Anda di halaman 1dari 58

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN1 2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA4-16 2.1. Pendidikan Matematik Dalam Tahun Lima Puluhan Ke Tujuh Puluhan 2.1.2 Perkembangan dalam tahun lapan puluhan 2.3 Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia secara kronologi 2.3.1 Laporan Razak (1956) 2.3.2 Laporan Projek Khas (1970) 2.3.3 Program Matematik Moden (1970) 2.3.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) 2.3.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) 2.3.6 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988) 2.3.7 Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) 2.3.8 Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( 2011 )

2.4 Program yang dirancang bagi meningkatkan kurikulum Matematik 2.4.1 Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) 2.4.2 Projek InSPIRE (Integrated System Instruction for Rural Environment) (1977) 2.4.3 Projek Sekolah Bestari di Malaysia of Programmed

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KURIKULUM DI MALAYSIA..16-23 3.1 Falsafah pendidikan 3.2 Kehendak masyarakat 3.3 Faktor politik 3.4 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
1

3.5 Faktor perubahan sosial 3.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum 3.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat 3.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya 3.9 Pengaruh psikologi pendidikan 4.0 KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LAIN23-29 4.1 Perbandingan kurikulum matematik negara-negara lain 4.2 Pengaruh kurikulum negara lain terhadap kurikulum Matematik di Malaysia. 4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964) 4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG) 4.2.3 School Mathematics Project (SMP) 4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG) 4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)

5.0 PANDANGAN DARI GURU-GURU DISEKOLAH.30-51 5.1 Temuramah Guru 1 5.2 Temuramah Guru 2 5.3 Analisis temuramah 6.0 PENUTUP..52 7.0 REFLEKSI..53-57 BIBLIOGRAFI

1.0 PENDAHULUAN Pada masa kini penggunaan matematik digunakan dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data,simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Bagi memastikan perkembangan secara menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan nilai dan bakat. Potensi dan bakat pelajar perlu diperluaskan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk berkembang mengikut keupayaan dan minat masing-masing. Melihat dari segi perubahan kandungan matematik adalah sejajar dengan peredaran masa. Semakin lama dunia semakin canggih pembelajaran matematik perlu berubah bagi menyaingi kehebatan teknologi. Para pelajar perlu didedahkan dengan pemahaman matematik yang lebih tinggi daripada hanya melihat matematik hanyalah sekadar pengiraan nombor. Dengan ini kurikulum matematik sentiasa diperbaharui dan digubal bagi menyaingi kehendak zaman dalam era ini. Kurikulum baru sentiasa digubal bagi memberi pendedahan dan gambaran tentang keunikan matematik. Oleh kerana matematik penting dalam membentuk pengetahuan saintifik dan teknologi, maka pendidikan matematik yang berkualiti perlu disediakan dari peringkat rendah lagi. Selain itu, Kurikulum matematik di Malaysia bertujuan membentuk pengetahuan dan keupayaan dalam matematik, serta sikap positif dalam kalangan murid (BPK KPM 2003). Dengan itu, untuk menjadikan pelajar di sekolah yang berketrampilan bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar, penekanan perlu diberi kepada pemupukan dan peningkatan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif, kemahiran interaksi dan sebagainya. Kesemua aspirasi ini dapat dilihat dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik yang telah mengalami pelbagai usaha perbincangan dari beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.
3

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di

Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perkembangan kurikulum Matematik berkembang dengan beberapa perubahan yang wajar selari dengan peredaran zaman. Matematik yang diajar di sekolah rendah pada zaman Perang Dunia II iaitu sekitar 1939-1945 jelas mementingkan kemahiran asas mengira iaitu tambah, tolak, darab, bahagi dimana ia perlu bagi kehidupan seharian. Guru-guru pada masa itu mengajar dengan mengikuti risalah-risalah panduan, kerana tidak terdapat sukatan pelajaran yang digubal sehinggalah pada tahun 1965. Pada tahun 70-an pula, guru-guru mengajar mengikuti bahan-bahan panduan baru yang disediakan oleh Projek Khas, Kementerian Pelajaran. Bahan-bahan ini, berbanding dengan masa yang sudah-sudah, lebih menekankan kefahaman konsepkonsep matematik daripada penguasaan kemahiran. Dari kajian-kajian yang dijalankan, didapati bahawa taraf pencapaian murid-murid yang mengikuti kurikulum yang berpendekatan moden ini masih boleh diperbaiki. Dengan itu, langkah-langkah positif telah diambil untuk memulihkan keadaan. Suatu kurikulum baru digubal berasaskan dapatan-dapatan dan syor-syor dari kajian-kajian yang berkenaan. Kurikulum baru ini mula dicuba pada tahun 1982, dan pelaksanaan penuh bagi peringkat Tahun1 bermula pada tahun 1983. Dalam kurikulum ini, penguasaan kemahiran asas diberi keutamaan yang lebih tinggi. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sejak zaman penjajah hingga awal tahun enam puluhan, kurikulum matematik tidak mengalami apa-apa perubahan besar. Aritmetik, geometri dan aljabar diajar secara terasing dan tiada langsung terdapat usaha untuk menggabung atau mengamirkan cabang-cabang tersebut atau unsur4

unsur darinya. Pengajaran-pengajaran di bilik darjah pula dikuasai oleh guru-guru semata-mata, dan hanya buku teks, papan hitam, dan kapur sahaja yang digunakan untuk menerangkan segalakonsep yang terlibat, dari yang paling konkrit kepada yang paling niskala. Pada penghujung tahun enam puluhan, negara ini telah turut serta dengan negara-negara maju dalam gerakan untuk memperbaharui kurikulum matematik dan sains supaya sesuai dengan keperluan-keperluan baru dari segi perkembangan sains dan teknologi yang telah muncul dengan agak serta-merta akibat pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada 1957. Maka muncullah Hisab Moden di sekolah-sekolah menengah pada tahun 1970, dengan beberapa tajuk baru yang belum pernah ditemui di sekolahsekolah serta pendekatan mengajar yang begitu berlainan daripada apa yang telah diamali sebelum itu. Kurikulum matematik, seperti mana-mana kurikulum pun, harus terus

berkembang, sama ada dari segi pendekatan atau isi atau bahan sokongan,ataupun matlamat, penekanan dan rasionalnya sendiri. Kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum itu susah hendak dinilai. Berbagai faktor terlibat dalam penentuan bentuknya, dalam penyediaan pelaksanaannya, serta dalam penentuan kejayaannya. Dengan itu, kejayaan atau kegagalan haruslah dilihat dari berbagai segi, walaupun cara yang paling mantik dan langsung ialah dengan menentukan sama ada tercapai atau tidaknya matlamat-matlamat kurikulum berkenaan.

2.1. Pendidikan Matematik Dalam Tahun Lima Puluhan Ke Tujuh Puluhan Walaupun terasing dari Amerika Syarikat, Britain dan Eropah dari segi geografi, kebudayaan, sejarah dan berbagai aspek lain, Malaysia turut merasai kesan dari gelombang besar yang telah melimpah dari negara-negara tersebut. Malaysia juga turut mengatur langkah-langkah ke arah merombak semula kurikulum Matematik dan Sains di sekolah-sekolah supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1965 pula, Universiti Malaya telah mengadakan suatu seminar matematik. Seminar tersebut
5

telah mengemukakan syor supaya suatu jawatankuasa ditubuhkan, yang mempunyai tujuan di antara lain, untuk mengenalkan guru-guru kepada konsep-konsep asas serta penggunaan Matematik Moden, untuk mengkaji isi bahan-bahan baru matematik (terutama sekali bahan yang dihasilkan oleh School Mathematics Project di Britain), dan untuk menyesuai dan memasukkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia manamana perkara yang dianggap sesuai dan perlu. Berikutan dengan ini suatu kursus telah diadakan pada 1966 oleh Kementerian Pelajaran untuk tiga puluh orang guru kanan matematik dengan tujuan untuk mengenalkan kepada mereka tajuk-tajuk baru yang difikirkan relevan bagi peringkat menengah. Kemudian, pada tahun 1969, Peter Whyte dari projek Scottish Mathematics Group , Scotland telah dijemput menjadi pakar perunding kepada Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menyediakan suatu sukatan matematik. Pada 1970, sukatan pelajaran matematik, yang dikenali sebagai Hisab Moden, yang diubahsuaikan dari SMG telah dilaksanakan di 26 buah sekolah menengah rendah, dan pelaksanaan diteruskan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1973 pula, Hisab Moden yang diubahsuaikan dari SMP diperkenalkan di peringkat atas, dan pelaksanaannya diteruskan. Pada tahun 1978, kedua-dua sukatan pelajaran Ilmu Hisab Moden bagi Tingkatan I III dan Tingkatan IV & V disatukan dan dipanggil Sukatan Pelajaran Matematik Malaysia, Tingkatan I V.

