Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun guru harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam menguasai kemahiran pengajaran disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat. Kekuatan: Peringkat Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian: Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani ini menepati Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang menekan aspek Psikomotor, aspek Kognitif, aspek Afektif.

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar : Bahan Bantu Mengajar disediakan oleh guru sendiri. Bahan Bantu Mengajar yang dimaksudkan ialah lembaran kerja, info tentang permainan, penerangan tentang cara main permainan. Ansur maju permainan pula disediakan oleh guru dengan bantuan rakan-rakan.

Perlaksanaan Aktiviti Permainan Galah: Pada peringkat perlaksanaan aktiviti permainan ini, guru mendapati bahawa murid-murid amat seronok bermain. Murid-murid juga boleh melakukan pergerakan asas lokomotor sesuai dengan permainan. Selain itu, murid juga dapat membiasakan diri menghargai kemenangan dan kekalahan dengan baik. Ini dapat dilihat di akhir aktiviti dan dapat member respon terhadap soalan yang diaju oleh guru.

Kelemahan: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani ini yang mana memperkenalkan Permainan dan gerakan-gerakan yang sesuai kepada murid-murid berjalan sesuai dengan perancangan. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dari segi pengurusan masa. Lebih beberapa minit masa yang dibazirkan untuk menyusun murid-murid tetapi masalah ini tidak

menjadi ganguan yang berat bagi guru kerana guru berjaya mengatasi masalah ini dengan cara yang baik.

Cadangan penambahbaikan: Pada masa akan datang, aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini akan dilaksanakan dengan sebaik-baik mungkin. Oleh itu, segala aktiviti mewujudkan kumpulan akan dilaksanakan sehari sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan. Guru perlu membantu murid di dalam usaha memilih ahli setiap kumpulan dan ini boleh membantu mengatasi masalah pengurusan masa.

Kesimpulan: Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini berjalan dengan baik. Semua murid bekerjasama, seronok dan boleh mengikuti aktiviti tersebut sesuai dengan keperluan aktiviti permainan galah. Permainan ini sangat sesuai dimainkan sebagai permainan rekreasi dan kesenggangan di dalam usaha untuk menerapkan semangat berpasukan, menghargai kemengan dan kekalahan, dan mengaplikasikan segala pergerakan lokomotor sesuai dengan aktiviti.

Disediakan oleh :

Siti Nurhafiza Bt. Mohd. Nasir 831203 14 5988

Anda mungkin juga menyukai