Anda di halaman 1dari 10

PENULISAN ILMIAH Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tajuk Penulisan Ilmiah Modal Prestasi Kerja Dalam Kalangan Penjawat Awam Teknologi Pendidikan : Satu Penerokaan Analitik

Pengenalan Kualiti suatu pekerjaan bergantung kepada jenis pekerjanya. Tidak kisah kerja apa sekalipun didunia ini, samada menjadi bos atau kuli , kualiti kerja bukan sesuatu yang sesuatu yang boleh diguna, diambil , dibayar atau apa-apa sahaja. Ia adalah suatu bakat yang disulami dengan minat , kepakaran , komitmen dan pelbagai lagi sifat positif yang menetapkan displin dan pengurusan sebagai asas kepada punca keberhasilan kualiti kerja. Disamping itu juga terdapat banyak faktor yang boleh meningkatkan dan menurunkan kualiti kerja. Situasi pada masa kini dimana infrastruktur dan prasarana diperhebatkan dan mengalami proses naik taraf yang sangat pantas bertujuan secara umumnya untuk meningkatkan kualiti kerja dan pengurusan yang mana membawa kebaikan kepada seluruh warga yang berkeperluan.

Walaupun begitu sering timbul isu berkaitan kualiti kerja yang mana secara asasnya jika dilihat pengurusan yang tidak berkualiti itu wujud. Warga kerja yang tidak kompetatif, kurang kreativiti , inovasi rendah, mental yang lemah, pengurusan yang bercelaru , mencerminkan situasi sebenar kualiti kerja . Kenapa ia berlaku? Mengikut (Mohd Sahandri Gani Hamzah , 2008) dalam konteks kualiti kerjaya 2 perkara penting memainkan peranan iaitu motivasi dan kompetens. Berdasarkan (Holden , 1990) motivasi pekerja dipengaruhi oleh 3 perkara iaitu persekitaran , suasana kerja dan kepuasan. Manakala konsep kompetensi pula diperkenalkan pada awal awal tahun 2000 yang mana menjurus kepada penentuan prestasi kerja (Mohd. Sahandri, 2008). Hal ini terjadi kerana pekerja, antara lain, dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti persekitaran dan ekologi, persepsi, memori, perkembangan kognitif, emosi, pelakuan dan personaliti (Huitt, 2001).

Kesemua perkara ini akhirnya merujuk kepada prestasi kerja individu. Nilai kompetensi dan motivasi wajib dikekalkan dalam apa jua keadaan agar prestasi senantiasa diperingkat cemerlang. Ini kerana kita berkerja untuk orang lain dan memberikan mereka yang terbaik adalah polisi atau piagam pelanggan terbaik yang perlu ada dalam setiap individu. Sehubungan dengan itu bagi mengekalkan prestasi kerja pada aras maksimum, banyak faktor-faktor yang bersifat defisit dan deposit prestasi mengganggu pencapaian prestasi .Faktor-faktor ini berkeupayaan untuk meningkatkan potensi atau sebaliknya , sekiranya dijalankan dan berlaku pada kadar yang sepatutnya maka ia menjadi deposit prestasi sekiranya gagal maka ia menjadi defisit prestasi Dibawah disertakan contoh-contoh gangguan :

a) Kompetensi - persaingan antara jawatan untuk mencapai ganjaran b) Komitmen komitmen yang sangat rendah c) Kepuasan kerja merujuk kepada jenis kerja, iklim kerja , hasil daripada perbuatan. d) Kecerdasan spiritual perkara yang baik membantu dan sebaliknya e) Beban tugas dilaksanakan dengan betul ia akan menjadi deposit prestasi dan sebaliknya f) Kecerdasan minda siap siaga diri dari mula hingga habis g) Nilai kerja pemahaman individu tentang kepentingan tugas terhadap diri dan masyarakat

Berdasarkan contoh , ia dipengaruhi oleh persekitaran dan pengurusan kerja. Memang tidak dinafikan perubahan yang berlaku adalah secara semulajadi dan mendorong kearah penurunan prestasi. Tetapi apa yang pasti, dengan iltizam dan perancangan yang sempurna segalanya pasti berjaya. Sifat redha dan percaya takdir juga penting untuk memastikan segala apa yang terjadi adalah suatu lumrah kehidupan.