2.1.2 Perkembangan dalam tahun lapan puluhan Di sepanjang pelaksanaan kurikulum rendah dan menegah (kedua-duanya mula dilaksanakan pada 1970) penilaian berterusan secara kualitatif dan tak formal dijalankan oleh pihak PKK dan pihak-pihak lain di Kementerian Pelajaran. Bagi sekolah rendah, satu kajian penting yang melibatkan sampel sekolah di seluruh Malaysia telah dijalankan oleh PKK dalam 1979. Dapatannya:
6

i.

Ramai murid yang tidak menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira. Keadaan ini berlaku di semua jenis sekolah sama ada medium kebangsaan, Cina atau Tamil, dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

ii.

Taraf pencapaian murid-murid di luar bandar di dalam ketiga-tiga kemahiran asas 3M lebih rendah daripada murid di bandar.

iii.

Murid-murid luar bandar dari sekolah saiz kecil mendapat pencapaian yang paling rendah. Bagi sekolah menengah pula, di sepanjang tahun 1979 PPK telah menjalankan

kajian yang mendalam dan dan menyeluruh tentang isi kandungan sukatan pelajaran Matematik (Moden). Hasil kajian ini merupakan syor-syor yang meliputi, di antara lain, perkara-perkara berikut: i. ii. Beberapa tajuk yang terlampau mendalam dikurangkan isinya Beberapa tajuk yang tidak sesuai tempatnya, dialih ke Tingkatan atas atau bawah darinya iii. Beberapa tajuk yang tidak sesuai atau tidak relevan lagi atau terlalu membebankan, dikeluarkan. Kajian yang membawa kesan besar terhadap kurikulum matematik menengah dan rendah ialah kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Sri Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

2.3 Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia secara kronologi Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang
7

usaha ke arah kesepaduan. Secara kesimpulannya perubahan kurikulum Matematik di Malaysia boleh dilihat perkembangannya mulai dari Penyata Razak sehinggalah urikulum yang terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

2.3.1 Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

2.3.2 Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara .Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiripenemuan juga digalakkan. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada tahun 1970. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. 2.3.3 Program Matematik Moden (1970)
8

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan manipulasi bahan terus digalakkan.

2.3.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden.

Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua; Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahirankemahiran asas matematik.

2.3.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menguasai bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)
10

2.3.6 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988) Ekoran daripada perkembangan kurikulum baru sekolah rendah, satu kurikulum baru juga dirancangkan utuk pelajar sekolah menengah. Pendidikan matematik menengah adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah seharian dengan berkesan dan penuh serta kebolehan menggunakan ilmu bertanggungjawab serta menghargai pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan kepentingan dan keindahan matematik. Kurikulum ini merupakan suatu pendidikan matematik yang umum, tumpuan adalah diberi kepada pengukuhan, penguasaan dan peluasan penggunaan empat operasi aritmetik yang asas serta perkembangan kemahiran penyelesaian masalah. Kandungan matematik KBSM diolah kepada tiga bidang luas iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan selaras dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam kehidupan harian.Kurikulum ini juga menekankan penggunaan matematik dalam situasi umum khususnya dalam konteks semasa di Malaysia.

2.3.7 Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hieraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan
11

kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

2.3.8 Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( 2011 ) Pada tahun 2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum. KSSR juga ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul. Ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak ditambahbaikkan. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum Matematik sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

12

Penggunaan istilah standard dalam KSSR merujuk kepada intipati yang digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama. Pertamanya ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi penggunaan istilah standard yang menggantikan bersepadu amatlah sesuai. Ini kerana kurikulum baru ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum.

2.4

Program

yang

dirancang

bagi

meningkatkan

kurikulum

Matematik

Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.

2.4.1 Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan

13

dijalankan untuk membela nasib kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukanperuntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra- sekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

2.4.2 Projek InSPIRE (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) (1977) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set bahan- bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.

2.4.3 Projek Sekolah Bestari di Malaysia

14

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagshipflagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.

3.0

FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI
15

PERKEMBANGAN

KURIKULUM

DI

MALAYSIA

Perkembanagan kurikulum Pendidikan di Malaysia terjadi akibat beberapa faktor. Setiap faktor membawa beberapa perubahan yang dianggap releven bagi mengikut sesuatu cara dan juga mengikut peredaran zaman yang semakin mencabar kini. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum pendidikan. 3.1 Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " ( PPK, 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum KBSR dan KBSM. Ianya adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

16

ii.

Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

iii.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv.

Program

pendidikan

yang

menitik

beratkan

pendidikan

umum

diperkenalkan. v. vi. vii. viii. ix. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. xi. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1999)

3.2 Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua

17

tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira, konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. 3.3 Faktor politik Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan
18

pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu. 3.4 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang bersifat sama sahaja ia perlu dirombak bagi memenuhi kehendak semasa dan sesuai dengan peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Perubahan ini difikirkan perlu kerana sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Pada zaman era teknologi terkini ianya telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

3.5 Faktor perubahan sosial Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilainilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah,
19

minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan 3.6 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guruguru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

20

3.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

3.8 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan
21

ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Setiap penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri. 3.9 Pengaruh psikologi pendidikan Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan (konstruktivisme) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

4.0 KURIKULUM MATEMATIK NEGARA LAIN


22

4.1 Perbandingan kurikulum matematik negara-negara lain Aspek yang ditinjau Malaysia Negara Indonesia Singapura

USA (california)

1. Aspek

Bersifat aplikatif

Aspek pedagogi dan aspek didaktif

Menggunakan topik dan kompetensi

Guru dan sekolah diberi peluang mengubal program sesuai dengan petunjuk yang dikeluarkan negara. Agar siswa cerdas dan berakhlak.

2. Tujuan kurikulum

Mengupayakan pendidikan yang terus-menerus untuk mengembangka secara holistik dan berintegrasi serta menganut asas keseimbangan secara harmoi antara aspek Jasmani,emosi, rohani dan intelek.

Mengupayakan pelajar untuk mencapai kompetensi tertentu, tahap akademik untuk melanjutkan ke pendidikan tinggi serta pelajar mampu menyelesaikan masalah secara wajar dan menjalankan hidup secara
23

Menyediakan siswa dengan pendidikan yang holistik.

n potensi individu memberikan

3. Penyusun kurikulum

Falsafah Pendidikan Negara

bermanfaat. DEPDIKNAS sesuai dengan BSNP untuk sekolah umum, dan dinaungi DEPAG untuk sekolah berasaskan agama Kandungan pembelajaran ditentukan oleh sekolah berdasarkan standard kompetensi

Perlembagaan negara

masyarakat tempatan dan negara lain

4. Kandungan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mengandungi dua standar iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran

Kurikulum dikembangkan secara nasional yang berpusat kepada pelajar dan berasaskan pada masyarakat, tetapi kesannya diserahkan kepada guruguru di sekolah.

kurikulum sentiasa berubah, disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan negara tersebut. Proses pengembangan kurikulum dipusatkan pada tingkat Negara. Dipusatkan pada tingkat negara bahagian, Tidak ada mekanisme formal untuk

5. Penilaian

Menetapkan 6 tahap pencapaian iaitu band 2 hingga band 6 yang mempunyai deskripsi tertentu

Mengacu pada tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor, afektif, didasarkan pada multisensi yang
24

Didasarkan kepada kandungan/topik dan kompetensi, penilaian formatif dan sumatif.

relevan dengan kompetensi yang harus dicapai pelajar serta ujian menggunakan berbagai teknik dan kaedah 6. Proses pembelajaran Pelajar aktif dengan pembelajaran lebih mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid penilaian. Guru sebagai fasilitator, Pembelajaran berpusat pada pelajar berdasarkan pada kompetensi yang harus dicapai. Student center dengan fokus pada pengembangan ketrampilan, minat dan kemampuan pelajar

mengevaluasi kurikulum, iaitu penilaian menggunakan penelitian

Student center, dengan pembelajaran dapat dilakukan dimana-man dan bila masa sahaja.

4.2 Pengaruh kurikulum negara lain terhadap kurikulum Matematik di Malaysia.

Kurikulum matematik luar negara telah banyak membawa pengaruh yang besar terhadap kurikulum Matematik di Malaysia. Contohnya Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union pada tahun 1957. Ianya telah memberi kesan kepada sejarah matematik. Akibat dari pelancaran itu, berlaku perlumbaan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Negara-negara barat seperti Great Britian dan USA berasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi
25

Oleh itu, mereka mewujudkan beberapa projek dalam matematik dan sains bagi menyainginya. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain itu, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM. 4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964) Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964.Kaedahkaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Menurut Piaget, keberkesanan pembelajaran banyak dipengaruhi oleh kuasa interaksi dengan bahan maujud kepada pelajar yang berusia 6 hingga 12 tahun. Oleh itu, objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. NMP menekankan strategi berpusatkan murid dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Projek ini telah memberikan impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan pada tahun 1970. Selain itu, kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar, dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970.

4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis sembilan buku teks yang berjudu lModern for Schools.Buku ini memperkenalkan tajuk
26

baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices . Bahan SMG menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Rendah Malaysia, 1970 Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia dan silibus digunakan boleh membantu membangunkan kepentingan kurikulum di Malaysia.

4.2.3 School Mathematics Project (SMP) Projek ini dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton, 1961. Projek ini juga bertujuan bagi menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britian.Pendekatan yang lebih bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran. contohnya teori set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Ianya digunakan secara meluas oleh sekolah menengah di Great Britain, namun sukatan tidak sesuai untuk pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Walaupun begitu, seperti SMG, bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.

4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG) Projek ini diterajui oleh Edward G.Begle pada tahun 1958 di Soviet Union. Objektif SMSG adalah bagi meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. Usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematic, geometri, teori set, nombor negatif, asas nombor dan trigonometri. New Mathematics menitik beratkan penjelasan matematik dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor.

27

Malaysia menggunakan projek ini dengan membekalkan idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Dengan adanya idea-idea tersebut, maka matematikdapatdijelaskan dan difahami olehpelajar.

4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) NCTM bermula pada tahun 1920 dan memberikan pelajar pendidikan matematik yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM ialah satu pertubuhan non- profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100,000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Pada bulan April 2000, NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics, iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang.

28

5.0 PANDANGAN DARI GURU-GURU DISEKOLAH 5.1 Temuramah Guru 1

Nama

: Nuraziyah Bt Yahya
29

Umur Alamat Sekolah

: 31 Tahun : Sek. Keb. Parit Sapran, Kayu Ara Pasong, Pontian.

1. Berapa lamakah pengalaman cikgu mengajar matematik? Pengalaman saya mengajar matematik di sekolah rendah baru sahaja 7 tahun. Sebelum menjadi guru, saya pernah berkhidmat sebagai pensyarah matematik di sebuah kolej swasta selama setahun.

2. Apakah pencapaian atau pengalaman cikgu dalam memperkasakan subjek matematik di sekolah? Tidak banyak pencapaian yang diperoleh dalam tempoh 7 tahun ini. Namun dalam tempoh ini, saya pernah mengajar kelas UPSR selama 2 tahun dan Alhamdulillah peratus kelulusan untuk subjek Matematik adalah 100 peratus di samping peningkatan gred purata mata pelajaran. Saya juga pernah menyertai Kajian Tindakan sehingga peringkat suku akhir bagi daerah Pontian. Kajian tindakan saya pada ketika itu adalah mengenai Penyelesaian Masalah Dalam Matematik. Saya juga pernah membuat kajian berkenaan penerapan kaedah pembelajaran koperatif dalam subjek matematik. Kajian itu dilaksanakan semasa saya melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Hasil dapatan kajian itu menunjukkan perbezaan yang signifikan apabila proses pembelajaran Matematik dilaksanakan menggunakan kaedah koperatif.

3. Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, apakah masalah yang sering timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan? Masalah utama yang sering timbul ialah untuk memupuk minat murid terhadap subjek matematik. Kebanyakan murid menganggap matematik sebagai satu subjek yang susah, rumit, leceh dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Kurang minat terhadap matematik, menyebabkan murid tidak menumpukan perhatian, malas membuat latihan dan tidak dapat memahami sesuatu tajuk dengan baik. Oleh itu, sebagai guru, saya
30

perlu berusaha untuk menarik minat murid terhadap matematik. Antaranya ialah, mengadakan permainan sebagai aktiviti, bahan bantu mengajar dari sumber ICT, nyanyian bagi murid tahap 1 dan juga ganjaran kepada murid yang menunjukkan prestasi yang baik.. Selain itu, kesukaran saya sebagai guru menumpukan perhatian kepada semua murid di dalam bilik darjah juga merupakan satu masalah. Memandangkan saya mengajar di sekolah yang sedikit bilangan murid, satu kelas akan mempunyai murid yang mix ability. Murid yang cemerlang, sederhana dan lemah bercampur di dalam satu kelas. Murid yang cemerlang akan cepat merasa bosan sekiranya saya lebih memberi tumpuan terhadap murid yang sederhana dan lemah. Untuk mengatasinya, saya akan cuba mengadakan aktiviti berkumpulan yang membolehkan murid dari pelbagai tahap ini bekerjasama dan saling membantu. Kemudian sewaktu latihan, murid yang cemerlang dan sederhana akan diberi soalan yang lebih tinggi arasnya berbanding murid yang lemah. Satu lagi masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik ialah murid kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah. Kebanyakan murid malas membaca soalan dan mencari kata kunci soalan tersebut. Terdapat juga sesetengah murid yang menghadapi kesukaran untuk menterjemah soalan berbentuk ayat atau maklumat ke dalam bentuk persamaan matematik. Mereka tidak memahami kehendak soalan dan tidak dapatt melaksanakan pengiraan selanjutnya. Pelbagai cara cuba dilakukan untuk mengatasi masalah ini, seperti memperbanyakkan latihan, melatih murid mengaitkan kata kunci dengan operasi pengiraan dan meminta murid melukis kehendak soalan.

