Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

LOGO
MUHAMMAD KHAIRI MOHAMED NOR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU 0134282758 khairimn@yahoo.com pmipgm.blogspot.com bmm3105.blogspot.com wacana bahasa.blogspot.com

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi : Pengalaman Membantu Bakal Guru di Sekolah Murid Orang Asli

LOGO

Muhammad Khairi bin Mohamed Nor IPG Kampus Sultan Abdul Halim khairimn@yahoo.com

SKOP PERBINCANGAN
Pendahuluan
Objektif Program Pendekatan Kumpulan Sasaran

Pengisian Projek Refleksi Praktikum


Analisis Isu

Penutup
MUHAMMAD KHAIRI BIN MOHAMED NOR

Galeri PKPP Zon Utara

Pengenalan
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi (PKPP) berhasrat untuk memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah dan pendekatan yang lebih relevan dengan sensitiviti masyarakat Orang Asli. Program peningkatan profesionalisme para guru di sekolah-sekolah Orang Asli harus menjurus ke arah matlamat meningkatkan pengetahuan dalam aspek pedagogi peribumi. Kefahaman para guru mengenai sosio-budaya masyarakat Orang Asli menjadi faktor penting dalam usaha mengatasi isu buta huruf dan keciciran dalam kalangan murid Orang Asli. Pelaksanaan program sebegini memungkinkan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik dijalankan terutama di sekolah murid Orang Asli. PKPP Zon Utara memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPG berhubung terus dengan murid dan masyarakat Orang Asli dan usaha ini memudahkan hasrat mencapai kecemerlangan pedagogi di sekolah murid Orang Asli. Pengalaman pelajar di sekolah murid Orang Asli memberi panduan bermakna untuk penambahbaikan terutama dalam bidang pedagogi peribumi

Muhammad Khairi Mohamed Nor

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Zon Utara

Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Utara diilhamkan untuk membantu para pensyarah dan pelatih IPG untuk pendedahan pengalaman sebenarnya mengenai masyarakat Orang Asli

Objektif PKPP Zon Utara


IPGKSAH sebagai Pusat Rujukan Pendidikan Peribumi dengan mewujudkan:
Pusat Latihan Perguruan Khas Pendidikan Peribumi Pusat Sumber / Perpustakaan Peribumi Pusat Kurikulum dan Pedagogi Peribumi Galeri Peribumi / Portal Peribumi

Pusat Penerbitan & Dokumentasi Bahan P & P, Kamus, Cerita dan Maklumat Masyarakat Peribumi. Sekolah Dalam Maktab Khas Untuk Murid Orang Asli Pusat Penyelidikan Pendidikan Peribumi

Pendekatan PKPP Zon Utara


Pendekatan ini berasaskan kepada Strategi Amalan Pedagogi Peka Budaya. Prinsip-prinsip Amalan Pedagogi Peka Budaya yang ditekankan ialah: Berasaskan budaya masyarakat setempat inside out Berpusatkan murid Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual, Pengajaran melalui Pengalaman & Kecerdasan Pelbagai Intergrasi Antara Disiplin, dan Pengajaran Multigred

SASARAN PROGRAM

Sekolah-sekolah Orang Asli terlibat ialah:


Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Banun Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Dala Sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Sungai Tiang Sekolah Kebangsaan Pos Kemar

PENGISIAN PROJEK
1. Program Murid
Kemahiran menguasai asas 3M Program Motivasi Kemahiran Belajar Teknik Menjawab Peperiksaan Program Pendedahan Kepada Dunia Luar

3 Program Waris
Program Peningkatan Kesedaran Pendidikan Program Motivasi

2. Program Guru
Kemahiran Pedagogi Peribumi Penghasilan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Kefahaman terhadap bahasa dan sosio budaya peribumi Program Peningkatan kemahiran Bidang Kemahiran ICT dalam P & P Peribumi Program Pensiswazahan Guru

4 Program Khas
Penyelidikan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Mendokumentasi bahan dan elemen berkaitan Orang Asli

Perlaksanaan Program Praktikum


Analisis Isu Pendidikan di Sekolah Orang Asli
Pengalaman pelatih praktikum di sekolah Orang Asli menimbulkan beberapa isu yang perlu difikirkan bersama-sama.. Beberapa isu yang difikirkan perlu diserlahkan buat tatapan umum sebagai panduan perancangan pendidikan murid Orang Asli pada masa akan datang.

[1. Kesanggupan]

Kesediaan guru untuk mengajar di kawasan masyarakat Orang Asli perlu dikenalpasti. Kesanggupan guru-guru untuk mengajar di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli perlu difikirkan oleh pelbagai pihak terlibat bagi menjamin kesan yang positif dalam pendidikan dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Sekiranya perkara ini dipandang mudah maka kesan mendalam dalam masyarakat ini akan dirasai dalam tempoh yang panjang.

