Anda di halaman 1dari 2

Secara berpasangan pelajar dikehendaki membuat satu persembahan dan perbincangan ringkas dalam masa antara 15 hingga 20 minit

setiap minggu perjumpaan. Setiap persembahan mestilah menggunakan persembahan elektronik (contoh MS Power Point). Persembahan ini seharusnya menjadi satu ruang perbincangan antara anda dan juga merupakan input kepada rakan-rakan. Setiap minggu satu pasangan akan membuat persembahan mengikut urutan tajuk-tajuk berikut: 1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan teknologi pendidikan. Nyatakan unsurunsur / elemen-elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiapa warga guru. Jelaskan apa yang dimaksudkan "rekabentuk pengajaran" (instructional design). Pilih salah satu rekabentuk pengajaran, dan terangkan ciri-cirinya, kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan dalam membina sesuatu proses atau produk pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan apa yang dimaksudkan "media pengajaran". Nyatakan jenis-jenis media pengajaran yang biasa terdapat di sekolah. Huraikan bagaimana media pengajaran dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan "instructional planning" (rancangan "pengajaran"). Berdasarkan sesuatu subtajuk (tajuk kecil sesuatu matapelajaran) dan berasaskan sesuatu media pengajaran yang tertentu bina satu "instructional planning" (jelaskan bagaimana peringkat-peringkat "instructional" dirancang, direka, dibina, dilaksanakan dan dinilai). Jelaskan prinsip-prinsip asas grafik. Nyatakan apa jenis-jenis grafik (ciri-ciri grafik) yang dapat memberi maksudkan yang hendak disampaikan dengan lebih baik. Huraikan bagaimana sesuatu grafik itu memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan jenis-jenis bahan 2 deminsi (2D) dan 3 deminsi (3D) yang biasa digunakan atau yang terdapat di sekolah. Huraikan bagaimana bahan-bahan terbut dapat dan boleh meningkat proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan fungsi-fungsi utama yang terdapat pada sesuatu kamera. Nyatakan apakah teknik-teknik yang biasa digunakan untuk mengambil gambar (foto). Huraikan bagaimana gambar foto dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan jenis dan ciri-ciri yang ada pada sebuah OHP (OverHead Projector). Jelaskan bagaimana transparensi dapat dihasilkan dengan baik dan dapat digunakan dengan berkesan. Terangkan jenis dan ciri-ciri yang ada pada sebuah kamera video. Cuba jelaskan bagaimana teknik merakap video yang baik. Huraikan juga kebaikan video dan bagaimana ia dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Jelaskan bagaimana menghasilkan satu produk multimedia interaktif yang baik. Huraikan apakah elemen-elemen penting yang perlu ada dalam proses membina produk tersebut. Jelaskan apakah yang dimaksudkan integrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Huraikan bagaimana ICT dapat diintegrasi dalam proses P&P dan sertakan dengan contoh rancangan pengajaran.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Semua hasil kerja anda hendaklah disimpan di dalam folio individu.

LATIHAN Latihan ini boleh anda lakukan semasa minggu belajar. Harap anda dapat membuat latihan supaya memudahkan anda menghadapi peperiksaan. Latihan Perbincangan: 1. 2. 3. Bincangkan bagaimana anda hendak merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan media pengajaran (instructional media). Jelaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Jika anda hendak mengajar sesuatu tajuk dan berkehendakkan murid-murid menggunakan TMK dalam proses pembelajarannya, apakah cara atau pendekatan 'instructional' yang sesuai. Bincangkan dan beri alasan yang bersesuaian. Semasa anda membina bahan / media pengajaran dan pembelajaran, apakah perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian dan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada bahan/media tersebut.

4.

Anda mungkin juga menyukai