Anda di halaman 1dari 2

Penilaian kendiri Bina Insan Guru Fasa 4.

Setelah selesai menjalani Bina Insan Guru Fasa 4, saya mendapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan semasa melaksanakan program ini. Antaranya ialah pengurusan masa yang kurang baik. Kerja di agihkan tidak sistematik. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar kerja-kerja ini seharusnya diagihkan terlebih awal untuk memastikan program berjalan dengan lebih lancar lagi. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga haruslah menepati masa. Sebagai bakal guru, guru pelatih hendaklah lebih berdisiplin dalam menepati masa. Hal ini penting bagi membentuk peribadi guru yang cemerlang kelak. Namun yang demikian, program ini berjalan dengan lancar kerana adanya kerjasama daripada guru pelatih semua. Berdasarkan pemerhatian saya, Bina Insan Guru ini membantu guru pelatih membentuk peribadi guru dan melatih guru pelatih semua untuk memimpin disamping memberikan pengalaman berguna untuk digunakan apabila menjadi seorang guru kelak.

Penilaian Kendiri Khidmat Masyarakat.

Program Khidmat Masyarakat ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang bakal guru, kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, kita juga perlu bergaul dengan komuniti untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjaya sebagai seorang guru itu sendiri memerlukan kita lebih banyak berinteraksi dengan komuniti. Secara keseluruhannya, program ini membantu guru pelatih untuk sama-sama merasai susah senang hidup berkomuniti dan secara tidak langsung mampu meningkatkan komunikasi dan hubungan sosial dalam diri guru pelatih itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai