Anda di halaman 1dari 2

Lampiran A

PANDUAN UJIAN KOMPETENSI ICT SECARA DALAM TALIAN

1. Guru dan pentadbir haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan profesional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk untuk membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang dan melaksanakan program latihan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. 2. Ujian boleh dicapai secara dalam talian mulai 27 September 2013 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 3 Oktober 2013 (Khamis) jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam di pautan:

http://ict-kpm.azurewebsites.net
3. Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit menggunakan pelbagai peranti (device) telekomunikasi. (Contohnya: computer, iPad, tablet, smartphone dll.) 4. Calon diminta memasukkan nombor kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian. 5. Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan ujian. 6. Calon dikehendaki menjawab soalan ujian secara berterusan selama 40 minit. Oleh itu rancang waktu yang sesuai untuk mula menjawab soalan ujian ini. 7. Klik pada ruang jawapan yang dipilih dan klik butang SETERUSNYA untuk ke soalan yang berikutnya. 8. Untuk perhatian, setiap soalan perlu dijawab sebelum boleh bergerak ke soalan yang berikutnya. 9. Sekiranya kesemua 30 soalan telah dijawab ataupun masa menjawab telah tamat, satu paparan akan keluar menyatakan ujian tersebut telah tamat. Klik butang LOG KELUAR untuk keluar dari sistem ujian kompetensi ini. 10. Pengetua/Guru Besar diminta memantau status guru yang telah menjawab (selesai semua 30 soalan), belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut (langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masingmasing berdasarkan modul laporan yang disediakan dalam sistem yang sama.

Lampiran A 11. Sekiranya terdapat masalah semasa menggunakan sistem ujian ini, hubungi talian 0377310327 / 03-77107100 atau emel kepada helpdesk.opulens-sa.com. 12. Semua guru dan pentadbir sekolah dikehendaki menjawab ujian ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Kerjasama, integriti dan profesionalisme yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai