Anda di halaman 1dari 30

ISI KANDUNGAN

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

PERKARA PENGENALAN MATLAMAT/OBJEKTIF PANDUAN PERATURAN SEKOLAH CARTA ORGANISASI MAKLUMAT MURID PELAN BILIK DARJAH JADUAL WAKTU KELAS JADUAL WAKTU BERTUGAS PIAWAIAN KEBERSIHAN KELAS CIRI-CIRI KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERLAKSANAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN LAMPIRAN

MUKA SURAT 2 2 3 17 18 25 26 27 28 29 30 32

1. PENGENALAN
Pelan tindakan ini disediakan untuk menjadi panduan kepada guru dalam menguruskan dan merancang aktiviti untuk kelas 3 Pintar sepanjang tahun 2012. Adalah diharapkan agar semua pelan yang dirancang akan dilaksanakan dengan sempurna dan melalui kerjasama murid-murid kelas 3 Pintar.

2. MATLAMAT/OBJEKTIF
Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian. Memupuk semangat bekerjasama untuk mencapai matlamat kebersihan sekolah. Meningkatkan keprihatinan, komitmen dan disiplin murid terhadap keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. Mewujudkan iklim serta identitI kelas sebagai rumah kedua yang sihat, bersih, indah dan ceria. kebersihan, keindahan,

3. PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


Berikut adalah peraturan-peraturan SK Bukit Balai, dan hendaklah dijadikan panduan pada setiap masa oleh murid-murid, guru-guru dan mereka yang bersekolah di sekolah ini. Jika terdapat manamana peraturan yang bercanggah dengan undang-undang Negara, ketetapan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri, maka peraturan sekolah berkenaan akan diketepikan secara automatis. Bab 1 : Waktu Persekolahan 1. Murid-murid mesti datang ke sekolah pada masa yang ditetapkan iaitu Isnin-Khamis - 7:30 pagi hingga 1:00 petang Jumaat 7:30 pagi hingga 12:00 tengahari. 2. Murid-murid yang bertugas dikehendaki hadir ke sekolah lebih awal iaitu pada pukul 7:15 pagi untuk bertugas sama ada di dalam atau di luar kelas. Bab 2 : Tidak Hadir Ke Sekolah 1. Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah membawa surat dari doktor atau penjelasan daripada ibu bapa atau penjaganya. 2. Murid-murid yang mahu pulang awal kerana sakit atau sebab-sebab tertentu dikehendaki meminta kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. 3. Murid-murid yang hadir semula ke sekolah tanpa membawa surat doktor atau surat penjelasan daripada ibu bapa atau penjaga dianggap ponteng sekolah. 4. Murid-murid tidak dibenar meninggalkan kelas tanpa sebarang sebab atau sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Pas Keluar kelas hendaklah dibawa apabila diberi kebenaran keluar kelas. Bab 3 : Lewat Datang Ke Sekolah 1. Murid-murid mesti datang ke sekolah pada masa yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum loceng pertama dibunyikan. Loceng pertama pelajaran dibunyikan pada pukul 7:30 pagi. 2. Murid-murid yang lewat datang ke kelas atau semasa perhimpunan akan disenaraikan dan selepas tiga kali mereka akan dikehendaki berjumpa Guru Besar atau Lembaga Disiplin. Surat juga akan dihantar kepada ibu bapa. 3

Bab 4 : Pakaian Seragam Sekolah 1. Pakaian seragam sekolah lengkap perlu dipakai semasa waktu persekolahan, lawatan, perhimpunan atau perjumpaan rasmi Bab 4.1 : Pakaian Seragam Murid Lelaki 1. Berseluar panjang berwarna biru tua. 2. Baju adalah berwarna putih berlengan pendek atau panjang. 3. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dibutangkan atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar pada setiap masa sama ada semasa berada di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. 4. Rambut mestilah pendek dan kemas. 5. Kasut haruslah berwarna putih dan diperbuat daipada kanvas, nylon atau polyster yang mempunyai daya serap dan pengudaraan yang baik. Stokin hendaklah berwarna putih. Bab 4.2 : Pakaian Seragam Murid Perempuan 1. Pinafore berwarna biru tua dan blouse putih berlengan untuk murid bukan Islam. Manakala untuk murid beragama Islam diwajibkan memakai baju kurung putih, dan berkain biru tua. 2. Murid-murid tidak dibenarkan memakai alat-alat solek dan barangan perhiasan termasuk mengecat kuku dan berinai. Bab 4.3 : Lencana Dan Tag Nama 1. Tag nama berlencana sekolah wajib dipakai. Bab 4.4 : Pakaian Seragam Pengawas 1. Pengawas sekolah yang dilantik hendaklah menggunakan baju berwarna biru muda, baju vest pengawas dan bertali leher. Bab 4.5 : Pakaian Semasa Menjani Aktiviti PJK atau Sukan 1. Semasa aktiviti PJK atau Sukan, semua murid dikehendaki menggunakan seluar track (untuk perempuan dan lelaki), seluar sukan pendek (lelaki sahaja), dan kemeja T sekolah.

Bab 5 : Harta Benda Sekolah 1. Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda kepunyaan sekolah dirosakkan, sama ada dengan sengaja atau tidak, murid atau kumpulan murid terlibat akan dikenakan tindakan atau hukuman yang setimpal atau menggantikan harta yang rosak. Surat pemberitahuan kepada ibu bapa atau penjaga akan dikeluarkan. Bab 6 : Buku Teks 1. Buku-buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan dipinjamkan kepada murid-murid. 2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 3. Murid-murid dilarang menconteng, mengotor atau merosakkan buku teks seperti mengguntingkan gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku itu. 4. Murid-murid hendaklah membalut kulit luar buku teks bagi mengelakkan kerosakan. 5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam bilik darjah setelah tamat persekolahan dan jika didapati buku teks akan dirampas untuk tindakan susulan. 6. Murid-murid yang didapati merosak, mengotor, menconteng, dan seumpamanya, maka pihak sekolah berhak menarik balik pinjaman atau meminta ganti buku baru yang sama jenis atau membayar harga buku berkenaan. 7. Buku teks yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada akhir tahun persekolahan mengikut masa yang ditetapkan atau apabila seseorang murid berhenti sekolah atau berpindah ke sekolah lain. Bab 7 : Buku Latihan 1. Buku-buku latihan yang digunakan hendaklah buku latihan seperti kegunaan standard murid sekolah rendah. Bab 8 : Tatatertib 1. Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru dan memberi ucapan salam apabila berjumpa dengan guru sama ada di dalam atau di luar sekolah. Hormat serupa hendaklah diberi kepada kakitangan bukan guru (AKS dan swasta). 2. Murid-murid hendaklah berdiri dengan tertib dan memberi salam apabila guru atau pelawat masuk dan meninggalkan kelas. 3. Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap semasa pergi atau balik dari kelas amali dan senaman. 5

4. Murid-murid hendaklah sentiasa hormat dan patuh kepada arahan pengawas. 5. Murid-murid dilarang untuk berdiri atau duduk di atas meja semasa di dalam kelas. 6. Pada waktu rehat atau selepas kelas murid-murid dilarang berlari, memanjat atau membuat bising di kawasan sekolah. Bab 9 : Perhimpunan 1. Perhimpunan mingguan dijalankan pada tiap-tiap hari Rabu kecuali kes tertentu dan kehadiran murid adalah wajib. 2. Murid-murid hendaklah berada di tempat perhimpunan 5 minit selepas loceng dibunyikan dan dikehendaki beratur dengan tertib tanpa bising mengikut kelas masing-masing. 3. Apabila perhimpunan selesai, murid-murid hendaklah beredar ke kelas ikut barisan dan senyap. 4. Semasa perhimpunan, murid-murid hendaklah senyap dan menumpukan perhatian pada mesej yang disampaikan. Bab 10 : Kebersihan Bilik Darjah Dan Kawasan Sekolah 1. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah mengikut jadual bertugas. 2. Kebersihan tandas-tandas sekolah serta cara penggunaan yang betul adalah tanggungjawab semua. 3. Semua murid mesti mengutip dan membuang sampah di tempat yang disediakan. Bab 11 : Kawasan Larangan 1. Murid-murid dilarang masuk tandas guru, kecuali untuk bertugas. 2. Murid-murid dilarang masuk ke Bilik Guru dan Pejabat Am kecuali ada urusan mustahak. Bab 12 : Kesalahan Berat 1. Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan berat atau serius yang mana jika murid-murid didapati melakukannya dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman. 12.1 Tingkahlaku Jenayah 12.1.0 Berjudi 12.1.1 Mencuri 12.1.2 Melawan/Mengancam/memukul/mencederakan guru 12.1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas 12.1.4 Memeras ugut 6

