Anda di halaman 1dari 30

PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

SUSUNAN SESI PENYELESAIAN MASALAH


Penerangan Bengkel Pembentangan hasil bengkel

KANDUNGAN
1.
2. 3. 4.

Apa itu masalah? Penyelesaian masalah. Mengapa perlu penyelesaian masalah. Strategi penyelesaian masalah

APA ITU MASALAH?


2 +1 3 5 2 = ? Pelajar gagal ? Program 60 :40

Bulan tua
fulus?

TAKRIF
satu tugasan yang dihadapi oleh individu yang ingin / perlu mencari sesuatu penyelesaian. Individu itu tidak mempunyai prosedur sedia ada & mesti berusaha untuk mencari penyelesaian itu
Charles & Lester
5

dua syarat kewujudan masalah

1. Adanya tujuan 2. Adanya halangan


Anderson & Pingry

APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?

Proses terancang yang memerlukan kemahiran berfikir untuk mencapai matlamat yang dikehendaki menggunakan pengetahuan & pengalaman.

MODEL POLYA
1.
2. 3. 4.

Memahami dan mentafsir Merancang strategi penyelesaian Melaksanakan strategi Menyemak semula penyelesaian

CONTOH
Julia telah membelanjakan separuh daripada wangnya di sebuah pasaraya dan kemudian, berbelanja lagi sebanyak RM10. Selepas itu dia pergi ke pasaraya kedua, berbelanja separuh daripada baki wangnya, dan kemudian berbelanja lagi sebanyak RM10. Apabila dia keluar dari pasaraya kedua, dia dapati wangnya sudah habis. Berapa banyak wang yang dibawa oleh Julia semasa dia masuk ke pasaraya pertama? 9

MEMAHAMI MASALAH
Pelajar membaca masalah & menyatakan masalah menggunakan perkataannya sendiri atau membuat carta aliran.. Pelajar juga boleh membuat andaian tentang situasi berkenaan. Katakan anda membawa wang RM80 pada awalnya: Di pasaraya pertama: anda berbelanja (RM80) + RM10 = RM50 baki wang anda ialah RM80 RM50 = RM30 Di pasaraya kedua: anda berbelanja (RM30) + RM10 = RM25 baki wang anda ialah RM30 RM25 = RM5
10

CARTA ALIRAN
UNTUK PELAKSANAAN STRATEGI

10

10

+10 2 2 +10 60 30 20 10 0

11

MEMBUAT PERANCANGAN

Dari segi bentuk soalan dan penerokaan di atas, antara strategi yang sesuai dipilih ialah strategi bekerja ke belakang atau menggunakan algebra.

12

MELAKSANA PERANCANGAN
(Melaksanakan strategi bekerja ke belakang) Sebelum Julia berbelanja kali terakhir di pasar raya kedua, dia masih ada RM10. Jumlah wang ini adalah separuh daripada wang yang dia ada semasa dia masuk ke pasar raya kedua. Ini bermakna, dia ada RM20 semasa dia masuk ke pasar raya itu. Di pasar raya pertama, dia ada lebih RM10 daripada jumlah wang ini, iaitu RM30 sebelum dia berbelanja kali terakhir dipasar raya itu. Tetapi RM30 adalah separuh daripada wang yang dia ada semasa dia masuk ke pasar raya pertama. Maka dia ada RM60 semasa masuk ke pasar raya pertama. 13

SEMAK SEMULA
Menyatakan semula masalah itu dengan jawapannya. Pada mulanya, Julia ada RM60. Di pasaraya pertama, dia berbelanja (RM60) + RM10 = RM40 Maka baki wangnya ialah RM20. Di pasaraya kedua, dia berbelanja (RM20) + RM10 = RM20 Maka baki wang Julia ialah RM20 RM20 = 0 (tiada baki)

JAWAPAN:

Wang yang dibawa oleh Julia semasa dia masuk ke pasar raya pertama ialah RM60.00
14

Kemahiran Matematik

Komunikasi Kemahiran Berfikir

Konsep
MENGAPA PERLU PENYELESAIAN MASALAH?