4. Apakah impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik? Antara impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik ialah penerapan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menerapkan elemen-elemen yang disebutkan untuk menepati kehendak kurikulum dalam membina modal insan yang
31

cemerlang. Seorang guru itu perlu lebih kreatif dalam mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta memenuhi kehendak kurikulum. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran adalah sangat penting untuk menjadikan mereka individu yang berdaya saing serta berani menghadapi cabaran. Sistem pentaksiran juga turut mengalami perubahan. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid serta pentaksiran holistik dan berterusan. Tidak ada lagi sistem peperiksaan yang membebankan murid, sebaliknya ia digantikan dengan sistem pentaksiran yang berterusan. Keperluan prasarana sekolah juga turut mengalami perubahan. Seiring dengan penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah juga perlu memastikan kemudahan-kemudahan seperti komputer, internet dan LCD disediakan dengan baik. Guru-guru juga perlu memantapkan kemahiran mereka dalam mengendalikan bahanbahan ICT. Sumber rujukan tidak terhad kepada buku teks sahaja, guru juga perlu rajin melayari dan mencari bahan di laman sesawang. Murid masa kini merupakan generasi yang moden dan terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh diperolehi di hujung jari. Oleh itu, guru perlu berusaha lebih supaya tidak ketinggalan berbanding murid. Impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik ialah menjadikan pembelajaran yang lebih berfokus, perubahan bahan kurikulum dan pentaksiran serta bahan sokongan kurikulum dan prasarana sekolah.

5. Pada pendapat cikgu apakah yang berlaku pada murid akibat perubahan kurikulum Matematik yang terdahulu kepada KSSR? Pada pendapat saya, perubahan kurikulum matematik tidak memberikan impak yang besar kepada murid kerana kurikulum tersebut telah dimulakan dengan murid Tahun 1 pada Tahun 2011. Murid akan belajar seperti biasa Cuma penilaian yang dilakukan adalah berbeza. Walaubagaimanapun saya berpendapat perubahan kurikulum ini
32

menjadi masalah dalam memberikan penerangan kepada ibubapa dan penjaga. Bagi ibubapa yang sudah biasa dengan kurikulum yang lama dimana penilaian dibuat dengan ujian atau peperiksaaan mereka akan tertanya-tanya kenapa anak mereka yang berada di Tahun 1 atau Tahun 2 tidak periksa. Bagaimanakah mereka hendak tahu pencapaian anak mereka disekolah. Sehingga kini saya masih menerima soalansoalan mengenai kurikulum KSSR. Pihak sekolah juga telah membuat penerangan kepada ibubapa dan penjaga mengenai KSSR setiap tahun tetapi mereka seakan tidak berpuashati kerana sudah terbiasa dengan sisitem peperiksaan dan ujian.

5. Apakah perbezaan kurikulum matematik KBSR dan KSSR? Jika dilihat, tidak banyak perbezaan yang ketara antara kedua-dua kurikulum ini. Hanya KSSR ada sedikit penambahan dari segi idea dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan di kalangan murid-murid. Bahan kurikulum KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan, manakala KSSR pula menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum kerana ia banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum. Walaupun terdapat perbezaan antara kurikulum KBSR dan KSSR, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diharap dengan terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini, mampu mengubah dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem KBSR. KSSR juga masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

33

6. Dari pengalaman cikgu mengajar menggunakan kurikulum KBSR dan KSSR, yang manakah kurikulum yang lebih mudah diikuti oleh para pelajar? Saya mendapati kurikulum KSSR ini lebih mudah diikuti oleh murid kerana ia lebih berfokus dan memberi penekanan terhadap setiap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi sesuatu tajuk. Selain daripada itu, pada pendapat saya, kurikulum KSSR juga lebih bersifat terbuka. Tahap prestasi murid dapat dinilai bukan hanya di atas kertas, malahan dari segi penglibatan mereka dalam aktiviti yang dilaksanakan.

7. Adakah KSSR dapat membantu guru meningkatkan penguasaan murid dalam Matematik terutamanya? Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah perubahan amat diperlukan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.

8. Apakah kelebihan kurikulum yang digunapakai sekarang? Kelebihan kurikulum yang diguna pakai sekarang ialah dapat mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Penguasaan murid dalam setiap kemahiran akan dinilai untuk memastikan pencapaian mereka. Sekiranya terdapat murid yang belum menguasai kemahiran tersebut, murid itu akan dibimbing sebaik mungkin oleh guru.

34

Kurikulum baru ini juga membuatkan para guru dapat mengenalpasti strategi penambahbaikan dalam penyampaian pembelajaran. Sebelum ini, ramai guru lebih menumpukan kepada system pembelajaran berpusatkan guru. Kewujudan KSSR ini menggalakkan guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar ia bertepatan dengan kehendak kurikulum. KSSR juga dapat meningkatkan kualiti murid. Penerapan elemen-elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk murid menjadi individu yang bermotivasi, berani, berdaya saing dan memiliki sahsiah yang tinggi. KSSR menggalakkan murid berinteraksi sesama rakan dan dengan guru sewaktu pembelajaran. Tahap pencapaian mereka juga bukan sekadar dinilai dari sudut penguasaan kemahiran, malahan dari sudut penglibatan, kreativiti, penerapan nilai-nilai murni dan keberanian.

9. Apakah pula kekurangan kurikulum KSSR ini? Terdapat sedikit kekurangan dalam kurikulum yang diguna pakai sekarang. Antaranya ialah pencapaian murid yang tidak setara. Ini kerana pencapaian murid dinilai berdasarkan sekolah masing-masing. Walaupun telah diberi garis panduan, tetapi mungkin ada sesetengah guru yang memberi soalan mudah supaya semua murid melepasi penilaian yang diberi. Selain itu, sistem kemasukan data prestasi juga turut menjadi masalah bagi sesetengah guru. Data prestasi perlu dimasukkan secara atas talian. Bagi guru-guru yang tidak mempunyai liputan internet, perkara ini menjadi satu beban buat mereka. Sistem ini yang dinamakan SPPBS juga kadangkala bermasalah kerana lambat atau langsung tidak boleh dibuka. Bilangan murid di dalam kelas yang terlampau ramai juga menjadi kekurangan kurikulum ini. Pada penddapat saya, kurikulum ini sesuai dan sangat bagus dilaksanakan di dalam kelas yang sedikit bilangan muridnya. Saya pernah membaca keluhan seorang guru yang perlu melaksanakan PBS KSSR, sedangkan bilangan muridnya hanya 8 orang. Bagaimana
35

pula dengan guru yang muridnya mencecah hingga 40 orang dalam satu kelas? Sudah pasti guru itu berdepan dengan masalah dalam melaksanakan pentaksiran dan memaksimumkan pencapaian objektif pembelajaran.

10. Pada pendapat cikgu, apakah kurikulum sekarang relevan atau sesuai digunapakai untuk murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan? Terdapat pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan dalam KSSR. Sudah pastinya kurikulum baru ini sesuai digunapakai untuk murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Pada pendapat saya, pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibtkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum digubal berasaskan dua standard utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. oleh itu, pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

36

11. Mengapakah

KSSR

dianggap

kurikulum

yang

kurang

sesuai

oleh

sesetengah guru? Sesetengah guru menganggap KSSR sebagai kurikulum yang kurang sesuai kerana banyak beban yang perlu ditanggung. Anggapan ini terjadi kerana, guru-guru itu sudah terbiasa dengan kurikulum KBSR. Apabila kita sudah terbiasa dengan sesuatu perkara, maka kita sukar untuk menerima perubahan. Namun kita harus berfikiran positif dan memandang perkara ini sebagai satu cabaran. Guru-guru perlu lebih rajin dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik, mengadakan aktiviti pembelajaran yang memberangsangkan, sentiasa melaksanakan penilaian berterusan dan mengemaskini data prestasi murid secara berkala. Kekangan masa menyebabkan sesetengah guru menganggap KSSR kurang sesuai dilaksanakan. Kebanyakan guru berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan selain mengajar. KSSR pula memerlukan lebih komitmen daripada guru, menyebabkan guru memandang negatif terhadap pelaksanaan KSSR. Mungkin pihak kementerian perlu melakukan sesuatu, bagi mengurangkan beban guru terhadap tugasan sampingan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.