12.1.5 Membuli 12.1.6 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap 12.1.7 Menyalahgunakan dadah 12.1.8 Membawa senjata merbahaya 12.1.9 Mencabul kehormatan 12.1.10 Mengancam/memukul/mencederakan murid lain 12.1.11 Menceroboh bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah 12.1.12 Mengedar dadah 12.1.13 Menunjuk perasaan/berpiket/mengganggu ketenteraman sekolah 12.1.14 Bertaruh secara besar-besaran 12.2 12.2.1 12.2.2 12.2.3 12.2.4 12.2.5 12.2.6 12.3 12.3.1 12.3.2 12.3.3 12.3.4 12.3.5 12.4 12.4.1 12.4.2 12.4.3 12.4.4 Tingkahlaku Lucah Bercumbu-cumbuan Berkhalwat Membawa bahan-bahan lucah Mengintai murid-murid perempuan (khas untuk murid lelaki) Menggunakan kata dan perbuatan lucah Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah Kekemasan Diri Berambut pendek/fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah Berkuku panjang Bermisai dan berjanggut Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa Berkeliaran di kawasan sekolah Datang lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Makan di asrama/kelas di luar masa rehat 7

12.5 12.5.1 12.5.2 12.5.3 12.5.4 12.5.5 12.5.6 12.5.7 12.5.8 12.5.9 12.6 12.6.1 12.6.2 12.6.3 12.6.4 12.7 12.7.1 12.7.2 12.8 12.8.1 12.8.2 12.8.3 12.8.4 12.8.5 12.8.6 12.8.7 12.8.8

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab Berkelakuan kasar terhadap guru Berkelakuan kasar terhadap pengawas Berkelakuan kasar terhadap murid lain Berbahasa kesat Menyimpan rokok Menghisap rokok Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati guru Tidak menghormati pengawas Tingkahlaku Musnah Merosakkan harta benda sekolah Merosakkan harta benda Guru Besar, guru dan staf lain Merosakkan harta benda kantin sekolah/asrama Merosakkan harta benda murid Tingkahlaku Menipu Menipu yang melibatkan wang Menipu yang melibatkan kepercayaan-kepercayaan ujian dan lain-lain Ponteng Ponteng kelas (kelas biasa, kelas luar jadual/kelas tambahan) Ponteng sekolah Ponteng perhimpunan Ponteng kegiatan kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah Ponteng ujian Ponteng peperiksaan Ponteng untuk Private study Ponteng tugas/kerja

12.9 12.9.1 12.9.2 12.9.3 12.9.4

Gerak Kerja Kokurikulum Penglibatan dalam gerak kerja kokurikulum adalah wajib untuk murid tahun 4, 5 dan 6 dan wajib menyertai 3 jenis aktiviti Setiap pelajar yang didaftar menjadi ahli mesti patuh kepada peraturan dan perlembagaan kelab / persatuan Kehadiran dalam setiap aktiviti adalah wajib untuk semua ahli Pelajar yang tidak mengikuti atau tidak hadir dalam mana-mana aktiviti kokurikulum akan dikenakan tindakan oleh guru penasihat atau Guru Besar

Bab 13 : Pelawat, Ibu Bapa Dan Orang Awam 1. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid tanpa kebenaran Guru Besar 2. Pelawat tidak dibenarkan memanggil murid ketika pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan 3. Jika pelawat atau ibu bapa atau penjaga yang hendak membawa murid keluar atau balik, hendaklah memohon kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

