Anda di halaman 1dari 26

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA SEKTOR PEMBINAAN UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Buat JSU Mudah Buat JSU Sebagai Instrumen agak susah Buat JSU sebagai instrumen yang mengikut spesifikasi yang tepatlagi susah

Perlukan Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Positif

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )


Pengertian Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel itemitem soalan.

Fungsi JSU
Sebagai panduan. Menentukan bidang dan objektif pengajaran yang perlu diuji. Menentukan bidang dan pemberatan yang akan diberi. Menentukan aras soalan dan bilangannya.

Fungsi JSU
Menyelaras aras kesukaran Menstabilkan taraf dan mutu ujian Membuat perbandingan ujian. Membolehkan ujian dibina oleh penggubalpenggubal lain.

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Ujian akan dibina secara sistematik. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKSI UJIAN


Memahami Format Pentaksiran Mengkaji Sukatan Pelajaran Menganalisis Objektif Pendidikan Mengenal pasti konstruk

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


1. Kandungan - Tajuk - Subtajuk 2. Kemahiran - Aras kemahiran/konstruk 3. Wajaran - Peratusan pemberatan setiap tajuk - Bilangan soalan

AKTIVITI
Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu Jadual Spesifikasi Ujian.

PENENTUAN ARAS

Penentuan aras mengikut Taksonomi kognitif Bloom


1 2 3 4 5 6 Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

P00

ARAS PENGETAHUAN

Ciri Soalan: Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.
Contoh Kata Kerja: Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll.

Contoh Soalan Aras Pengetahuan


Apakah maksud perkataan culas ? A B C D Rajin Lalai Malas Cergas

C00

ARAS KEFAHAMAN

Ciri Soalan: Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Contoh Kata Kerja: Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.

Contoh Soalan Aras Kefahaman


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah. Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan. A B C D Ada ubi ada batas Ada gula ada semut Ada udang di sebalik batu Banyak udang banyak ragam

A01

ARAS APLIKASI

Ciri soalan:
Memerlukan calon menyelesaikan masalah nonroutine atau masalah baru.Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan. Contoh Kata Kerja: Selesaikan, Binakan, Carikan,Tunjukkan, Kirakan, Demostrasikan, dll.

Contoh Soalan Aras Aplikasi


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I II III IV A B C D Radio ini ada kelasnya yang tersendiri, kata Adib. Jangan makan di dalam kelas! kata pengawas itu. Mereka masyarakat kelas menengah. Kulitnya kelas kerana terkena api. I, II dan III I, II dan IV II, III dan IV I, II, III dan IV

N00

ARAS ANALISIS

Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membukti. Contoh Kata Kerja: Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan, dll.

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan di bawah. Tiba-tiba aku tersedar Lamunan yang merugikan terlepas kini Sejarah hempedu pahit ku lupakan Kini, ku semaikan benih-benih harapan Bersama jutaan impian Aku kan tempuh segala cabaran

Contoh Soalan Aras Analisis

Soalan 4
A B C D

Ku semai benih-benih harapan bermaksud Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan

T00

ARAS SINTESIS

Ciri Soalan: Memerlukan calon merancang, merekacipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan. Contoh Kata Kerja: Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan, Karangkan, Gubahkan, dll.

Contoh Soalan Aras Sintesis


Sabrina was born in 1985. In what year did she take her PMR? A B C D 1997 1998 1999 2000

Contoh Soalan Aras Sintesis


Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.
Budi yang baik dikenang juga, Pulau Pandan jauh ke tengah, Hancur badan dikandung tanah, Gunung Daik bercabang tiga ___________________________, ___________________________; ___________________________, ___________________________.

V00

ARAS PENILAIAN

Ciri Soalan: Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek pro dan cons semasa membuat penilaian. Contoh Kata Kerja: Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll.

Contoh Soalan Aras Penilaian


Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggup mempertahankan segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggup berputih tulang daripada berputih mata.

Soalan.

Apakah yang anda faham mengenai ungkapan Biar berputih tulang jangan berputih mata. _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ ______________

AKTIVITI
Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu Jadual Spesifikasi Ujian.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai