Anda di halaman 1dari 19

Seni Dalam Pendidikan

WAJ 3107

BJF

MATLAMAT
Kurikulum Seni Dalam Pendidikan ini digubal untuk melahirkan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk meningkatkan aktiviti, inovasi dan keyakinan diri dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

WAJ 3107

BJF

OBJEKTIF
Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan pelajar:i. Memperolehi pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran; ii. Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan; iii. Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;

WAJ 3107

BJF

OBJEKTIF(SAMB.)
iv Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman v Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain vi Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

WAJ 3107

BJF

KONSEP DAN LATAR BELAKANG


Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain.
WAJ 3107 BJF 5

Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan. Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.

WAJ 3107

BJF

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

WAJ 3107

BJF

Kepentingan Seni dalam pendidikan untuk sekolah rendah


Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

WAJ 3107

BJF

Faedah Seni di sekolah rendah


Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

SENI DALAM PENDIDIKAN

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh


Belajar cara belajar aplikasi informasi secara berkesan

Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan Lateral Leaps


WAJ 3107 BJF 9

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran


Teori Konstruktivisme Teori Kecerdasan pelbagai Teori Behaviorisme Sosial Teori Perkembangan Teori Otak Kiri Otak Kanan Teori Pemprosesan Maklumat

WAJ 3107

BJF

10

TEORI KONSTRUKTIVISME
Mengikut dapatan ahli konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya (actively construct knowledge that they find personally meaningful)

WAJ 3107

BJF

11

Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa

manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi

WAJ 3107

BJF

12

TEORI KECERDASAN PELBAGAI 8 Kecerdasan Pelbagai : 1. Kecerdasan Verbal Linguistik 2. Kecerdasan Logik Matematik 3. Kecerdasan Visual Ruang 4. Kecerdasan Kinestetik 5. Kecerdasan Muzik 6. Kecerdasan Interpersonal 7. Kecedasan Intrapersonal 8. Kecerdasan Naturalis
BJF 13

WAJ 3107

WAJ 3107

BJF

14

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

WAJ 3107

BJF

15

KECERDASAN VISUAL RUANG


Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual dan ruang secara grafik

WAJ 3107

BJF

16

KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti kordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan

WAJ 3107

BJF

17

KECERDASAN MUZIK
Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah

WAJ 3107

BJF

18

Sekian, Terima kasih

WAJ 3107

BJF

19

Anda mungkin juga menyukai