2011 : LDK & Jati Diri

LAPORAN AKTIVITI: Para peserta berkumpul di dewan terbuka Teluk Gorek Chalet & Camp Site. Berada di dalam kumpulan masing-masing. Fasilitator-fasilitator menggagihkan tugasan mengikut kumpulan. Membuat sesi pembentangan. Sesi soal jawab.

ISU DAN MASALAH Tidak mencukupi masa untuk membuahkan idea dan pendapat.

CADANGAN Penambahan sedikit masa diperlukan agar para peserta dapat membuahkan hasil perbincangan dengan cemerlang.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 13 Julai 2011 : 9:00 p.m. 11:00 p.m. : Dewan Terbuka Teluk Gorek Chalet & Camp Site. : PPG : Jun 2011 : Malam Kebudayaan

LAPORAN AKTIVITI: Para peserta berkumpul di dewan dan didapati semua peserta bersiap sedia untuk membuat persembahan malam kebudayaan. Majlis dijalankan mengikut protokol. Segala jawatankuasa telah dilantik dan diuruskan dengan baik. Persembahan kumpulan terdiri daripada tajuk-tajuk yang diberi iaitu Insan Guru, Guru Idaman, Pendidikan di Malaysia, Kerjasama, Refleksi BIG dan Semangat Patriotik. Setiap penyertaan akan diberi hadiah.

ISU DAN MASALAH Tiada masalah yang timbul.

CADANGAN Tiada cadangan.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 12-14 Julai 2011 : 5:30 a.m 6:30 a.m. & 7:15 p.m 9:00 p.m. : Surau Teluk Gorek Chalet & Camp Site. : PPG : Jun 2011 : Qiamulail dan Tazkirah

LAPORAN AKTIVITI: Para peserta Islam berkumpul di surau untuk mendirikan solat berjemaah. Bacaan Imam yang sangat jelas dan mudah diikuti. Penyampaian Tazkirah yang sangat baik. Antara tajuk-tajuk yang disampaikan ialah Guru daripada Pandangan Imam Al-Ghazali, Ilmu penyuluh Kehidupan, Bertaqwa dan Beramal serta Perbincangan tentang ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Penyampaian ceramah dan dakwah yang berkesan. Peserta dapat menghayati maksud ceramah dan tazkirah. Para peserta membuat catatan.

ISU DAN MASALAH Suara azan tidak jelas kedengaran jika peserta berada di tapak perkhemahan.

CADANGAN Memastikan azan dapat didengar dengan jelas.

Institut Tarikh Masa Tempat Kursus Ambilan Aktiviti

: IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. : 14 Julai 2011 : 10:00 a.m 1:00 p.m. : Dewan Terbuka Teluk Gorek Chalet & Camp Site. : PPG : Jun 2011 : Refleksi dan Rumusan

LAPORAN AKTIVITI: Selepas beberapa hari menjalani aktiviti sepanjang program Bina Insan Guru (BIG), para guru pelatih telah dikumpulkan untuk aktiviti refleksi. Aktiviti ini turut disertai oleh para jurulatih dan tutor. Peserta diminta untuk menyampaikan refleksi, pandangan, kritikan dan maklum balas berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti sepanjang BIG. Aktiviti pada petang tersebut dikendalikan oleh Kem Komanden, Tn. Hj Azman Beberapa orang guru pelatih telah bangkit untuk menyuarakan pandangan masingmasing. Antara perkara Arahan dari pensyarah mestilah tepat dan jelas. Menambahkan lagi aktiviti-aktiviti di dalam slot; aktiviti darat seperti repalling, flying fox, dan upseling; aktiviti air seperti snokling yang ditimbulkan adalah ketepatan masa, jadual yang berubah-ubah, arahan yang tidak jelas dan para guru pelatih tidak bersemangat sewaktu menyanyikan lagu Negaraku.

ISU DAN MASALAH Arahan yang bertindih di antara pensyarah. Aktiviti yang dijalankan terlampau ringan dan senang dihadapi.

CADANGAN Arahan dari pensyarah mestilah tepat dan jelas.

