Anda di halaman 1dari 2

Laporan

Kelab Kembara dan Rekreasi Semester 6 telah merancang lawatan sambil belajar ke Gunung Tapis, Bukit Panorama dan Muzium Sungai Lembing. Lawatan ini bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penerokaan dunia luar. Kami unit Pengajian Tamil bersama unit Pengajian agama islam telah menghadiri lawatan ini selama 2 hari 1 malam di tempat- tempat yang dimaklumkan di atas. Lawatan ini merupakan satu pengalaman bagi kami yang sedang belajar sekarang. Sepertimana yang telah kami rancang kami telah sampai di Bukit Panorama kira-kira pada pukul 7 malam. Sebaik sahaja kami sampai di sana, kami berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di Bukit Panorama. Bukit Panorama pula adalah salah satu aktiviti rekreasi dan kegiatan waktu lapang yang disediakan di Sungai Lembing. Di sini, pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan oleh orang awam antaranya meredah hutan, mengembara, melihat panorama sekeliling dan sebagainya. Keistimewaan bukit ini ialah para pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan suasana matahari terbenam. Panorama bukit 291 meter tinggi di atas paras laut. Untuk sampai ke puncak, jarak berjalan kaki dari lombong pengunjung terpaksa melalui 815 langkah dan tidak termasuk tangga rosak dan simen. Bukit Panorama sangat popular dengan pelawatnya yang sering berkunjung pada hujung minggu. Sebelum ini saya tidak pernah berpeluang untuk melihat pandangan matahari yang terbenam yang begitu cantik. Setelah kami selesai mengambil makan malam, kami semua telah menginap di asrama Institut Latihan KEMAS. Pada keesokan hari, kami telah bertolak dari Instutusi tersebut selepas sarapan pagi kira- kira pada pukul 7.45 pagi. Selepas itu, kami sama-sama telah mendaki Gunung Tapis. Gunung Tapis merupakan gunung ke-18 tertinggi di semenanjung pada ketinggian 4, 957 kaki. Ia merupakan satu cabaran yang menyeronokkan untuk pendaki yang berminat bagi mencuba sesuatu yang baru. Sekitar gunung Tapis terdapat sebuah taman yang dijaga rapi dan mempunyai kawasan perkhemahan, air panas, air putih di sungai yang deras. Apa yang paling menyeronokkan ialah terdapat banyak ikan kelah di kawasan pergunungan tersebut.

Gunung Tapis merupakan kawasan pergunungan yang sukar untuk didaki dan memberi cabaran yang hebat bagi pendaki yang ingin mencari pengalaman yang baru. Namun begitu, para pendaki perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa mendaki gunung ini kerana perjalanan ke puncaknya adalah sangat menguji kekuatan fizikal dan stamina para pendaki serta struktur geografi berbukit-bukit di sepanjang jalan. Namun ia amat mencabar pada mulanya tetapi mendaki Gunung Tapis ini merupakan pengalaman yang memberi banyak faedah kepada kami guru pelatih dalam penerokaan dunia luar. Setelah itu kami telah mengambil makanan tengahari kami disitu dan telah mengambil sedikit masa untuk merehatkan badan kami yang telah rengang sebab naik Gunung tapis tadi. Kira-kira pada pukul 2 petang kami telah bertolak dari sana untuk ke Muzium Sg. Lembing. Muzium Sungai Lembing yang merupakan muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara amnya. Di sini kami dapat menambah ilmu pengetahuan am melalui pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia. Sebaik sahaja kami melihat khazanah-khazanah yang dipamerkan di muzium, kami telah telah bersedia untuk bertolak ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Walaupun lawatan sambil belajar ini amat memenatkan tetapi ia memberi banyak pengalaman yang berfaedah kepada kami. Melalui lawatan ini, dapat melatih guru-guru pelatih mengendalikan program sendiri, sekali gus dapat memberikan pengalaman awal supaya dapat digunakan di alam perguruan nanti. Disamping itu, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui persekitaran dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama guru-guru pelatih dan para pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai