Anda di halaman 1dari 5

Konsep Gotong-Royong Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela.

Amalan ini telah dipraktikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes. Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

KERTAS KERJA GOTONG ROYONG SK.SUNGAI ANAK

Pendahuluan Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2013 .Guru dan Persatuan Ibu bapa akan membina ampaian untuk kegunaan murid dan pentas sekolah bagi mengantikan pentas/astaka yang sedia ada tidak selamat untuk digunaka SK Sungai Anak.

1.0 Objektif 1.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan ibu bapa murid SK Sungai Anak. 1.2 Memberi peluang kepada ibu bapa murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum. 1.3 Menyediakan kemudahan untuk kegunaan murid-murid asrama supaya lebih selesa.

2.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Sungai Anak dan ibu bapa murid.

3.0 Rasional Menjayakan Program 3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menyediakan kemudahan muridmurid asrama. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

4.0 Justifikasi Guru-guru dapat bekerjasama dengan ibu bapa murid dan menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk tinggal di asrama.

5.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Sungai Anak.

6.0 Tarikh Perlaksanaan 5 April 2013 (jumaat)

7.0 Struktur Organisasi Pengerusi Naib Pengerusi : En. Lim Bin Hock : En. Jampi Anak Budul : En. Tedong Anak Nyambai : En. Abdul Razak Bin Nona : Pn. Maureena Clair Foo Setiausaha : Cik Zaimah bt. Jamali : Cik Noryana bt. Mustapa

Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. 4. En. Unggie Anak Sukah En. Raymond Gundi En. Muhammad Ariff Pn. Paula Lema

: Cik Sylvia Kate

8.0 Tentatif Program : MASA 07.30 pagi 07.40 pagi 08.00 pagi 10:30 pagi 11.00 pagi 12.30 pm-2.00 pm 2.00 pm -4.00 pm 4.00 pm -4.45 pm AKTIVITI Berkumpul di Dewan Makan Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi Gotong Royong bermula Rehat Gotong Royong ( sambung ) Merarau / Rehat Gotong Royong Membersihkan Diri & Jamuan Ringan

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN a) Guru dan AKP b) Ibu bapa = 20 orang = 36 orang __________ Jumlah = 56 orang

8.1 Makan dan minum untuk pagi a) Makan = Nasi Lemak ( 1 orang = RM2.50) b) Minum = Teh ( 1 x RM0.50) Jumlah = RM3.00 Keseluruhan : 56 x RM3.00 = RM 168.00 8.2 Merarau RM 5.00 x 56 orang = RM280.00 8.3 Jamuan Ringan RM4.00 x 56 orang = RM224.00 JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN DAN MINUMAN = RM672.00

9.0 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan Pihak sekolah bersama PIBG hanya membeli papan lapis, bol nat dan paku sahaja. Papan dan kayu dibekalkan oleh pihak pejabat

Bil 1.

Peralatan Papan lapis/plywood Harga seunit =RM54.00 Paku 2 Harga sekilo =RM9.20

Harga Bilangan papan lapis yang diperlukan. 6 unit x RM54.00=RM324.00 Bilangan kilo diperlukan 5 kg x RM9.20 = RM46.00

2.

Paku 3 Harga Sekilo = RM7.50 Bol nat Harga sekilo =RM8.00

Bilangan kilo diperlukan 4 kilo x RM7.50 = RM30.00 Bilangan kilo diperlukan 5 kilo x RM8.00 =40.00

4.

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM440.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (Makanan + Peralatan) RM672 + RM440.00 = RM1112.00

10.0 Pembahagian kawasan Guru dan ibu bapa akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 diketuai oleh Guru Besar dan Kumpulan 2 di ketuai oleh Yang Dipertua PIBG iaitu En. Unggie Anak Sukah. Kumpulan 1 bertanggungjawab membina ampaian, sementara Kumpulan 2 ditugaskan untuk membina pentas/astaka

11.0 Penutup Program Gotong Royong adalah merupakan satu program yang dipercayai paling berkesan untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa/PIBG. Di harapkan program ini dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibu bapa dan guru-guru SK Sungai Anak,Selangau. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan Asramaku, rumahku".

Anda mungkin juga menyukai