12. Apakah penambahbaikan dan cadangan dalam memperkasakan kurikulum yang digunapakai sekarang?

Dasar KSSR menggunakan band sebagai penanda aras tahap kemahiran murid. Walau bagaimanapun, penggunaan band mengelirukan dengan deskripsi yang kurang jelas. Murid akan rugi jika tidak dapat menguasai asas nombor (band 1) walaupun mereka mungkin dapat menguasai operasi matematik (band 3). Saya ingin mencadangkan supaya penggunaan band ditukar kepada istilah kemahiran yang merujuk kepada berapa banyak kemahiran yang telah dikuasai oleh murid berbanding rakan lain. Oleh itu, guru jelas terhadap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Prestasi murid juga diukur berdasarkan berapa banyak kemahiran yang telah dikuasai.
37

Saya juga ingin mencadangkan supaya bilangan murid di dalam satu kelas dikurangkan kepada kuantiti yang lebih sedikit. Pelaksanaan KSSR adalah sangat berkesan untuk bilangan murid yang tidak melebihi 20 orang di dalam satu kelas. Ini memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada setiap murid dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, bilangan murid yang sedikit akan mengurangkan risiko murid ketinggalan penilaian, bagi murid yang lemah dan perlu diulang penilaiannya. Kerajaan juga perlu menaik taraf aplikasi sistem kemasukan data supaya ia lebih mesra pengguna. Mungkin juga aplikasi ini tidak perlu diadakan secara atas talian, sebaliknya ia dijadikan satu perisian yang boleh disimpan di dalam komputer dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Kemudian, penyelaras KSSR setiap sekolah mengemaskini data dan menghantar data kepada pihak atasan sebulan sekali. Kaedah penyimpanan evidens juga perlu dipermudahkan untuk mengurangkan beban guru. Namun, sekiranya bilangan murid telah dikurangkan kepada bawah 20 orang, kaedah penyimpanan evidens yang sedia ada ini tidak lagi menjadi masalah.

13. Selain guru, Cikgu juga adalah ibubapa kepada anak-anak dirumah. Apakah masalah yang dapat dilihat terhadap anak cikgu yang menggunakan kurikulum terkini.

Sebagai ibu kepada anak dirumah yang mengalami kurikulum KSSR ini saya dapat melihat mereka belajar disekolah dengan gembira. Mereka ada juga menceritakan subjek-subjek yang dianggap bukan teras ada dipelajari dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Selain itu, saya dapat melihat mereka belajar dalam suasana yang tenang tetapi seronok. Tetapi disebalik itu, kadang-kadang saya terfikir anak saya ini tiada persediaan untuk peperiksaan dimana dia tidak membaca buku dan mengulangkaji untuk periksa seperti KBSR dahulu. Mereka tiada semangat bersaing dengan rakan untuk merebut tiga tempat teratas dalam kelas seperti kebiasaaannya. Ini kerana
38

mereka sendiri tidak tahu pencapaian sebenar diri mereka. Bagi anak saya dia hanya mampu bercerita mendapat band 3 dan 4 tetapi tidak tahu apakah maksud pencapaiannya itu. Saya menerangkan kepadanya pun dia masih kurang jelas.

14. Apakah nasihat cikgu terhadap ibubapa yang masih keliru dengan kurikulum ini ?

Saya berharap para ibubapa yang berada dikalangan pendidik dan bukan warga pendidik hendaklah memahami sebetul-betulnya pelaksanaan KSSR agar kita dapat mengetahui pencapaian pembelajaran anak kita. Jika terdapat kekurangan boleh dibendung dengan lebih awal. Ibubapa boleh menanyakan kepada guru dengan datang kesekolah ataupun berjumpa dimana-mana sahaja. Pada zaman yang moden ini ibubapa boleh mencari maklumat di internet di laman web KPM khususnya.

15. Apakah harapan cikgu dalam pencapaian Matematik di sekolah dengan menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR? Saya berharap dengan menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR, mata pelajaran Matematik dapat diperkasakan seiring dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan. Saya berharap pemansuhan Pentaksiran Berpusatkan Peperiksaan, tidak menjadikan murid-murid lalai dan mengabaikan pelajaran. Semua guru Matematik perlu menerapkan kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian. Sebagai guru, kita boleh mencipta aktiviti pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid terhadap matematik dan merangsang mereka untuk berfikiran kreatif. Murid-murid tidak lagi berfikiran negatif terhadap mata pelajaran Matematik, dengan
39

menganggapnya sebagai satu mata pelajaran yang sukar, leceh dan memeningkan kepala.

5.2 Temuramah Guru 2

NAMA UMUR SEKOLAH

: ABDUL RAHIM BIN MOHD HUSSAIN : 47 TAHUN : SEKOLAH KEBANGSAAN PENEROK, PONTIAN JOHOR

1. Berapa lamakah pengalaman cikgu mengajar matematik?


40

Saya berpengalaman mengajar matematik sekolah rendah selama 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui dalam masa ini. Saya juga mengajar murid kelas tambahan di luar waktu kerja.

2. Apakah pencapaian atau pengalaman cikgu dalam memperkasakan subjek matematik di sekolah? Pencapaian terbaik saya setakat ini ialah membimbing murid tahap dua dari tahun empat hingga tahun enam dalam menghadapi UPSR dan mendapat kecemerlangan 100 peratus selama lima tahun. Saya juga ada membuat kajian tindakkan bagaimana untuk meningkatkan minat murid terhadap subjek matematik. Kajian ini dilakukan bermula dari murid tahun empat dan akan berakhir juga membari kesan pada murid tahun enam yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Kajian ini mendapat anugerah di peringkat daerah.

3. Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, apakah masalah yang sering timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan? Tanggapan bahawa matematik itu sangat sukar dan tidak mahu mencuba mempelajarinya dengan betul membuatkan kebanyakan minda murid-murid tadi sudah terpengaruhi oleh tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan terganggu. Ada juga di kalangan murid yang akan jatuh sakit atau demam apabila menjelangnya peperiksaan Matematik kerana emosi negatif mereka. Apabila minda dan kesihatan terganggu, peluang untuk melakukan kesilapan dalam matematik adalah tinggi. Ramai diantara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin kerana pembelajaran membosankan dan pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang konsentrasi apabila merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin sukar dan semakin susah untuk difahami.Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau
41

kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran guru. Kebanyakan murid tidak berminat terhadap pelajaran Matematik, maka jika sudah tersemai perasaan tidak berminat sudah pasti mereka akan belajar sambil lewa, tambahan lagi jika guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka. Maka kesilapan dalam pembelajaran matematik juga berpunca dari minat mereka sendiri. Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau kawan jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut, maka dari sinilah kesilapan komputasi akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah boleh menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya. Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai murid yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah kira dan sebagainya.

4. Apakah impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik? Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas.Perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid bagi mendapatkan kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan.Setiap murid diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh, peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu.Kurikulum matematik sekolah rendah memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian.Di samping itu, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik.Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
42

pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. Penerapan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi impak yang besar. Guru perlu menerapkan elemen-elemen yang disebutkan untuk menepati kehendak kurikulum dalam membina modal insan yang cemerlang. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid serta pentaksiran holistik dan berterusan. Tidak ada lagi sistem peperiksaan yang membebankan murid, sebaliknya ia digantikan dengan sistem pentaksiran yang berterusan. Kemudahan prasarana sekolah juga telah ditingkatkan dimana pengunaan ICT diperluaskan di dalam pengajaran dan pembelajaran. seiring dengan itu guru-guru juga diberi impak yang besar dalam menjayakan perlaksanaan.Impak yang besar dalam perubahan kurikulum Matematik ialah menjadikan pembelajaran yang lebih berfokus, perubahan bahan kurikulum dan pentaksiran serta bahan sokongan kurikulum dan prasarana sekolah.