[2. Saling Membantu]

Guru permulaan terutamanya yang ditempatkan mengajar di kawasan murid Orang Asli seharusnya dilayan mesra oleh setiap organisasi yang terlibat dengan masyarakat Orang Asli. Pejabat Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, JKOA, KEMAS, guru-guru sekolah, ketua-ketua kampung dan masyarakat sekitar dan pihak swasta yang sama-sama terlibat dalam pembanggunan Orang Asli agar sama-sama membantu guru-guru permulaan ini dalam mengharungi alam sebagai seorang pendidik

[3. Ketenangan Jiwa]


[berkongsi kediaman] / [suasana tenang ditemani unggas] / [inspirasi pada jiwa seorang guru] Ketiga-tiga elemen penting ini seharusnya dipandang serius kerana di dalamnya terkandung sesuatu yang besar kesannya terhadap pendidikan terutama di kawasan pedalaman. Suasana yang tenang dijiwa seorang pendidik terutamanya seorang guru permulaan amat penting bagi menjamin keseronokan untuk bertugas terutama di kawasan baru yang tidak terbiasa bagi seseorang guru.

[4. Budi Bicara]


Pihak kementerian pelajaran, pejabat pendidikan negeri dan daerah diharapkan boleh menggunakan budi bicara dalam banyak urusan pentadbiran sekolah murid Orang Asli di pedalaman ini. Pegawai pelajaran yang datang sekali-sekala ke sekolah berkenaan diharapkan tidak terus menyalahkan pihak sekolah dalam urusan pentadbiran sekolah agar perjalanan sekolah menjadi lebih licin dan teratur. Selalunya beberapa urusan akan dilaksanakan mengikut keperluan setempat dan mengikut situasi yang dirasakan sesuai dengan pengalaman guru di sekolah kawasan pedalaman ini.

[5. Orientasi]
Pengalaman guru permulaan yang baru menempuhi cabaran terutama di kawasan pedalaman dirasakan perlu mendapat pendedahan awal tentang masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman ini. Pendedahan mengenai masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak amat penting agar bakal guru akan terdedah dengan masyarakat ini sebelum mereka ditempatkan di sekolah pedalaman ini.

[6. Persediaan Mental]


Pendedahan kepada bakal guru amat penting terutama mengenai situasi sebenar di penempatan baru di kawasan pedalaman. Kemudahan infrastruktur yang selalunya kurang baik terutama di kawasan pedalaman bermula dengan jalan perhubungan, sistem komunikasi, kemudahan infrastruktur di kawasan sekolah, tempat tinggal, bekalan air dan elektrik dan sebagainya menjadi cabaran yang terpaksa dilalui oleh guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman ini.

[7.Harapan Pada Guru]


Guru-guru di kawasan pedalaman bukan hanya berkhidmat mengajar di sekolah tapi juga sebagai agen perubahan dalam masyarakat Orang Asli. Harapan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman bukan sekadar mendidik anak mereka di sekolah tetapi lebih daripada itu. Guru-guru dituntut membantu dalam banyak hal di kawasan penempatan masyarakat itu.

[8. Pengajaran Menarik]


Proses pengajaran dan pembelajaran kini seharusnya menggunakan kepelbagaian teknik terutama penggunaan bahan bantu yang sesuai. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran akan membuatkan suasana pembelajaran akan lebih aktif dan memberikan impak positif. Komputer dan animasi akan membuatkan murid akan lebih berminat dan mampu meninggalkan kesan yang baik seterusnya membuat ingatan murid akal kekal dalam masa lebih lama.

[9. Komitmen Guru]


Pengorbanan yang dilakukan oleh ibubapa seharusnya dibalas dengan rasa tanggungjawab yang wajarnya dengan memberi pelajaran kepada anak-anak mereka. Para guru disarankan agar memberi komitmen berganda kepada murid Orang Asli kerana mereka yang tinggal jauh di pedalaman dan mempunyai latarbelakang yang kurang dalam pendidikan menjadikan mereka lebih sukar menerima sesuatu terutama dalam bidang-bidang yang baharu didedahkan.

[10. Optimis]

Pandangan negatif terhadap masyarakat Orang Asli seharusnya dibuang dalam benak pemikiran para guru. Guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman seharusnya menerima segalanya yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman sememangnya sukar untuk menerima sesuatu yang baru.

[ 11. Berusaha ]

Semua pihak disarankan agar menggunakan kelebihan yang ada untuk cuba memajukan murid Orang Asli. Guru-guru jangan menggunakan alasan-alasan tertentu untuk tidak menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik terkini dan sesuai dalam pengajaran mereka di sekolah berkeperluan khas ini.

Kepelbagaian Kaedah Pengajaran

Penutup
Perkembangan sistem pendidikan di negara Malaysia memang membanggakan dengan seluruh kanak-kanak diwajibkan bersekolah dan mendapatkan pendidikan terutama dalam pendidikan sekolah rendah. Namun begitu, terdapat pelbagai halangan, masalah dan kekangan yang perlu ditempuhi terutama dalam masyarakat peribumi yang mendiami kawasan luar bandar terutama masyarakat yang tinggal jauh di kawasan pedalaman terutama penduduk peribumi termasuklah masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan etnik peribumi di Sarawak dan sukusuku minoriti di Sabah.

Muhammad Khairi Mohamed Nor

LOGO

JUMPA LAGI INSYAALLAH MAASSALAMAH

Anda mungkin juga menyukai