Tatacara Menangani Salah laku Murid Di Sekolah 1. Pada dasarnya semua guru adalah guru DISIPLIN. Oleh itu, semua guru dengan sendirinya seharusnya berkebolehan dan berminat untuk menangani masalah disiplin muridnya. 2. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kes-kes kecil seharusnya dapat diselesaikan dengan pengalaman guru sendiri. 3. Kes-kes yang berat dan matang memerlukan perhatian Guru Besar dan Lembaga Disiplin. 4. Dalam menangani masalah-masalah disiplin murid, guru-guru hendaklah adil dan sabar. 5. Berkeras jangan sampai jadi zalim dan berlembut jangan sampai jadi lemah. 6. Rujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Prosedur Menangani Ketidakhadiran Murid Ke Sekolah 1. Guru-guru darjah khususnya hendaklah mengenal pasti sebab-sebab mengapa murid tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang murid tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa. Justeru itu, guru kelas perlu menghubungi mereka secara bertulis atau melalui telefon (catatkan panggilan itu di dalam buku kedatangan kelas). 2. Sila ambil langkah-langkah berikut sekiranya murid tidak hadir. (Tindakan guru kelas dan PK HEM) Memastikan semua murid yang tidak hadir memberi surat doktor atau surat ibubapa atau penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor, dikehendaki mengemukakan buktibukti yang nyata. Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberi surat sebelum hujung minggu tersebut. Surat amaran pertama akan dikirimkan kepada kepada ibu bapa / penjaga apabila muridmurid berkenaan didapati tidak hadir ke sekolah 5 hari berturut-turut tanpa sebab. Surat amaran kedua (minggu kedua) dan ketiga (minggu ketiga) dan seterusnya ibu bapa/penjaga hendaklah menulis surat atau datang sendiri ke sekolah untuk memaklumkan sebab-sebab mengapa anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah secara berturut-turut untuk tindakan lanjut.

10

3. Ringkasan penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P) bukan

Surat AMARAN PERTAMA AMARAN KEDUA AMARAN TERAKHIR BUANG SEKOLAH

Berturut-turut berturut-turut Pada hari ke-5 Pada hari ke-10 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas 7 hari selepas amaran kedua pertama 21 hari selepas

amaran amaran

pertama Rujuk pada sebab-sebab mengapa tidak dapat hadir

PERATURAN ASRAMA Peraturan-peraturan Asrama adalah untuk mencapai matlamat asrama disamping menjamin suasana yang aman dan teratur di asrama. Oleh itu, semua penghuni asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Asrama dan kerjasama adalah diminta untuk mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana penghuni asrama melanggar peraturan tersebut, pihak sekolah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tidakan disiplin yang tegas terhadap penghuni berkenaan. Bab 1 : Pelajaran Kemajuan pelajaran murid akan diawasi oleh Guru Kelas/Ketua Panitia/Penolong Kanan/Guru Besar. Semua penghuni dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Belajar bersendirian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Masa Belajar Bersendirian adalah seperti ditetapkan; RUJUK JADUAL AKTIVITI HARIAN penghuni asrama. Penghuni dinasihati bijak memanfaatkan masa untuk belajar serta kemudahan-kemudahan untuk belajar dengan sepenuhnya. Penghuni dikehandaki hadir awal ke kelas belajar persendirian/Belajar Malam.Penghuni dikehandaki mengamalkan sikap berdikari, serta disiplin diri yang tinggi semasa belajar bersendirian. 11

Berkeliaran di luar bilik darjah semasa belajar adalah di larang. Berpindah-randah tempat duduk serta berpindah kelas/tempat belajar adalah di larang. Makan semasa waktu belajar persendirian adalah di larang.Penghuni asrama hendaklah berpakaian bersih dan kemas apabila menghadiri kelas belajar persendirian.

Bab 2 : Masa Persekolahan Penghuni asrama wajib hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan serta mematuhi Jadual Waktu Persekolahan yang telah ditetapkan. Semua pili paip dan lampu mesti dipadamkan sepanjang masa persekolahan. Semua pintu bilik asrama mesti dikunci dan anak kunci diserahkan kepada warden bertugas atau Pembantu Pengurusn Murid Asrama (PPMA) pada masa persekolahan. Penghuni asrama dilarang masuk ke asrama pada masa rehat dan masa persekolahan. Bab 3 : Tatatertib Penghuni Setiap penghuni asrama hendaklah sentiasa berkelakuan baik, samada di dalam ataupun di luar asrama. Budaya hormat-menghormati, kerjasama, setiakawan dan mempunyai daya saing yang tinggi mestilah diamalkan pada setiap masa. Penghuni asrama dilarang sama sekali berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh. Raging dan mengugut penghuni adalah dilarang sama sekali. Pelaku boleh disingkir dari asrama.Teguran dan tunjuk ajar dari warden, PPMA, pengawas serta pihak kakitangan sekolah bukan guru adalah bertujuan membimbing penghuni ke arah kejayaan. Bab 4 : Kebersihan dan Kesihatan Penghuni asrama hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Pemeriksaan kebersihan akan dilakukan dari masa ke semasa dan tindakan akan diambil terhadap penghuni yang mengabaikan kebersihan diri. Penghuni dikehendaki berpakaian kemas dan sebersihnya sepanjang masa. Pakaian yang memaparkan imej/gambar lucah dan berunsur negatif adalah dilarang sama sekali. Contoh: Baju-T bergambar, tengkorak, simbol lucah, perkataan ganas dan lucah, dan sebagainya. Penghuni asrama tidak dibenarkan memakai alat solek semasa di sekolah. 12