ANALISIS SWOT : ORGANISASI


KEKUATAN Kursus BIG mendapat sokongan yang baik daripada pihak pentadbir sekolah. Sokongan padu yang diberikan ini dapat melancarkan kursus selama empat hari tiga malam bertempat di Teluk gorek Chalet & Camp Site, Tg. Resang Mersing Johor. Pihak pentadbir serta rakan-rakan guru menyokong kursus seperti ini seiring dengan dasar kerajaan yang menginginkan semua guru bersiswazah di sekolah rendah.

KELEMAHAN Sepanjang kursus ini dijalankan, semua pengajaran dan pembelajaran terpaksa ditangguhkan. Keadaaan ini menyebabkan murid agak tercicir sedikit dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu bilangan guru yang tidak cukup juga menjejaskan pihak pentadbir untuk membuat jadual guru ganti bagi mengantikan guru-guru yang mengikuti kursus seperti ini.

PENAMBAHBAIKAN Pada masa-masa akan datang, diharap pihak pengurusan maktab dapat menjalankan aktiviti seperti kursus BIG ini pada waktu yang tidang mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Selain itu juga diharapkan kursus ini juga tidak mengandungi aktiviti yang berat kerana ada dikalangan guru yang tidak berupaya menjalankan aktiviti tersebut.

ANCAMAN Masa yang terhad kerana terpaksa mambuat kerja dalam satu masa. Contohnya seperti menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu jg membuat kerja-kerja perkeranian seperti guru kelas, dan pada masa yang sama juga belajar untuk meningkatkan prestasi diri.

ANALISIS SWOT: DIRI


KEKUATAN Keinginan dalam diri untuk meningkatkan prestasi diri. Menyahut seruan kerajaan dalam pensiswazahan guru-guru sekolah rendah. Memandangkan terlalu ramai produk kaluaran maktab yang berijazah pengajaran dan pembelajaran. maka menyedari diri perlu meningkatkan lagi mutu

KELEMAHAN Memandangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk guru-guru meningkatkan prestasi diri, maka saya tidak mengambil peluang seperti ini untuk memajukan diri dalam profesion perguruan. Dengan ini saya telah merebut peluang ini setelah melihat kejayaan org lain terlebih dahulu.

PENAMBAHBAIKAN

Diharap pada masa-masa akan datang akan lebih banyak peluang seperti ini untuk guru-guru yang masih belum mandapat tempat dalam mensiswazahkan diri mereka. Pihak pengurusan BPG juga perlu meringankan syarat untuk memberi peluang kepada mereka yang berkeinginan untuk maningkatkan profesion diri.

ANCAMAN Malas untuk merebut peluang seperti ini walaupun peluang sudah ada di depan mata. Kesibukan aktiviti disekolah menyebabkan mengganggu kotentrasi dalam meningkatkan mutu belajar.

ANALISIS SWOT : KERJAYA


KEKUATAN Sudah mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan membuatkan ia agak mudah untuk di aplikasikan dalam proses belajar. Kursus seperti ini dapat memantapkan lagi keyakinan diri dalam membuat sesuatu keputusan. Ia dapat memaggil kembali pengalaman-pengalaman semasa menjadi guru pelatih pada suatu ketika dahulu.

KELEMAHAN Terpaksa mengorbankan waktu dalam proses untuk meningkatkan diri dalam profesion keguruan. Perlu mambahagikan masa dengan sekolah dan pembelajaran. Perlu melakukan kerja lebih dari yang biasa untuk memastikan diri dan kerjaya seiring dengan kehendak sekolah den kementerian.

PENAMBAHBAIKAN

Untuk menjadi guru yang berkeupayaan lebih dari yang biasa, makaprogram-program seperti ini perlu di ambil peluang. Seharusnya guru-guru sedar lebih awal untuk menganbil peluang seperti ini. Di harapkan peluang-peluang seperti ini akan berterusan.

ANCAMAN Ancaman yang perlu diatasi dalam kerjaya ini adalah perasaan untuk tidak meneruskan pelajaran semasa dalam menjalani kerjaya sebagai guru. Selain itu perasaan putus asa juga perlu dikikis agar dapat meneruskan pelajaran dan kerjaya.

ANALISIS SWOT : KOMUNITI


KEKUATAN Masyarakat akan lebih memandang tinggi kepada guru lebih-labih lagi bagi guru-guru yang berijazah. Ini akan menambah keyakinan kepada mereka terhadap guru-guru untuk memberi didikan kepada anak-anak mereka. Mereka juga menyedari pihak kementerian mementingkan mutu guru-guru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

KELEMAHAN Taraf pendidikan masyarakat sekeliling juga memainkan peranan penting dalam hal pendidikan di sekolah. Ini kerana masyarakat sekeliling juga mampunya taraf pendidikan yang tinggi berbanding dengan guru-guru yang berkelulusan diploma. Ini akan membuatkan mereka memandang rendah pada potensi guru-guru berkelulusan diploma.

PENAMBAHBAIKAN

Usaha kerajaan dalam mensiswazahkan guru-guru sekolah rendah adalah salah satu permulaan dalam bidang keguruan. Ini kerana zaman semakin berubah dan negara semakan membangun, maka prestasi guru-guru juga perlu dilihat. Program-program seperti ini dapat memberi maklumat kepada masyarakat bahawa bidang pendidikan juga perlu menerima perubahan dari semasa ke semasa.

ANCAMAN Dalam usaha mensisswazahkan guru, ancaman daripada komuniti yang perlu dihadapi adalah, aduan yang mungkin diperkatakan bahawa guru-guru meniggalkan sekolah dalam jangkamasa yang lama untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti BIG. Aduan-aduan seperti ini akan melemahkan semangat guru-guru untuk menjalankan aktiviti dengan hati yang terbuka.

REFLEKSI KENDIRI

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur saya


ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapatlah saya menghadiri Program BIG Bina Insan Guru sesi 1 bagi kursus PPG ambilan Jun 2011. Saya berjaya mengikuti program ini selama empat hari tiga malam di Teluk Gorek Chalet & Camp Site di Tg. Resang, Mersing. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhinggan kepada seluruh warga tutor kami merangkap fasilatator BIG kerana meraka banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Aktiviti Darat mengenangkan saya kepada Encik Arshad bin Ismail dan Encik Ahamad Puad Bin Aris kerana mereka sentiasa bersama kami ketika kami mengikuti laluan hutan di sepangjang teluk yang indah ini. Begitu juga kepada fasilitatorfasilitator untuk Aktiviti Air, di mana mereka banyak membantu saya dalam memperkukuhkan renang saya ketika kami berada di laut.

Sepanjang saya mengikuti progam ini, banyak manfaat yang saya perolehi secara tidak langsung dapat diaplikasikan dalam profesion saya sebagai pendidik. Manfaat yang paling saya bukukan di sini adalah; Saya menjadi seorang insan guru yang mempunyai kredibiliti sebagai guru yang beretika, berakauntabiliti serta berintergriti dalam mendidik anak bangsa dalam menyahut cabaran Wawasan 2020. Pembinaan self-esteem secara tidak langsung hidup di dalam jiwa saya yang sebelum ini ada kekurangannya. Saya juga mempunyai semangat jati diri serta kerja berpasukan dalam menjayakan sesuatu program atau aktiviti. Saya juga berasa bahawa diri saya mulai bergiat aktif dalam menjalankan sesuatu program di sekolah malah terhadap masyarakat komuniti saya. Saya juga mulai berpandangan positif terhadap keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza serta dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya seperti mana gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita ketika ini. Akhir sekali, program BIG ini dapat melatih saya berfikir dengan aras yang tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan jitu dengan bantuan rakan-rakan kumpulan saya.

Penambahbaikan dalam menjayakan program BIG ini, saya berpendapat banyakkan aktiviti darat seperti flying fox, abseiling dan repelling yang bersesuaian dengan peserta. Begitu juga dengan aktiviti air, di mana guru-guru atau peserta kursus perlu diajar cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika kita berkayak. Satu kejadian telah berlaku di mana kayak rakan saya telah terbalik dan kami tidak didedahkan untuk menyelamatkan diri supaya tidak panic apabila menghadapi masalah itu. Saya juga berharap satu hari nanti program ini dapat dijalankan tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran saya selama 4 hari.

Sekian saya refleksi kendiri yang dapat saya abadikan di dalam folio ini. Semoga saya dapat menjadi seorang insan guru yang cekal, beretika serta menjadi insan guru cemerlang, gemilang dan terbilang. Doakan kejayaan saya.

Tandatangan Pelapor:

Disahkan oleh mentor:

NILA SURAH BT ANUAR

ENCIK MOHD AZIZI BIN MAT SOM

Anda mungkin juga menyukai