5. Pada pendapat cikgu apakah yang berlaku pada murid akibat perubahan kurikulum Matematik yang terdahulu kepada KSSR? Pada pengalaman dan pemerhatian saya, tidak mendapat begitu banyak jurang dan perbezaan diantara dua kurikulum ini. Perbezaan Cuma hanya tiada penilaian pada akhir semester. Ia menjalankan penilaian berterusan. Masalah yang sering dihadapi ialah kekurangan masa untuk menjalankan penilaian. Kekangan masa untuk guru menyediakan eviden yang berterusan pada setiap pengajaran. Guru-guru diberikan tugasan dan bebanan yang tinggi dalam melaksanaan kurikulum. Ramai guru yang mendapat tekanan dalam melaksanakan dasar ini. Murid-murid sentiasa dipantau dan menjalankan aktiviti yang berterusan juga berperingkat. Ianya masih belum berkesan
43

kerana kepelbagaian tahap pemikiran murid di dalam setiap kelas. Guru tidak cukup masa dalam mempelbagaikan cara pengajaran dan menguruskan setiap tugasan.

5. Apakah perbezaan kurikulum matematik KBSR dan KSSR? Objektif atau matlamat sebenar KBSR ialah agar murid-murid dapat menggunakan kemahiran matematik untuk berfikir , berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Selain itu, mereka juga akan dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara, selain daripada peluang-peluang yang disediakan untuk mereka mengembangkan bakat, potensi, minat dan daya kreatif Bahan kurikulum KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan, manakala KSSR pula menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum kerana ia banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum. Secara ringkasnya, KSSR menggunakan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).Manakala berbeza dengan KBSR, iaitu ianya adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi manusia dan alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Kaedah ini menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan fokus kepada 3M (membaca, menulis dan mengira). Walaupun terdapat perbezaan antara kurikulum KBSR dan KSSR, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6. Dari pengalaman cikgu mengajar menggunakan kurikulum KBSR dan KSSR, yang manakah kurikulum yang lebih mudah diikuti oleh para pelajar? Dari pengalaman yang telah saya lalui, kurikulum KSSR ini menjadikan murid lebih rehat kerana tidak perlu bertungkus lumus dan berhempas pulas dalam menjalani
44

peperiksaan bulanan ataupun tahunan. Mereka dinilai setiap masa sepanjang tahun. Prestasi bukan hanya dinilai diatas kertas tetapi dari penglibatan mereka didalam aktiviti yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang diperkenalkan melalui KSSR adalah suatu usaha yang positif untuk mengantikan pendidikan yang berorientasikan kepada peperiksaan sepenuhnya. Setiap individu adalah unik dan berlainan. Jadi sepatutnya pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkannya dengan individu lain. Kecemerlangan diri pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata.

7. Adakah KSSR dapat membantu guru meningkatkan penguasaan murid dalam Matematik terutamanya? Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah perubahan amat diperlukan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.

9. Apakah kelebihan dan kekurangan kurikulum yang digunapakai sekarang? Tidak dinafikan memang terdapat banyak kelebihan berbanding kekuurangan jika dibandingkan dengan kurikulum yang diguna pakai sebelum ini. Apa yang saya dapat perhatikan setakat ini ialah dapat mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Penguasaan murid dalam setiap kemahiran akan dinilai untuk memastikan pencapaian mereka. Andaikata masih belum menguasai, murid ini akan
45

diajar melalui program linus dan juga akan dibantu oleh guru pemulihan yang lebih berpengalaman di dalam bidang ini. Penambahbaikan dalam penyampaian pembelajaran dapat dilakukan dengan

sistematik dan berpusatkan murid, berbanding sebelum ini ianya banyak mengunakan kaedah berpusatkan guru. bertepatan dengan kehendak kurikulum semasa dan sejajar dengan pembangunan modal insan ini, ianya dilihat lebih berkesan dan berkualiti. Dalam Kssr ini ia lebih menerapkan elemen kreativiti, inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat membentuk murid menjadi individu yang bermotivasi, berani, berdaya saing dan memiliki sahsiah yang tinggi. ini membuktikan bahawa murid akan lebih berdaya saing dan lebih berketerampilan dalam menjalani pembelajaran dan juga di dalam kehidupan. dari segi pencerapan nilai juga, murid dinilai dari segi penguasaan kemahiran, kretiviti, nilai-nilai murni dan juga keberanian. Apa jua pun program baru, mesti ada kekurangannya, apa yang telah ditemui setakat ini ialah pencapaian murid yang tidak setara. ianya berlaku kerana pencapaian dilakukan berdasarkan sekolah dan bukan berdasarkan daerah. biasanya ianya dilakukan menerusi garis panduan yang diberikan, tetapi tahap pemikiran murid yang berbeza dan jurang antara kawasan penduduk itu sendiri menyumbang kepada factor pencapaian. Pentadbir program ini juga ada kalanya memberi masalah kerana biasanya mereka memantau dan tidak mahu menerima data sebenar yang sekolah kemukakan, mereka mahu menjaga nama sesetengah pihak agar program ini kelihatan Berjaya sepenuhnya. Masa untuk memasukkan data kedalam talian juga menimbulkan masalah. Bagi sekolah dikawasan pendalaman, yang tidak mempunayi talian internet, guru-guru terpaksa keluar atau ke pusat2-pusat internet berdekatan memasukan data. Apabila sampai masa, laman sesawang juga tidak boleh berfungsi dan guru-guru terpaksa berulang kali mencuba. Banyak masa yang perlu duguna hanya untuk memasukkan data ini sedangkan guru juga mempunayi komitmen lain di luar waktu tugas mereka.

46

10. Pada pendapat cikgu, apakah kurikulum sekarang relevan atau sesuai digunapakai untuk murid-murid sekolah yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan? KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibtkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Sudah tentunya ianya relevan dan sesuai digunapakai di sekolah. Transfomasi tersebut digubal berdasarkan dua standart utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. oleh itu, pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Ianya memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai matlamat dan sedikit perubahan dan bombakkan yang akan memberikan kesan yang lebih baik kepada pembelajaran.

11. Mengapakah

KSSR

dianggap

kurikulum

yang

kurang

sesuai

oleh

sesetengah guru? Tidak dinafikan pogram ini memang mendapat tentangan dari sesetengah guru yang merasakan tugasnya bertambah dan membebankan. Kelewatan pangkalan data yang disediakan juga menjadikan pogram ini lemah dan tidak dipandang kukuh oleh pendidik. Sistem yang disediakan juga sangan lemah dan sukar diakses oleh guru-guru. oleh yang demiakian kementerian harus menambahbaikkan system ini agar lebih mesra pengguna. Guru kurang faham kaedah pentaksiran kerana terdapat perbezaan antara versi manual dan secara online. Oleh yang demikian, program ini harus ditambahbaikkan. Bebanan kerja tambahan kepada guru-guru dalam penilaian. Kerja yang tersedia sudah membebankan guru dan pogram ini pula semakin menambah kerja
47

yang ada. Kekangan masa menyebabkan sesetengah guru menganggap KSSR kurang sesuai dilaksanakan. Kebanyakan guru berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan selain mengajar. KSSR pula memerlukan lebih komitmen daripada guru, menyebabkan guru memandang negatif terhadap pelaksanaan KSSR.

12. Apakah penambahbaikan dan cadangan dalam memperkasakan kurikulum yang digunapakai sekarang?

Pertama sekalinya, kerajaan harus menambahbaikkan sistem yang sedang diguna pakai sekarang ini kerana terdapat terlalu banyak kelemahan dari cara mencapai meklumat dan pengisian data secara online. Talian internet juga terlalu lemah, walhal apa yang diwar-warkan kepada masyarakat kononya yang terbaik. Apa yang kami perolehi hanyalah satu system yang lemah dan lambat. kemungkinan terdapat ketirisan didalam pelaksanaan pembekalan system ini. Mungkin juga aplikasi ini tidak perlu diadakan secara atas talian, sebaliknya ia dijadikan satu perisian yang boleh disimpan di dalam komputer dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Saya juga ingin mencadangkan supaya bilangan murid di dalam satu kelas dikurangkan kepada kuantiti yang lebih sedikit. Pelaksanaan KSSR adalah sangat berkesan untuk bilangan murid yang tidak melebihi 20 orang di dalam satu kelas. Ini memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada setiap murid dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

12. Selain guru, Cikgu juga adalah ibubapa kepada anak-anak dirumah. Apakah masalah yang dapat dilihat terhadap anak cikgu yang menggunakan kurikulum terkini.

48

Terdapat satu perubahan yang besar dimana anak-anak tidak lagi terbeban dengan masa peperiksaan kerena mereka gembira dan tidak memerlukan ujangkaji yang teruk. Anak-anak juga melalui pengalaman persekolahan yang menyeronokkan dan tenang. Tetapi ada kala saya melihat mereka seperti tidak bersedia dan tidak bersungguh dalam pembelajaran. Mereka kerap bermain dan ada kalanya lewa dalam menyiapan kerja rumah. Seperti ketika hari terbuka, saya lihat mereka seperti tidak membandingkan keputusan diri dengan rakan lain. Saya rasa disini mereka tidak akan pernah berusaha untuk mendapat yang terbaik dan kurang motivasi di dalam diri. Apa pun hasil yang mereka dapat, mereka sendiri kurang jelas dan faham apakah mereka baik dalam pembelajaran ataupun sebaliknya.

14 Apakah nasihat cikgu terhadap ibubapa yang masih keliru dengan kurikulum ini ?

Sememangnya bukan sahaja golongan ibubapa yang masih keliru, malahan masih lagi ramai golongan pendidik yang juga masih samar-samar dengan kurikulum baru ini. Oleh yang demikian mereka bolehlah berjumpa dengan guru-guru pelaksana yang sudah agak mahir dan juga guru besar yang sedia mentadbir sekolah. Mereka boleh berbincang tentang kelemahan dan kekuatan kurikulum ini dan bekerjasama dalam menjayakan system baru ini. Pendapat mereka sangat dialukan dalam menjayakan kurikulum baru yang memerlukan bimbingan dan sokongan pelbagai pihak.

15 Apakah harapan cikgu dalam pencapaian Matematik di sekolah dengan menggunakan kurikulum terkini iaitu KSSR?
49

Harapan sememangnya diletakkan yang tertinggi untuk memastikan murid menjadi seoarang yang berguna dan apa yang mereka pelajari berkesan terhadap kehidupan. Apa pun jua system yang dilaksanakan , keberkesanan adalah segalanya. harapan saya agar pogram ini ditambahbaikkan dan dan diberi perhatian oleh pihak berwajib kerana kejayaaan dan keberkesanan sesuatu pogram itu akhirnya akan member kesan kepada Negara kelak. Saya risau dan takut andai kata pogram ini akan menjadi separti pogram PPSMI satu ketika dahulu. Dengan melibatkan kos yang besar dan tenaga yang banyak, akhirnya program tersebut telah diistiharkan gagal dan memberi kesan yang besar kepada Negara, masyarakat dan dunia. Oleh yang demikian apa jua dasar yang hendak diwujudkan jangalah hanya mengambil kira pandangan individu tertentu kerana ia melibatkan satu organisasi yang besar. Jadi apa pun yang hendak dilakukan hendaklah dibuat kajian terlebih dahulu dan mesti dipersetujui dengan majoriti oleh rakyat.

5.3 Analisis temuramah Dari hasil temuramah yang telah dilakukan terhadap dua orang guru iaitu seorang guru yang baru berkhidmat dalam lingkungan 10 tahun dan seorang lagi guru yang berkhidmat 20 tahun mereka menyokong penuh kurikulum baru iaitu KSSR. Bagi yang muda dan mempunyai daya tenaga beliau bersemangat untuk mengharungi kerjakerja yang perlu dilakukan untuk memenuhi KSSR ini. Tetapi bagi guru yang berpengalaman 20 tahun beliau dapat merasakan kesibukan kerja guru-guru sekarang bagi memenuhi keperluan negara. Walaubagaimanapun, mereka berpendapat kurikulum ini ada baiknya dan setiap perubahan yang dilakukan adalah bagi melakukan yang terbaik dari kurikulum sebelumnya. Mereka berasa murid-murid sekarang atau anak-anak beliau tidak stress dan belajar dengan keadaaan yang tenang. Murid sekarang juga tidak sibuk untuk menghadapi peperiksaan kerana tiada sebarang peperiksaan yang dibuat.

50

Walaupun

begitu,

mereka

juga

melihat

kekurangan

dari

sudut

gaya

pembelajaran murid-murid sekarang kerana mereka tidak mengulangkaji pelajaran dan tiada daya saing dikalangan mereka. Murid-murid sekarang belajar dengan bermain tanpa mengetahui pencapaian sebenar diri mereka. Jika tiada peperiksaan maka tiadalah motivasi dalam diri mereka. Dalam sudut pendidikan, mereka amat bersetuju dengan KSSR ini kerana pembaharuan yang dilakukan amat ketara dengan KBSR dan elemen yang dinilai amat bersesuaian. Walaupun bebanan keja bertambah tetapi mereka bersemangat untuk memnuhi aspirasi negara.

6.0 PENUTUP Sistem pendidikan negara Malaysia telah mengalami beberapa perubahan hingga terkini. Pelbagai usaha kerajaan telah digerakkan oleh jawatankuasa tertentu bagi memperbaiki mutu pendidikan negara . Segala perubahan yang berlaku adalah demi kebaikan semua pihak dan juga bagi menyaingi zaman teknologi dan pembangunan negara. Sebagai rakyat Malaysia, kurikulum yang digubal dan diubah itu haruslah diterima dan diikuti serta difahami dengan lebih jelas bagi merealisasikan impian negara dan bersama-sama melahirkan individu yang berguna. Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan
51

paradigma baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif, kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk bersama-sama memikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi pendidikan itu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas terhadap keperluan zaman.

7.0 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana akhirnya tugasan MTE 3102 ini dapat saya siapkan sebelum tarikhnya. Tugasan ini amat mencabar bagi saya dalam mencari bahan-bahan yang bersesuaian. Tetapi setelah berbincang bersama rakan sekumpulan iaitu Khairul Fahmi dapatla kami memilih bahan-bahan yang berguna. Kami memulakan langkah dengan membuat soalan temuramah. Saya ada mencatat dibuku nota dimana pensyarah saya iaitu En. Afian perlu membaca terlebih dahulu soalan temuramah sebelum kami gunakan bagi menyemak kesesuaian mutu soalan. Saya bersama rakan sekumpulan menngolah soalan temuramah bersamasama. Sepanjang bersepakat untuk membuat 12 soalan sahaja kerana tidak tahu berapa soalan yang perlu. Setelah siap, saya terus menghantar email kepada
52

pensyarah sebelum interaksi kedua. Alhamdulillah, pensyarah saya memuji soalan yang dibina disamping menyuruh kumpulan saya menggugurkan soalan dua dan menambah lagi soalan sekurang-kurangnya 15 soalan. Di dalam kelas tersebut juga saya bersama rakan menambah lagi 4 soalan untuk ditemuramah. Setelah naik minggu persekolahan, saya semakin serius dalam

menyiapkan tugasan ini kerana bagi saya tugasan ini perlu dibuat dengan teliti kerana ada perkara baru yang perlu dipelajari contohnya menemuramah orang, bagaimana oarang yang perlu ditemuramah, adakah orang yang telah kita pilih itu mahu bekerjasama dengan kita. Saya bersama rakan kumpulan memulakan langkah dengan berbincang bersama-sama tentang tajuk-tajuk yang perlu ada dalam tugasan. Saya terus merangka tajuk-tajuk tersebut dan membahagikan tajuk tersebut untuk dicarikan maklumat. Walaupun terpaksa membahagikan masa dengan keluarga, kerja dan juga belajar saya tetap beruntung kerana kerja berbincang amat mudah kerana rakan sekumpulan saya adalah merupakan suami saya sendiri. Jadi, pada bila-bila masa sahaja saya boleh membuat tugasan ini bersama-sama. Setelah kami mengumpulkan maklumat mengenai perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia, faktor yang mempengaruhi perkembangan tersebut dan pengaruh kurikulum negara luar terhadap kurikulum Matematik di Malaysia dari sumber internet dan buku dan setelah dianalisis kebanyakan maklumat yang didapati adalah sama dari mana-mana blog ataupun penulisan seseorang. Jadi kami bersepakat menggunapakai maklumat tersebut kerana ianya fakta tetapi mengolah fakta tersebut dengan ayat sendiri. Setelah itu, kami bersama-sama memikirkan sesuatu yang terbaik untuk 3 tajuk diatas. Daripada hasil pembacaan saya barulah saya dapat melihat perkembangan kurikulum di Malaysia dan mengapa ianya sentiasa diubah dan diperbaharui. Kurikulum memang perlu digubal bagi menyiapkan individu yang berkualiti seiring dengan perkembangan zaman terkini. Saya pun terus terfikir, KSSR adalah merupakan kurikulum terkini, sampai bilakah ianya akan bertahan dan bilakah ianya

53

akan ditukar lagi. Sebagai pendidik ianya adalah satu cabaran dan dunia semakin canggih. Pada pendapat saya ianya perlu diterima dan difahami oleh semua pihak. Setelah itu, saya meneruskan tugasan dengan menerumah cikgu yang telah saya bersama rakan pilih. Kami bersepakat untuk menanya dan merisik dengan guru tersebut untuk meminta kebenaran supaya dirinya ditemuramah. Saya telah menemuramah guru yang berpengalaman kurang 10 tahun yang merupakan guru sekolah saya dan rakan sekumpulan telah menemuramah guru yang lebih 10 tahun mengajar dan merupakan guru cemerlang matematik di Pontian. Sepanjang temuramah semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setelah itu, saya meneliti hasil temuramah bersama suami ( rakan sekumpulan) untuk dianalisis. Dengan ini saya dapat mengetahui pendapat setiap guru adalah berbeza terhadap perubahan kurikulum KBSR dan KSSR. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Saya meneruskan lagi mencari bahan untuk membuat perbandingan kurikulum Malaysia dan luar negara. Pensyarah mengkehendaki kami membandingkannya dalam bentuk jadual. Kami memilih untuk membandingkan kurikulum negara kita dengan kurikulum Indonesia, singapura dan juga USA dari pelbagai aspek. Tajuk ini amat mencabar bagi saya dalam membandingkan kurikulum empat negara. Dengan ini, saya dapat mengetahui setiap negara mempunyai kurikulum yang tersendiri, walaupun ada yang hampir sama, tetapi ianya tetap mempunyai perbezaan yang tersendiri. Saya dapati kurikulum di USA amat berbeza dengan ketiga-tiga negara ini. Ia menekankan pembelajaran secara konstruktivisme dan murid belajar secara sendiri dalam suasana yang kondusif. Guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja. Setelah semua tugasan selesai, kami membuat kerja-kerja akhir untuk mengemaskini maklumat. Saya amat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan mendapat maklumat yang amat berguna.

Disediakan Oleh:
54

NORBAI BT BAKIR 821215-01-5524 PPG JUN 2011/ PEMULIHAN 1

REFLEKSI

Syukur alhamdulilah dengan kurnia dan izinya dapatlah saya menyelesaikan tugasan matematik MTE3102 dengan jayanya. Walaupun tajuk ini baru pada saya, tetapi selepas beberapa kali interaksi dan pembelajaran secara online dijalankan, tidak lupa juga carian di laman sesawang dapatlah saya memahami dan membuat penilaitan tentang tajuk yang saya akan hadapi di semester lima ini. Tidak dinafikan, isi kandungan dan pembelajaran ada berkait rapat dengan kerjaya di sekolah, tetapi sebelum ini saya hanyalah mengambil sedikit saja perhatian terhadap isu ini. Saban hari, era globalisasi semakin mencabar, isu pendidikan semakin menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia, jadi kajian demi kajian dilakukan untuk mempertabatkan matapelajaran bagi mendukung cita-cita negara kita. Sewaktu menerima tugasan ini,
55

saya kurang memahami tugasan yang perlu dilakukan. Saya telah membuat banyak kali perbincangan untuk meneliti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai setiap tugasan untuk memenuhi setiap kriteria yang diminta Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya akui sememangnya tugasan ini agak rumit terutamanya bagi saya yang kurang arif mengenai penyediaan aktiviti. Saya dan ahli kumpulan telah berbincang dengan guru-guru tahap 1 yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR berdasarkan pilihan tajuk yang diberi bagi memenuhi kehendak tugasan matematik ini. Tugasan ini sedikit mencabar bagikami kerana KSSR adalah kurikulum yang baru setahun diperkenalkan di malaysia. Hal ini menyukarkan kami mencari bahan-bahan rujukan. Hasil daripada kolaborasi dengan pensyarah pembimbing dan rakanrakan,akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Melalui ini, saya dapat mempelajari bagaimana keadaan sebenar aplikasi kurikulum KSSR ini dijalankan. Sebagai guru yang baru terdedah dengan Kurikulum ini, pogram ini dapat memberikan saya gambaran baru yang lebih luas dan kefahaman yang tinggi bagaimana sesuatu pogram yang hendak dilaksanakan bukanya mudah untuk dilaksanakan. Pogram seperti ini sangat member manafaat dan imput yang berguna di dalam merialisasikan transfomasi negara ini. Kehendak negara mestilah dikuatkan dengan tulang belakang iaitu pendidikan. kurikulum ini akan menjadi tunggak dalam merialisasikan impian negara. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing En Afian yang banyak mengajar dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. tidak lupa juga rakan sekumpulan yang juga bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini. sebesar- besar penghargaan juga saya berikan kepada Cikgu Abdul Rahim dan guru-guru sekolah kerana memberikan kerjasama yang tinggi kepada saya. Mudahmudahan Allah akan memberkati kita semua.

56

Nama Kelas NO k/p

:Khairul Fahmi bin Maslam : pemulihan 1 : 820808015939

BIBLIOGRAFI Ishak Ramly, Ph.D. (2005). Inilah kurikulum Sekolah. PTS Publications and Distrubers Sdn Bhd: Selangor

Najeemah Md. Yusof. ( 2006). Konsep Pendidikan. PTS Publications: Selangor.

Kamaruddin Hj. Husin. (1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Longman: Kuala Lumpur.

57

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak: ( asas pendidikan 4 ). Fajar Bakti: Shah Alam. http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulummatematik-di-malaysia/. Kurikulum Matematik. http://mieza17.blogspot.com/2012/06/perkembangan-matematik-di-malaysia.html. Perkembangan Matematik di Malaysia. http://www.scribd.com/doc/122396364/pengaruh-kurikulum-matematik-negara-lainterhadap-kurikulum-di-Malaysia. Pengaruh kurikulum matematik negara lain terhadap kurikulum di Malaysia. http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/MTE3102_Kur ikulum_Pendidikan_Matematik.pdf. Modul MTE 3102

58

Anda mungkin juga menyukai