Bab 5 : Kebersihan Asrama Bilik asrama hendaklah sentiasa bersih dan teratur.Mengubahsuai dan memindahkan peralatan yang terdapat di asrama adalah dilarang sama sekali. Makanan tidak dibenarkan dibawa ke asrama/bilik tidur kecuali dengan kebenaran waden. Penghuni asrama hanya dibenarkan menyimpan makanan dan minuman jenis ringan yang Halal sahaja, tetapi perlu menjamin kebersihan bilik dan asrama. Penghuni asrama perlu sentiasa mempastikan almari dan tempat tidur bersih, kemas dan sempurna. Pakaian dan barang yang lembap/basah dan kotor tidak disimpan dalam bilik asrama/hujung katil. Penghuni asrama tidak dibenarkan melekat, menyangkut, menggantung apa-apa sahaja di cermin tingkap, wayar elektrik, kipas dan lampu. Melukis, melekat, menampal gambar atau poster, di asrama dan bilik tidur tanpa kebenaran adalah dilarang.Semua jenis binatang adalah dilarang disimpan atau dibawa ke dalam asrama. Meludah adalah dilarang di dalam asrama. Bab 6 : Kebersihan Bilik Mandi/Tempat Mencuci/Tandas Setiap penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas dan bilik mandi. Semua alat dan kemudahan yang disediakan hendaklah dijaga dengan cermat. Sekiranya rosak perlu dilaporkan segera kepada waden asrama atau waden bertugas.Sebarang kerosakan di asrama yang tidak dilaporkan segera maka kos kerosakan akan dikenakan terhadap semua penghuni asrama/bilik berkenaan. Pakaian basah hendaklah disidai di tempat yang telah disediakan di luar bahagian depan/belakang asrama. Bab 7 : Kebersihan Kawasan Asrama Penghuni asrama bertanggungjawab bagi mempastikan kawasan asrama sentiasa bersih dan ceria.Semua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Batas-batas bunga hendaklah dijaga dengan baik.Kawasan/tempat menyidai pakaian hendaklah sentiasa kemas dan dibersihkan. Parit dan koridor di sekelliling asrama hendaklah disapu dan dibersihkan selalu. Penghuni asrama dilarang bermain dan berkejaran di dalam kawasan asrama. Bab 8 : Kebersihan Dewan Makan 13

8.1 8.2 8.3 8.4 8.5

Penghuni asrama diwajibkan berpakaian kemas dan bersih semasa makan di dewan makan. Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa selipar dan alas kaki masuk ke dalam Dewan Makan. Semua penghuni asrama dihendaki berbaris dan beradap semasa mengambil makanan dan minuman di Dewan Makan. Penghuni asrama dikehendaki membuang sisa makanan sendiri ke dalam tong sisa makanan di luar dewan makan. Penghuni asrama dikehendaki TIDAK membuang sisa makanan dan minuman ke bawah meja.

Bab 9 : Keselamatan 9.1 9.2 Setiap penghuni asrama adalah bertanggungjawab terhadap barang sendiri dan setiap penghuni di asrama masing-masing. Barang-barang kemas dan yang mahal adalah dilarang dibawa ke asrama. Alat-alat yang merbahaya seperti pisau, lingkaran racun nyamuk, mancis, parang, tukul dan lain-lain adalah dilarang sama sekali di simpan di asrama. 9.3 Penghuni asrama mesti mengetahui peraturan keselamatan; Tindakan Keselamatan Ketika Menghadapi Kecemasan/Kebakaran, dan Tindakan Keselamatan Ketika Keluar dari Kawasan Sekolah. 9.4 9.5 Penghuni asrama adalah dilarang sama sekali membuat penyambungan elektrik atau menggunakan lilin atau pelita di dalam asrama. Penghuni asrama adalah dilarang membawa dan menyimpan telefon bimbit di asrama.