Sinopsis Kajian

Abstrak Kajian Kajian berbentuk interaction survey method ke atas 400 pegawai dan staf Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaian di seluruh Negara. Instrumen digubal khas yang mencakupi semua tugas dan peranan mengikut spesifikasi tugas. Secara spesifik intipati elemen yang dikaji adalah faktor yang mempengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik seperti kompetensi, beban tugas, kepuasan kerja, kecerdasan spiritual, minat, persekitaran kerja, ganjaran, penyeliaan dan bimbingan, prestasi kerja, komitmen dan latihan. Kedua-dua jenis motivasi ini menunjukkan korelasi yang terendah dengan beban tugas. Semua sumbangan pemboleh ubah bebas kecuali beban tugas (pekali laluan - 0.12) menunjukkan korelasi positif dengan pemboleh ubah bersandar. Ini bermakna setiap penambahan satu unit beban tugas akan menurunkan 0.12 unit kepuasan kerja pegawai dan staf BTP dan rangkaian. Di samping itu, modal prestasi kerja yang terbentuk daripada empat elemen penting, iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik, kompetensi dan kepuasan kerja. Model analisis laluan Modal Prestasi Kerja menunjukkan bagi setiap penambahan satu unit, ia akan meningkatkan 0.318 unit prestasi kerja. Implikasi dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa, prestasi kerja pegawai dan staf BTP dan rangkaian banyak bergantung kepada elemen-elemen motivasi yang semuanya memainkan peranan tersendiri dan saling berkait rapat antara satu sama lain serta perlu diuruskan secara terancang dan berhemah. Berdasarkan abstrak dan keseluruhan kajian , pengkaji ingin mengkaji nilai kualiti prestasi kerja berdasarkan motivasi ektrinsik dan intrinsik dan kepentingan kajian ini adalah satu usaha daripada pihak BTP untuk memastikan pekerjanya memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan. Kajian ini juga memberi satu maklumat kepada pihak BTP tentang mentaliti pekerjanya dan kesesuaian pekerjanya untuk diletakkan di subsector yang bersesuaian didalam BTP. Kajian ini juga mendapati satu faktor yang kritikal dan perlu dinilai semula secara serius iaitu keberhasilan program-program peningkatan motivasi dan latihan. Ini kerana program ini melibatkan penggunaan wang yang sangat besar dan kesan yang sangat minimum terhadap pekerjanya. Program tanpa impak bukan suatu identity pengurusan untuk pihak-pihak seperti BTP.

Penyataan Masalah

Pengkaji memfokuskan penyataan kajiannya terhadap peranan BTP dan kepentingan mereka terhadap industri pendidikan yang berteraskan kaedah pengajaran dan pembelajaran , pengurusan guru dan sekolah , pelaksanaan dan penyediaan infrstruktur dan prasarana. Pengkaji juga denga jelas mengaitkan kepentingan hubungan peranan pekerja dengan aspirasi kerajaan

terhadap fungsi BTP dalam menyebarkan gelombang arus teknologi pendidikan kepada semua pihak yang disasarkan secara keseluruhan.

Signifikasi kajian ini adalah tentang peranan BTP dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan terbaik serta fungsi BTP dalam memantapkan dan menyediakan pendidik dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan teknologi penyampaian pendidikan yang terkini. Pengkaji juga dengan jelas menetapkan matlamat dan objektif kajian melalui penyataannya cuma pemboleh utama yang digunakan agak kabur . Pengkaji menggunakan perkataan dan ayat yang mudah untuk difahami akan tetapi agak sukar untuk mengenali pembolehubahnya, tetapi setelah membaca dengan lanjut maka ia sangat jelas untuk difahami. Penyataan persoalan kajian juga sejajar dengan objektif kajian yang mana persoalan kajian membantu meningkatkan pemahaman objektif kajian . Teori dan kerangka konseptual yang digunkan juga jelas dan mendapat kebolehpercayaan yang tinggi. Kaitan antara dimensi intrinsik dan ektrinsik yang diketengahkan dalam kerangka konseptual sesuai dan berkaitan.

Berkaitan definisi dan terma khusus yang digunakan bersifat umum akan tetapi dibantu dengan kajian literatur yang dipilih , terma menjadi mudah untuk difahami dengan pembentukan konstruk-konstruk yang membentuk terma yang dipilih.

Kajian Literatur

Kajian yang dipilih mempunyai variasi yang pelbagai iaitu merangkumi skop tahun kajian baru dan lama , dalam dan luar negara, serta gabungan konstruk-konstruk pecahan pemboleh utama atau terma khusus yang digunakan, Kajian-kajian ini menjurus kepada pembentukan objektif , matlamat kajian pengkaji. Kajian yang digunakan juga meluas dan mencakupi skop persoalan kajian dan memang tidak dinafikan ada sumber kajiannya yang sudah terlalu lama, akan tetapi sumber itu hanya digunakan untuk pentafsiran secara definisi sahaja . Kemungkinan sumber ini boleh dinafikan dengan perbezaan zaman , perspektif kajian dan situasi kajian. Pemikiran dan tindakan masyarakat pada tahun 80 an berbanding 2000 sudah pasti sangat

berbeza dan ini boleh menimbulkan keraguan pembaca. Pengkaji juga jelas tidak bersifat bias dalam mengutarakan kajian literaturnya dan ia petik dan disampaikan secara berobjektif.

Rekabentuk Kajian

Pengkaji memilih untuk menggunakan 2 kaedah utama kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Reka bentuk kualitatif yang digunakan adalah untuk soalan terbuka dan tujuaan ia dibuat adalah untuk mencapai objektif kedua dan ketiga kajian. Kaedah ini dipilih pengkaji adalah untuk mencari pemahaman tentang kaitan dimensi pemboleh ubah dan signifikasi pembolehubah utama kajian. Pemilihan kaedah ini bersesuaian dengan kepentingan kajian yang ingin diperolehi. Motivasi penggalak prestasi , maka pengkaji memilih untuk memahami pertalian ini adalah satu langkah bijak.

Kajian deskriptif pula pengkaji memilih untuk mencapai matlamatnya. Ia berkeupayaan untuk menerangkan fenomena yang ingin dikaji dan berdasarkan kaedah yang dibentuk pengkaji agak jelas dan cuma pengkaji tidak menyertakan contoh soal selidiknya untuk diteliti. Data yang diperolehi melalui kajian ini membantu pengkaji menilai pemboleh ubahnya dari segi statistik kecenderungan data taburan data. Gabungan kuantitatif dan kualititif yang terarah daripada pengkaji menyakinkan pembaca bahawa objektif kajiannya jelas.

Terdapat sedikit kemusykilan yang berlaku iaitu pengkaji tidak menyatakan secara jelas tentang soal selidiknya. Soalan terbuka dan soalan berteraskan deskriptif yang berpaksikan statistik , bagaimana ia dijalankan ? secara serentak atau berasingan . Adakah melalui kajian kualitatifnya ia membentuk kajian kuantitatifnya?

Bentuk kajian pula diambil dari kajian sedia ada oleh pengkaji terdahulu dan telah diadaptasi oleh pengkaji dan diubahsuai mengikut kesesuaian ciri demografi populasi kajian. Parameter motivasi dan konstruk yang dipilih adalah jelas dan bersesuaian untuk dianalisa bersama dengan pembolehubah yang dibina pengkaji. Bentuk kajian ini juga tidak perlu diragui kesahannya kerana ia digunapakai untuk banyak kajian-kajian sebelumnya.

Persoalan seterusnya adalah apakah jenis analisis yang digunakan untuk menganalisis data statistik pengkaji? Tiada langsung penyataan dibuat Cuma terdapat terma-terma pembayang seperti regresi. Ini menyukarkan kepada pembaca untuk menilai kaedah analisis pengkaji. Memang terdapat penyataan analisis jenis korelasi digunakan, akan tetapi pengkaji perlu menyatakan tentang kaedah analisis data untuk memudahkan pembaca mencerap dan menilai konstruk-konstruk yang dibina oleh pengkaji.

