Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat. Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.

Definisi Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran


Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.

Sebagai contohnya: - tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil ( kita guna pembesar suara) - tidak dapat mendengar bunyi jantung ( kita guna stetoskop) Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata.
Mata manusia normal adalah terhad penglihatannya iaitu tidak boleh melihat objek yang terlalu jauh,dekat ataupun kecil. Oleh itu alat-alat optik digunakan untuk memperbesarkan sudut penglihatan.Jarak terdekat untuk penglihatan manusia ialah 25 cm.

Sebagai contohnya: - tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil ( kita guna mikroskop) - tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh ( kita guna teleskop) - tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding ( kita guna periskop)

PENGLIHATAN
Penglihatan adalah keupayaan untuk menafsirkan maklumat daripada cahaya optic sampai ke mata.Pelbagai bahagian fisiologikal terlibat dalam penglihatan dirujuk secara kolektif sebagai system visual dan menjadi tumpuan untuk pelbagai kajian dalam psikologi, sains kognitif,neurosains dan biologi molekul.

Mata manusia terdiri daripada lapisan tiga kanta tisu iaitu sclera (lapisa paling luar),koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam) Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh ditutup dengan sendirinya.Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland)

Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan 1. Teleskop

Fungsi : Teleskop adalah suatu alat / instrumen yang di gunakan untuk mengamati suatu benda yang jarak nya jauh seperti gunung

dan bintang agar tampak lebih dekat dan jelas atau berfungsi sebagai alat untuk mengumpulkan radiasi elektromagnetik dan sekaligus membentuk citra dari benda yang diamati. Teleskop merupakan alat paling penting di dalam ilmu astronomi, memperbesar ukuran sudut suatu benda dan juga kecerahannya.
.

2. Mikroskop

Fungsi : Biasanya digunakan untuk melihat objek yang sangat kecil seperti mikroorganisma bakteria, sel, virus, dan lain-lain. Mikroskop adalah alat yang dapat digunakan untuk melihat suatu benda yang jaraknya dekat dengan ukuran yang sangat kecil (mikron) untuk diperbesar agar dapat dilihat secara terperinci. Sifat bayangan yang terjadi iaitu maya, songsang dan diperbesar.

Mikroskop (bahasa yunani: Micros = kecil dan scopein = melihat) adalah sebuah alat untuk melihat objek yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. mikroskopik berarti sangat kecil, tidak mudah terlihat oleh mata. dalam perkembangannya mikroskop mampu mempelajari organisme hidup yang berukuran sangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata normal. Organisme yang sangat kecil ini disebut sebagai mikroorganisme, atau kadang-kadang disebut sebagai mikroba, ataupun jasad renik..

3. Kanta Pembesar

Fungsi : Kanta pembesar (dipangil kanta tangan dari konteks makmal) adalah kanta cembung yang digunakan bagi menghasilkan imej untuk memperbesar sesuatu objek. Kanta ini biasanya dipasang pada bingkai dengan pemegang Kanta pembesar merupakan suatu kanta cembung yang mempunyai panjang fokus yang lebih pendek. Apabila objek dilihat melalui kanta pembesar pada jarak yang kurang daripada panjang fokusnya, imej yang terbentuk diperbesarkan.
Bukti terawal bagi "peranti pembesar, kanta cembung yang membentuk imej diperbesarkan" adalah "kanta" Aristophanes, bertarik dari 424 BC, satu gelas kaca yang diisi dengan air. (Seneca yang Muda menulis bahawa ia dapat digunakan bagi membaca surat"tidak kira berapa kecil atau kabur"). [1

4. Sinar-X

Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan

5. Periskop

Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan

Fungsi utama periskop adalah untuk melihat keadaan di permukaan laut ketika kapal selam masih menyelam di bawah air.

7. Alat Pengimbas Ultrabunyi

Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi Dalam bidang perbidanan, pengesanan kadar denyut jantung (FHR)

kekal sebagai sesuatu yang standard untuk penilaian kesejahteraan janin. Hasil pengesanan awal boleh mengurangkan risiko penyakit dan kematian

STETOSKOP

Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Pendengaran


1. Mikrofon

Fungsi : Untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikalMikrofon digunakan pada beberapa alat seperti telepon, alat

perekam, alat bantu dengar, pengudaraan radio serta televisi, dan sebagainya.

2. Pembesar Suara

Fungsi : Untuk menguatkan lagi bunyi yang dihasilkan

3. Stetoskop

Fungsi : Untuk mendengar bunyi degupan jantung


Stetoskop ialah sebuah alat perubatan yang digunakan untuk mendengar bunyi dari dalam tubuh manusia, lazimnya bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah,mengukur tekanan darah serta mendengarkan denyut nadi.

stetoskop akustik yang paling umum digunakan, dan beroperasi dengan menyalurkan bunyi dari bahagian dada, melalui tabung kosong berisi-udara, ke telinga pendengar. Bahagian "chestpiece" biasanya terdiri dari dua sisi yang dapat diletakkan di badan pesakit untuk menguatkan bunyi; sebuah diaphgram (disk plastik) atau "bell" (mangkok kosong). Bila diaphgram diletakkan di pesakit, bunyi dari dalam tubuh akan menggetarkan diaphgram, menciptakan tekanan gelombang akustik yang berjalan sampai ke tube ke telinga pendengar. Bila "bell" diletakkan di tubuh pesakit getaran kulit secara langsung menghasilkan gelombang tekanan akustik yang akan disalurkan ke telinga pendengar. Bell menyalurkan suara frekuensi rendah, sedangkan diaphgram menyalurkan frekuensi suara yang lebih tinggi. Stetoskop dua sisi ini diciptakan oleh Rappaport dan Sprague pada awal abad ke-20.

4. Alat Bantu Pendengaran

Fungsi : Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga . Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.
Alat bantu dengar adalah sebuah alat elektronik yang bekerja menggunakan batere yang dapat memperbesar dan mengubah suara-suara sehingga dapat meningkatkan komunikasi. Suara diterima melalui mikrofon yang mengubah gelombang suara menjadi sinyal listrik kemudian amplifier meningkatkan besarnya sinyal dan mengirimkan suara melalui speaker menuju liang telinga.

Kesimpulan Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum. Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

TELESKOP

Anda mungkin juga menyukai