Bab 10 : Pelawat 10.1 Semua pelawat termasuk ibubapa, ahli keluarga dan murid harian adalah dilarang pergi ke dalam asrama. 10.2 Semua pelawat perlu melapor diri di pondok pelawat. Bab 11 : Keluar Dari Kawasan Sekolah 11.1 Penghuni asrama adalah diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah semasa keluar dari kawasan sekolah dan balik ke sekolah. 11.2 Penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada waden bertugas. 14

11.3 Penghuni asrama adalah dilarang sama sekali pergi ke kediaman guru dan kakitangan sekolah. 11.4 Penghuni asrama hanya dibenarkan pulang kampung 2 kali sebulan atau pada masa yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja. 11.5 Kebenaran untuk pergi ke klinik hanya dibenarkan pada masa diluar masa persekolahan setelah mendapatkan Kad Klinik daripada Penyelia Asrama kecuali benar-benar perlu. 11.6 Penghuni asrama dibenarkan keluar sekolah pada masa yang sesuai dengan syarat mesti menulis nama pada buku catatan keluar dengan PPMA. 11.7 Pada minggu-minggu balik kampung, penghuni asrama mesti mencatatkan nama pada buku balik kampung di asrama. Bab 12 : Harta Benda Sekolah 12.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjaga semua harta benda sekolah. 12.2 Mana-mana harta benda sekolah yang didapati rosak, setiap penghuni adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki kerosakan tersebut atau membayar gantiruginya mengikut kos yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 12.3 Merosak harta benda sekolah adalah salahlaku berat, dan pelaku akan dikenakan tindakan yang setimpal. Bab 13 : Salahlaku Jenayah 13.1 Semua jenis salahlaku jenayah akan dilaporkan kepada pihak jabatan pendidikan / pihak berkenaan untuk tindakan lanjut. BARANG-BARANG YANG DILARANG DI ASRAMA 1. Senjata tajam/merbahaya; rantai, besi, lastik, pisau/pisau liat keras dan sebagainya (seumpamanya dengan barang yang disebut). 2. Bahan lucah; gambar, buku cerita, komik lucah dan seumpama dengan yang disenaraikan. 3. Bahan judi 4. Gam 5. Rokok 6. Mancis 7. Lilin atau Pelita minyak 15

8. CD, VCD, DVD kulit yang agak lucah 9. Radio 10. Set TV (semua saiz) 11. Pembesar suara tambahan 12. Lampu laser 13. Surat cinta 14. Mainan merbahaya dan mahal 15. Alat muzik yang boleh mengganggu 16. Majalah hiburan yang memaparkan keseksian dan membawa kepada perkara negatif 17. Perabot dan barang-barang milik sekolah 18. Alat solek berat; gincu, celak, rambut palsu dan sebagainya 19. Pakaian mempunyai gambar lucah, ganas atau berunsur ganas 20. Peralatan elektrik 21. Pil-pil yang diragui (berdasarkan rekod kesihatan) murid 22. Telefon bimbit

AZLINCE NATASHA LEE GURU KELAS

4. CARTA ORGANISASI

16

CRYSTALENE BUNGAN KETUA KELAS

MICHEAL SUMBANG PENOLONG KETUA KELAS

17

5. MAKLUMAT MURID

18

ANTHEA YULTICIA 15.06.2003 SK.138900 SELAKAU SK. BUKIT BALAI, TUBAU

ASSEHRRA SASTA 01.04.2003 SK. 164239 KAYAN RH. MERING TUVA, TUBAU

CAROLINE SERAI 24.06.2003 SK. 086227 IBAN RH. BULI, SG. KELABAI

CORENY HURING 14.05.2003 SK. 164664 KAYAN RH. AWAI, TUBAU

CRYSTALENE BUNGAN 07.06.2003 SK. 165028 KAYAN FLAT SUBIS, BINTULU

19

6. PELAN BILIK KELAS


20

Tingkap

Rak Menyimpan Beg/ Buku

Sudut Mata Pelajaran

Papan Notis

Pintu

Meja Murid

21

7. JADUAL WAKTU KELAS


MASA HARI Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat PM PM

07300800 PM MT

0800- 0830- 0900- 0930- 1000 - 1030- 1100- 1130- 1200- 12300830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 1230 1300 PM MT PS PM PM PJ BI PS BM BI MT BI MT BM BI MT MZ MT BM PJ R E H A T BM PK BI MT BM BM BM BI MT BM SNS BM MZ BI SNS SNS BM BM BI BM