Instrumen Kajian

Untuk merealisasikan bentuk kajian ini, alat kajian yang digunakan adalah soal selidik iaitu Instrumen Motivasi dan Peranan Staf BTP dan Rangkaian. Pengkaji membahagikan soal selidik kepada 7 bahagian iaitu Bahagian A adalah maklumat demografi , B dan C Faktor peribadi , D melibatkan item-item motivasi intrinsic dan ekstrinsik , E latihan , F dan G peranan setiap sektor terhadap BTP dan rangkaian. Pengkaji tidak menerangkan secara jelas bahagian yang berteraskan soalan terbuka ataupun statistik dan ini menyukarkan pembaca untuk menilai dan membuat rujukan.

Berdasarkan soal selidik yang dibina , dilihat agak bersesuaian dengan sampel rangkaian kerana sampel adalah terdiri daripada golongan pengguna dan pelaksana. Perbezaan tugas diantara pihak BTP dan pelaksana adalah sangat-sangat berbeza. Pengkaji menyediakan soal selidik yang berlainan yang berteraskan hubungan pemboleh ubah utamanya. Pengkaji cuba untuk menghubungkan perkaitan diantaranya iaitu antara tugas BTP dan pandangan dari pelaksana. Cuma apa yang pasti , pengkaji tidak menyatakan dengan jelas soalan berkaitan dengan sampel rangkaian? Pengkaji dengan jelas mengatakan ia melibatkan maklum balas guru yang menggunakan kemudahan dan perkhidmatan , akan tetapi apakah penekanan konstruknya? Saya berpendapat wujud 2 soal selidik iaitu instrument untuk staf dan rangkaian dan instrument maklum balas untuk rangkain

Merujuk kepada kajian rintis yang dilakukan pengkaji juga , sampel yang diambil adalah dari golongan BTP sahaja dan sedangkan pelaksanaan dilakukan melibatkan golongan pelaksana. Secara tidak langsung , dapatan daripada kajian rintis ini juga boleh dinafikan dan

kebolehpercayaan terhadap instrument ini juga boleh diragui. Memang tidak dapat dinafikan pengkaji melakukan kesahan dan kebolehpercayaan daripada pakar-pakar bidang konstruk ini diadakan dan pengkaji juga menyatakan ujian analisis alpha cronbach dilakukan. Akan tetapi soal selidik ini lebih berteraskan kepada populasi peringkat kementerian dan bukan pelaksana. Pengkaji harus lebih peka berkaitan sampel ini.

Batasan Kajian

Sampel dan populasi yang dipilih sangat besar dan mempunyai variasi yang pelbagai dari peringkat Kementerian sehingga ke peringkat sekolah. Kepelbagaian perspekstif dari individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari ciri demografi yang pelbagai mampu menghasilkan hasil kajian yang tepat dan persamaannya adalah dari segi tugas mereka iaitu pendidikan.

Masalah utama kajian ini adalah sampelnya yang sangat besar dan jarak antara sampel yang sangat jauh. Sampel tersebar diseluruh Negara dan memerlukan kos yang sangat banyak dan aras kesahihan yang agak samar. Sampel golongan guru pula dihadkan kepada Sekolah Bestari sahaja dan ini tidak adil. Adakah fungsi BTP hanya kepada sekolah bestari sahaja dan adakah penyataan kritikan saya ini terlalu naf? Bagaimana pendapat dan perspektif guru media dan guru lain di sekolah bukan bestari? Pengkaji sepatutnya memilih golongan ini menjadi sebahagian daripada populasi sampelnya.

Bagaimana pula dengan sampel rangkaian yang dipengaruhi oleh faktor permasalahan seperti masalah infrastruktur dan prasarana? Adakah pengkaji ada melihat masalah ini? Adakah pengkaji mengabaikan golongan ini ataupun sampel ini di asingkan untuk tujuan perolehan data yang tepat dan positif terhadap objektifnya.

