Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun

sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan

mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan

penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, mengurus, manakala mentadbir pemimpin dan pula apa adalah yang

bertanggungjawab

dalam

menjaga

diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Kepimpinan bukan sahaja dikaitkan dengan tanggungjawab kepimpinan dalam bentuk kelompok, bahkan kepada diri sendiri seperti mengawal pancaindera supaya sentiasa penuh mentaati Allah, menjauhi larangan-Nya, baik dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun dari sudut aqidah dan keyakinan sehingga mengakibatkan penyelewengan. Matlamatnya pula adalah untuk mempertingkatkan kualiti diri bagi melahirkan kepimpinan melalui teladan atau menjadi qudwah hasanah yang seterusnya akan menghasilkan tokoh-tokoh pemimpin yang menjadi ikutan ramai dan pimpinan kepada orang lain serta masyarakat dari kelompok yang sedikit kepada yang lebih besar.

KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami. Kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi (Gordon 1955). Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (Gribben 1972). Pemikir lain berpendapat bahawa kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama (Koontz 1984). Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk

meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya (Fulmer 1988). Dalam tulisannya Leadership Dynamic, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan seperti berikut:

i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi: a. menetapkan matlamat b. menyusun c. mengarah dan menyelaras d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi

dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi. Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harusmemberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk

membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya

mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul. Lewin, Lippit & White (1939), terdapat tiga gaya kepimpinan yang meliputi kepimpinan demokratik (democratic leadership), kepimpinan autokratik (autocratic leadership) dan kepimpinan lepas-bebas (Leizssez-faire leadership). Kajian ini sangat berpengaruh dan menjadi satu sumber rujukan bagi penyelidik-penyelidik lain sehingga sekarang. Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership) Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi

kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya. Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri dan memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakindan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akanterus berjalan lancar dan bergerak maju. Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin perjalanan demokratik proses berfungsi sebagai pemangkin cara yang yang

mempercepatkan

menuju

matlamat

dengan

palingsesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen bersama, bukan hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia bukan superman. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa kepimpinan turut serta mementingkan keduadua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan. Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership) Individu autokratik percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autokratik dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Para

pemimpin autokratik lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap

pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk,1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah. Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.

Kepimpinan Lepas-Bebas( Laizssez-Faire Leadership ) Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab

sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman sebab tiada pemandu dan pembimbing yang menunjuk arah. Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan

juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, guru besar perlu melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru besar perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua anggota di sekolah, dan sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi.

Anda mungkin juga menyukai