Nilai

Membuat Keputusan Keseronokan & Kepuasan

Pembelajaran Kendiri

Merancang
15

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


1. 2. 3. 4. 5. Mencuba kes lebih mudah. Cuba jaya. Melukis gambar rajah. Mengenal pasti pola. Membuat jadual/ carta atau senarai secara bersistem. 6. Membuat simulasi. 7. Mengguna analogi. 8. Bekerja ke belakang. 9. Menaakul secara mantik. 10. Mengguna algebra.
16

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Strategi 1: Mencuba Kes Lebih Mudah

4 cm 15 cm

25 cm

Rajah di atas menunjukkan satu kawasan berpagar yang setiap bucunya bersudut tegak.
Cari perimeter kawasan berpagar itu.
17

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Strategi 2: Cuba Jaya

Tentukan sama ada 324 ialah satu nombor

kuasa dua.

18

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Strategi 3: Melukis Gambar Rajah

Bearing bandar Q dari bandar P ialah 080o manakala bearing bandar R dari bandar P ialah 170o. Jika jarak bandar Q dari bandar P ialah 60 km dan jarak bandar R dari bandar P ialah 80 km, kira jarak bandar Q dari bandar R.
19

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 4: Mengenal Pasti Pola

Diberi senarai nombor berpola 2, 9, 16,23,., tentukan nombor pada kedudukan ke 80.

20

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


Strategi 5: Membuat Jadual / Carta atau Senarai Secara Bersistem

Gaji bulanan Johari RM2700. Dia membelanjakan 5% daripada gajinya untuk membayar bil air dan elektrik. 10% daripada baki diberikan kepada ibunya. Dia mengambil 40% daripada baki terakhir untuk perbelanjaan keluarga. Cari lebihan gaji bulanan Johari. 21

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 6: Membuat Simulasi

Anda dikehendaki menentukan tinggi tiang bendera sekolah dengan menggunakan protraktor tanpa memanjat tiang itu. Huraikan bagaimana anda menyelesaikan tugasan ini.
22

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 7: Mengguna Analogi


Carikan bilangan tembereng garis dalam rajah berikut.
Seterusnya cari bilangan segitiga dalam rajah berikut.

Seterusnya, nyatakan bilangan jenis tiket berlainan yang perlu disediakan jika sebuah keretapi bertolak dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan berhenti seketika di tiga stesen lain dalam perjalanannya.
23

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 8: Bekerja ke Belakang

Suatu nombor tertentu apabila didarab dengan 8, kemudian ditambah dengan 8, dibahagi dengan 8 dan ditolak 8, hasilnya ialah 1. Cari nombor itu.
24

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 9: Menaakul Secaran Mantik

Diberi 0 < x < 10, y < 6, x ialah integer dan y integer positif. Nyatakan bilangan pasangan nilai x dan y yang mungkin supaya x + y < 9.

25

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Strategi 10: Mengguna Algebra

Beza umur Baba dan umur Ali sekarang ialah 5 tahun. Jumlah dua kali umur Baba dan umur Ali sekarang ialah 40 tahun. Berapakah jumlah umur mereka 6 tahun akan datang?
26

PERANAN GURU
1. Menimbulkan suasana sukses. 2. Mewujudkan keinginan untuk mencuba. 3. Membimbing pelajar membaca & merancang penyelesaian. 4. Menolong pelajar melibatkan diri. 5. Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berbincang. 6. Menggalakkan penggunaan lakaran.

7. Memberi penekanan kepada pemikiran kreatif.


27

PERANAN GURU
8. Menyarankan pilihan lain sekiranya buntu 9. Mengemukakan soalan yang membina & kreatif 10. Memberi penekanan kepada penghampiran 11. Menggalakkan penggunaan kalkulator & komputer 12. Membimbing pelajar membina carta aliran atau peta minda 13. Membimbing pelajar membina masalah
28

ARAHAN BENGKEL

Peserta diminta berada dalam kumpulan. Bincang setiap soalan untuk mendapatkan.

seberapa banyak strategi penyelesaian.

Masa bengkel : 30 minit.

29

RUMUSAN CARTA
Mula
1. Baca dan fahami masalah. 2. Dapatkan maklumat yang diberi dan apa yang dikehendaki. 1. Rancang dan tentukan strategi. 2. Tentukan langkah-langkah penyelesaian berdasarkan strategi. Selesaikan
Tidak

Memahami masalah Merancang strategi penyelesaian

Bolehkah diselesaikan Dengan strategi ini?


Ya

Melaksanakan strategi penyelesaian

Semak penyelesaian yang diperolehi


Tidak

Adakah Penyelesaian Betul?


Ya

Menyemak semula

Tamat

30

Anda mungkin juga menyukai