Anda di halaman 1dari 23

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

ISI KANDUNGAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengenalan Apa itu Rubella? Sistem pertahanan badan Tanda-tanda Rubella

HALAMAN

Langkah-langkah pencegahan penyakit Rubella Rekod serangan penyakit Rubella Bila imunisasi untuk Rubella perlu diambil? Kepentingan imunisasi MMR kepada kanak-kanak Penutup Bibiliografi Kolaborasi Refleksi

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan .inayahnya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini Di dalam tugasan ini, saya diberi tanggungjawab dalam menghuraikan tugas mengenai imunisasi rubella, tanda-tanda rubella, bila imunisasi perlu diambil ,kesannya jika tidak mengambil suntikan rubella dan kepentingan mengambil suntikan MMR kepada kanak-kanak. Pelbagai perkara baru dapat diketahui semasa .saya menyiapkan tugasan ini Terima kasih diucapkan sebagai tanda penghargaan buat pensyarah Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan iaitu En Hishamuddin bin kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya dalam .menyiapkan tugasan ini Tidak lupa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menyumbang idea. Dan juga sekalong penghargaan juga buat kakitangan perpustakaan dan Pejabat Kesihatan yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya serta kepada ahli keluarga yang tidak pernah jemu-jemu mendorong dan memberi .sokongan kepada saya sehingga kini

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi.

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit penyakit ini dapat dicegah melalui imunisasi seperti penyakit rubella,tibi, measles (campak),mumps (beguk), pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis dan lain-lain.

Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan program imunisasi bagi mencegah 6 penyakit utama iaitu:

Tuberculosis (TB) Difteria

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella Pertussis Tetanus Polio Measles

Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun). Walau bagaimanapun tahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun). Pada tahun 1989, program imunisasi Hepatitis B diperkenalkan untuk bayi yang baru lahir. Pada tahun 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan jadual baru imunisasi.

Sehubungan itu, buku Fakta Imunisasi Kanak-kanak Bagi Kakitangan Kesihatan turut diterbitkan untuk mempertingkatkan pengetahuan anggota kesihatan mengenai imunisasi terutamanya imunisasi Hib dan MMR. Selain itu turut bertujuan menyediakan anggota kesihatan dengan maklumat terkini mengenai imunisasi Hib dan MMR supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dengan betul mengikut jadual imunisasi baru. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa program bagi mencegah beberapa jenis penyakit.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

1. APA ITU RUBELLA?


Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella adalah penyakit ringan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat imunisasi terdedah dengan jangkitan rubella sewaktu mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat. Ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella juga merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan bintik-bintik ruam merah.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella Ancaman virus Rubella yang paling menakutkan oleh virus Rubella ini ialah sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubella pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal Rubella. Sindrom konginetal rubella terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubella memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubella pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah.

Rubella pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

2. SISTEM PERTAHANAN BADAN


Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang mendapat jangkitan Rubella semasa hamil. Oleh itu kaedah suntikan vaksin vaksinasi digunakan dan kaedah vaksinasi dapat melindungi

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan menghasilkan antibodi. Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlu menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk hamil. Vaksin diperbuat daripada bakteria yang sama atau sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. Justeru, bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh sakit. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. Antibodi akan melindungi tubuh sekiranya anda diserang oleh penyakit tersebut termasuklah bayi atau janin dalam kandungan. Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita itu telahpun hamil, dia tidak digalakkan diberikan vaksinasi. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

3. TANDA-TANDA RUBELLA
Tanda-tanda biasanya timbul diantara dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti virus itu. Tanda-tanda itu biasanya akan berterusan untuk dua hingga tiga hari. Ruam merah jambu dan halus yang bermula pada muka dan merebak ke arah badan. Kemudian bahagian tangan dan kaki sebelum hilang dalam turutan yang sama.Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam dan demam ringan selama 2 hingga 3 hari (38C dan kurang), sakit kepala, lemah lesu, batuk, sakit tekak.kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Ruam bermula di muka, dan demam menurun. Gejala beransur hilang apabila muncul ruam. Ruam hilang selepas lima hari dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.

Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari. Kanak-kanak yang terlibat dengan gejala ini perlu diasingkan di rumah. Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak , katarak (menyebabkan buta)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella jantung berlubang terencat tumbesaran atau akal dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen) .

4. LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT RUBELLA

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Untuk menghindar daripada penyakit Rubella, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap Rubella di dalam darah mereka. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap Rubella sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubella amat mudah berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

5. REKOD SERANGAN PENYAKIT RUBELLA


Penyakit Rubella ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubella merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebiH 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubella juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan Rubella pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan Rubella selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal Rubella boleh menyebabkan masalah lain seperti:

* Lahir tidak cukup bulan * Berat badan yang kurang * Masalah makan * Cirit-birit * Jangkitan kuman dalam paru-paru * Anemia * Radang paru-paru * Mudah mengalami pendarahan * Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella * Pembengkakan hati dan limpa

6. BILA IMUNISASI UNTUK RUBELLA PERLU DIAMBIL?


Di Malaysia, imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat. Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah. Menurut Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor , Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil. Kerana itu, penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak. Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan kanak-kanak itu kepada ancaman beberapa penyakit yang lebih besar pada masa akan datang, Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada pada bahagian paha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella Menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti. Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor menjelaskan, dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna.

Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak dapat diketahui.

Kemusykilan mengenai immunisasi yang diambil lebih dari satu imunisasi yang berlainan adalah SELAMAT untuk diberikan dalam satu masa.Ia boleh diberi di tempat yang berlainan seperti di kedua-dua peha atau lengan.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

7. KEPENTINGAN IMUNISASI MMR KEPADA KANAK-KANAK


Penyakit Komplikasi Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakitpenyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzae type b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan vaksin.

Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Seperti kata pepatah "Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan virus di dalam tubuh manusia. Jika wujud keraguan, tambahnya, pihak hospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksi MMR boleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan, di seluruh negara.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Hampir semua kanak-kanak di negara ini telah menerima vaksinasi terhadap beberapa penyakit yang berbahaya. Dahulu, sebelum terdapatnya vaksin, beribu-ribu kanak-kanak telah menjadi lumpuh setiap tahun akibat polio. Rubella pula menjadi punca kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir dan akhirnya menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, dahulu difteria merupakan punca utama kematian kanak-kanak sekolah. Sebelum pengenalan imunisasi Haemophilus influenzae B (Hib) pada tahun 2002, kuman Hib merupakan punca utama penyakit meningitis (jangkitan pada selaput otak) yang telah menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami kecederaan otak yang kekal. Batuk kokol yang juga dikenali sebagai penyakit batuk 100 hari pula telah membunuh ramai kanak-kanak, paling banyak sekali yang berumur di bawah 1 tahun.

Sememangnya, kanak-kanak telah mendapat lebih banyak kebaikan daripada vaksinasi berbanding dengan program pencegahan penyakit lain yang terdapat dalam sejarah perubatan.

Kini, oleh sebab vaksinasi begitu berkesan dan sudah hampir membasmi kebanyakan penyakit yang serius, ada sebilangan ibubapa yang mula bertanya dan memikir semula jika ia benar-benar bermanfaat.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Sebenarnya, penyakit yang berpunca dari virus serta bakteria dan boleh dicegah dengan vaksin masih lagi menjangkiti ramai kanak-kanak di negara kita atau dengan mudah boleh menjadi suatu wabak yang merbahaya. Kita tidak boleh duduk diam serta berpuas hati dengan kejayaan menangani penyakit-penyakit merbahaya ini; sebaliknya, kita perlu sentiasa berwaspada. George Santayana telah menulis pada tahun 1905: Mereka yang tidak ingat akan kesilapan masa silam akan bakal mengulanginya semula (Those who cannot remember the past are condemned to repeat it).

Kini satu kombinasi vaksin gabungan IPV dengan vaksin difteria, pertusis, tetanus dan Hib (vaksin 5-dalam-1) dapat diberikan dalam satu suntikan sahaja.

Kebanyakan daripada orang awam, termasuk ibubapa, tidak lagi ingat akan wabak campak (measles) yang telah membunuh ramai kanak-kanak; bayi yang dilahirkan cacat akibat daripada rubella serta kanak-kanak yang menjadi cacat pendengaran setelah menghidap benguk. Kita sebenarnya telah menjadi mangsa kepada kejayaan vaksin-vaksin kita.

Pada tahun 1990, seramai 45 juta kanak-kanak telah menghidap campak (measles) dan penyakit ini telah menyebabkan 1 juta kematian. Sebelum adanya vaksin MMR, benguk merupakan sebab utama jangkitan virus diselaput otak (meningitis) dan cacat pendengaran pada kanak-kanak. Sebelum vaksin Rubella diperkenalkan di Amerika Syarikat, setiap tahun

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella seramai 20,000 kanak-kanak telah dilahirkan dengan Sindrom Kongenital Rubella yang menyebabkan kecacatan jantung, cacat pendengaran dan kecacatan mental pada bayi yang baru dilahirkan.

Vaksin untuk MMR sudah digunakan lebih daripada 30 tahun dan ia mempunyai kesan yang amat baik pada kesihatan kanak-kanak. Amerika Syarikat dan Finland yang mengamalkan 2 dos suntikan MMR kini telah bebas dari penyakit demam campak. Demam campak merupakan penyakit yang mengancam nyawa kanak-kanak yang bakal dapat dibasmikan berikutan pembasmian penyakit cacar dan polio. Vaksin MMR mempunyai profil keselamatan yang sangat baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa MMR merupakan vaksin yang sangat berkesan serta mempunyai rekod keselamatan yang amat membanggakan setelah digunakan selama 30 tahun serta lebih daripada 500 juta dos yang telah diberikan.

Malaysia telah mula memberikan vaksinasi untuk demam campak pada tahun 1982 dan budak-budak perempuan yang bersekolah pula diberi suntikan vaksin rubella sejak tahun 1986. Pada tahun 2002, polisi imunisasi ini telah dipertingkatkan lagi dengan pengenalan vaksin MMR. Ini merupakan strategi yang paling berkesan untuk melindungi anak-anak kita daripada 3 penyakit merbahaya ini.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

1. 2.

www.teknosains.info http://umportal.um.edu.my/doc/berita/Survey%20on%20Rubella

%20Infection.doc 4. 5. 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page http://us.geocities.com/maizurahm/ http://www.kismantoro.wonogiri.org/mod.php?

mod=publisher&op=viewarticle&cid=9&artid=14 7. 8. http://www.mpaeds.org.my/Write-Ups/20060204-qa-vaccine.htm http://www.geocities.com/alam_penyakit/MasalahKatarak.htm

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

BIL

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

TANDA TANGAN

01

Jun 2008

Menerima tugasan

Julia Hishar @ Azhar

02

24 Julai 2008

Mencari maklumat di perpustakaan awam Mencari maklumat di Internet dan ke Hospital Segamat

Julia Hishar @ Azhar Julia Hishar @ Azhar

03

01-15 Julai 2008

04

16 Julai 2008

Mengumpul semua maklumat dari bukubuku dan semua bahan

Julia Hishar @ Azhar

05

25 Julai 2008

Menyiapkan tugasan

Julia Hishar @ Azhar

06

Ogos 2008

Menghantar tugasan

Julia Hishar @ Azhar

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Sebaik sahaja menerima tugasan daripada En. Hishamuddin bin Hassan , saya telah mula mencari dan mengumpul bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini berdasarkan keterangan yang telah dikehendaki oleh beliau. Saya mula mencari bahan dari Pusat Sumber IPTI dan Perpustakaan Awam iaitu mengumpul majalah-majalah dan buku-buku yang bersesuaian untuk dijadikan bahan rujukan. Setelah diteliti, majalah-majalah dan buku-buku tersebut ternyata agak sukar untuk saya mendapat maklumat yang

diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Setelah itu, saya memulakan pencarian maklumat menggunakan internet iaitu melalui enjin carian. Saya menjangka akan menemui banyak maklumat melalui kaedah ini, namun setelah banyak kali mencuba, saya hanya memperolehi sedikit sahaja maklumat dikebanyakkan website maklumatnya sama. yang dikehendaki. Dan

Walaupun begitu, saya masih tidak berputus asa dan terus mencari. Akhirnya, saya meneliti segala maklumat yang ada agak sesuai dengan tajuk yang diberi. Setelah itu segala maklumat dikumpul dan disusun berdasarkan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya turut pergi ke Hospital

Segamat bagi mendapatkan beberapa risalah atau apa-apa bahan yang berkaitan. Saya bebesar hati apabila menerima layanan yang baik dari

kakitangan yang bertugas.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Kemudian kerja merangka dan memilih maklumat dibuat secara berhati-hati agar tidak mengundang sebarang kesilapan dan di akhir proses ini saya meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk menyemak rangka kerja yang telah dibuat. Seterusnya, saya mula menaip tugasan ini sehingga ke akhirnya.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, saya menyedari bahawa masih banyak kelemahan dalam diri saya yang patut diperbaiki. Antaranya, saya perlu meningkatkan lagi skill dan penguasaan saya dalam pengguanaan teknologi maklumat dan penggunaan komputer. Saya yakin, jika kelemahan ini dapat diatasi, hasil kerja yang lebih baik pasti dapat dipersembahkan.

Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat menyiapkan tugasan kerja-kerja kursus dengan lebih baik di masa akan datang. Segala pengalaman yang diperoleh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini akan saya gunakan dengan sebaiknya.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Rubella

Anda mungkin juga menyukai