Anda di halaman 1dari 4

Jawapan: Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar.

Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabarantersebut. Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil. Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka. Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara. Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia. Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi

dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.

ulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka. Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi

terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan . Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

Anda mungkin juga menyukai