Tingkap

Meja Guru BIL 1 2 3 4 5 6 7 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK SAINS Papan Putih PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN SENI NAMA GURU EN. BUYONG BANDA PN. VERONICA DOMINICK CIK AZLINCE NATASHA LEE EN. AWANG FIRDAUS BIN AWANG BAHRAIN Papan Notis Tingkap CIK AZLINCE NATASHA LEE EN. BRYAN KEROL EN. JIMMY ABDULLAH

8. JADUAL WAKTU BERTUGAS


22

TUGAS HARI ISNIN

MENYAPU SAMPAH CAROLINE CORENY DESSY EVINNA VIOLINTINA ASSEHRA FLORIA JACQUALY N KIMBERLY MICHELLE

MEMADAM MENYUSUN MEMBUANG SAMPAH PAPAN TULIS KERUSI DAN MEJA CYPRIAN WYNSCELLES FARELL FELLNADO MARIKO FREDRICK JOSHUATEA MICHEAL

CRYSTALENE

OMUILIA

SELASA

VIVENTIA

ROSPHIANE

RABU

ANTHEA

EVY TENING

KHAMIS

KOL SAGING

GLORYIA

JUMAAT

SOFIA

NATALEENA

23

9. PIAWAIAN KEBERSIHAN KELAS


PIAWAIAN KEBERSIHAN KELAS TIADA CONTENGAN TIADA GORESAN TIADA SAMPAH TIADA SAWANG TIADA BERHABUK ATAU BERDEBU TIDAK BERLUMUT TIDAK BERBAU BUSUK TIADA BAKTERIA DIMURNIKAN SETIAP SUDUT YANG ADA BERFUNGSI DIJAGA DAN DISENGGARA DENGAN BAIK BOLEH DIGUNAKAN DENGAN SEMPURNA PADA BILA-BILA MASA

24

SELAMAT TIDAK BERBAHAYA TIDAK MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN SERANGGA ATAU HAIWAN PEROSAK

10.
10.1 CERIA

CIRI-CIRI KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Bersih dan cantik dengan dekorasi, susun atur dan suasana persekitaran yang riang, selesa, menarik dan sebagainya. 10.2 INDAH Cantik, permai, elok dan indah. Akan menimbulkan keadaan dan perasaan yang segar, senang, bersemangat dan tenang. 10.3 INFORMATIF Bermaklumat berguna, padat, tepat dan terkini dalam membantu suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

25

11. PERLAKSANAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

BIL.

PERKARA

PERLAKSANAAN Disusun kemas. Sentiasa dibersihkan.

JADUAL KERJA Sepanjang masa

TINDAKAN

MEJA GURU

Guru

MEJA MURID

Disusun kemas. Ruang di atas dan di Sepanjang masa bawah meja sentiasa bersih dari sampah. Disusun dengan kemas dan teratur. Sebelum Diletakkan di atas meja tamat sebelum kelas tamat. Dijaga dengan baik.

Semua murid

3 KERUSI MURID

kelas

Semua murid

26

PAPAN TULIS

Sentiasa dibersihkan Sebelum dan Murid yang selepas sesi p&p bertugas selepas digunakan. Mempamerkan jadualjadual yang berkaitan: Jadual Waktu Kelas Setiap kali ada Jadual Bertugas bahan yang Guru sesuai Jadual PSS Jadual Peperiksaan Sentiasa dikemaskini. Sebelum kelas bermula pada Murid yang awal pagi dan bertugas selepas rehat. Suis dipadam setiap kali selepas kelas tamat. Guru Pembersihan sekali seminggu Setiap hari Murid yang bertugas

PAPAN NOTIS

LANTAI

Disapu sehingga bersih.

7 KIPAS, LAMPU, SILING

Dibersihkan dengan cermat. Suis dipadam sebelum kelas tamat. Pastikan tiada sawang dan debu.

TONG SAMPAH

Sentiasa dikosongkan.

10

PENYAPU

Disusun dengan teratur Setiap hari selepas digunakan. Dilap. Pastikan tiada debu. Setiap hari Ditutup sebelum waktu balik.

Semua murid

11

TINGKAP

Murid yang bertugas

27

LAMPIRAN
28

(SALINAN SIJIL LAHIR MURID)

29

30

Anda mungkin juga menyukai