Prosedur Kajian

Pengkaji menjalankan prosedur ini secara ringkas dan mudah. Soal selidik dibawa ke lokasi populasi sampel , sampel dikumpulkan di suatu tempat khas dan kemudian ditadbir urus oleh 2 orang penyelidik selama 2 jam termasuk kumpulan guru juga. Pengkaji tidak

menerangkan secara terperinci tentang proses pengurusan kebenaran daripada pihak berwajib , kementerian dan sebagainya. Ini perlu bagi sebagai rujukan untuk pihak seterusnya melakukan kajian lanjutan. Sebagai seorang pengkaji , etika untuk memohon melakukan kajian adalah suatu kewajipan. Pembaca sedar pengkaji sudah melakukan proses ini , akan tetapi tidak mustahil untuk ia dipertikaikan kerana dokumentasi adalah satu tiket atau lesen untuk menjalankan kajian ini. Tujuan permohonan kebenaran melakukan kajian ini juga adalah semata-mata untuk melicinkan proses soal selidik.

Prosedur kajian dilakukan dengan teliti dan berstruktur ? Sederhana secara keseluruhan prosedur ini dilakukan. Saya mentafsirkan pengkaji ada melakukan prosedur ini kerana jurnal ini diperolehi daripada jurnal penyelidikan.

Prosedur pengumpulan data

Kesimpulan Secara keseluruhan , kajian ini memberikan satu pandangan baru kepada pembaca iaitu beban tugas memberikan nilai intrinsik yang positif kepada individu. Berdasarkan dapatan data terdapat satu dapatan yang menarik dan boleh disarankan kajian lanjutan iaitu peningkatan motivasi diri disebabkan beban tugas , ia menunjukkan keberhasilan yang positif. Kemungkinan pekerja tersebut sudah melalui fasa beban tugas dan mempelajari sesuatu daripadanya dan refleksi yang positif timbul daripadanya dirinya . Ini kerana pepatah ada mengatakan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian

Ia merupakan satu pepatah melayu yang biasa disebut , akan tetapi untuk dapatan ini, kita boleh membuat tanggapan awal iaitu , peningkatan motivasi diri lebih dirasai sekiranya pekerja bertanggapan positif untuk menyelesaikan beban tugas dan mempelajari sesuatu daripadanya. Pengalaman memberi pengajaran , jika bertindak secara positif hasilnya positif dan sebaliknya.

Dapatan kedua yang menarik adalah program latihan yang disediakan tidak membantu meningkatkan motivasi para pekerja. Mereka lebih meminati ganjaran sebagai motivasi diri. Maka dengan itu , suatu analisis ringkas boleh dibuat . Sejumlah dana yang besar telah diperuntukkan tetapi keberhasilan yang kurang diperolehi. Adakah benar dan berkesan modul latihan pegawai yang digunakan?Pendapat awal, kaji kembali modul program latihan ini.

Sebagai kesimpulan, motivasi diri adalah suatu yang bersifat subjektif. Keinginan terhadap sesuatu boleh mendorong untuk memperolehi sesuatu. Dengan ini kebijaksanaan pemimpin dan pihak pengurusan amat dituntut untuk memastikan pengurusan dan pelaksana dibawahnya berfungsi dengan optimum. Kepakaran pemimpin dituntut, komitmen pelaksana ditagih. Prestasi juga sesuatu yang subjektif , perlu wujud banyak instrument untuk menilainya secara adil dan saksama. Secara mudah boleh dikatakan , ganjaran prestasi yang memberangsangkan mampu mencetuskan satu motivasi yang positif.

ADZUAN FAHMI BIN AHMED M20122001350 SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

SUBJEK

DASAR-DASAR PENDIDIKAN

PENSYARAH EN MOHD ASRI BIN MOHD NOOR TUGASAN INDIVIDU PENULISAN ILMIAH

TAJUK MODAL PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN : SATU PENEROKAAN ANALITIK
_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai