Anda di halaman 1dari 21

MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK KANAK-KANAK

MENGENAL KUANTITI MENENTUKAN STANDARD SPESIFIK HASIL PEMBELAJARAN MEMBILANG

MATLAMAT
MENERANGKAN & BERKOMUNIKASI MENYELESAIKAN MASALAH

MENAAKUL

MENGENAL KUANTITI

Kanak-kanak telah memahami konsep matematik sejak bayi lagi cth mereka boleh membezakan antara ibu dan ayah. Apabila semakin membesar mereka semakin memahami konsep urutan, banyak dan sedikit. Kanak-kanak mempelajari idea nombor sama seperti mereka mempelajari bahasa, kemahiran sosial dan konsep-konsep lain di persekitarannya. Proses-proses tersebut dikenali sebagai pengalaman pranombor kanak-kanak (KSPK, 2010) Matlamat pertama P&P Matematik Prasekolah adalah supaya kanak-kanak dapat mengenal kuantiti melalui proses: a) Pengelasan b) Padanan satu dengan satu c) Seriasi

Pengelasan

Bermaksud meletakkan benda berasaskan ciri-ciri yang sama cth: bentuk , saiz ataupun warna., tekstur, corak, fungsi/kegunaan, bunyi dan kumpulan (jenis).

Kebolehan memerhati benda yang ada kesamaan dan perbezaan sangat penting.

Pengelasan
Konsep pengelasan perlu melalui beberapa proses:
1. 2. 3. 4. 5.

Memilih dan membanding (cth; warna, saiz, bentuk, tinggi/rendah, berat/ringan, tebal,/nipis, panjang/pendek, banyak/sedikit, fungsi dan jenis) Mengumpul Memilih semula Mengasingkan kumpulan Memilih objek berdasarkan fungsi atau kegunaan contoh alat tulis, alatan rumah dsbnya. Charlesworth dan Lind (1999) mengelaskan mengikut kategori berikut: a) Bahan; b) tekstur; c) corak; d) perkaitan; e) nombor/bilangan

Padanan satu dengan satu

Padanan satu dengan satu adalah kebolehan memadan suatu objek dengan pasangannya sama ada pasangan yang sama atau berlainan cth
1. 2.

Pasangan yang sama sarung tangan atau kaki, kasut Pasangan yang tidak sama cawan dan piring atau sudu dan garpu

Gelman (1978) menyatakan kanak-kanak tidak dapat membilang selagi kemahiran padanan satu dengan satu tidak dikuasai.

Seriasi (sequence)

Seriasi (sequence) atau urutan bermaksud menyusun set objek mengikut arah atau susunan atau gambaran tertentu (Charlesworth, 1978). Cth; menyusun objek paling kecil ke paling besar, paling rendah ke paling tinggi, kedudukan pertama, kedua, ketiga dan akhir, ke hadapan dan ke belakang dsbnya. Aktiviti seriasi sama spt prosedur pengelasan dan perbandingan.

Membilang / konsep nombor

Kemahiran menyatakan bilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah kemahiran asas kanak-kanak yang dipelajari dan dibina oleh kanakkanak semasa berumur 5 ke 6 tahun (Baroody,1992) Membilang suatu proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan set dlm bentuk simbolik atau tertulis. Peringkat awal hafalan tanpa kefahaman cth. 1, 2, 3, 4,

Membilang / konsep nombor

Pengalaman nombor didapati secara tidak langsung melalui permainan, nyanyian, persekitaran rumah atau kegiatan harian. Pembelajaran akan bermakna sekiranya mempunyai perkaitan dengan diri kanak-kanak cth umur, bilangan jari tangan/kaki. Proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988).

Membilang / konsep nombor

Peluang/pengalaman mengira dan menggunakan nombor sangat perlu melalui aktiviti nyanyian dan permainan secara berulang-ulang. Tujuan aktiviti nyanyian dan permainan dibuat secara berulang-ulang supaya mereka memperoleh:
1. Kesedaran berkenaan bunyi dan susunan nombor 2. Memahami makna nombor 3. Mengenal simbol angka 4. Menyusun angka 5. Membilang atau mengira

Standard kandungan konsep nombor


i.

Memahami nombor 1 10

ii. Mengetahui sifar iii. Memahami 10 20 iv. Memahami siri 20, 30, 40 dan 50. v. Memahami Operasi tambah dalam lingkungan 10 vi. Memahami Operasi tolak dalam lingkungan 10

MENAAKUL

Menaakul atau reasoning ialah membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Penaakulan merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penekanan penaakulan dalam semua aktiviti matematik memberi laluan dan pengalaman kepada murid untuk menerima matematik dalam memahami kejadian alam persekitaran dengan lebih bermakna.

MENAAKUL

Apabila mereka menaakul, kanak-kanak digalakkan membuat tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian. Kanak-kanak dilatih untuk menyiasat tekaan atau telahan mereka sama ada dengan menggunakan bahan konkrit, kalkulator, komputer, perwakilan matematik dan sebagainya Sebagai alternatif kepada penggunaan perkataan "menaakul" yang mungkin agak kekok kepada para pelajar, guru boleh gunakan ayat seperti berikut: cara kamu ini?" kata..."

1."Kenapa kamu pilih 2."Bolehkah kamu beri sebab kenapa 3."Mengapakah penyelesaian sebegini menjadi pilihan kamu?"

Penyelesaian masalah

Pendekatan penyelesaian masalah yang digunakan oleh guru di prasekolah kebanyakannya menggunakan masalah yang terdapat di buku-buku teks. Namun begitu, masalah yang terdapat di dalam buku teks tersebut kebanyakannya bukan merupakan masalah sebenar yang berlaku di sekeliling pelajar (Gasser, 2011). Kanak-kanak perlu diberi peluang belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.

Penyelesaian masalah
Menyelesaikan masalah dalam kumpulan

Mereka bersama-sama dalam kumpulan berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual

RUMUSAN
Membiasakan kanak-kanak dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit membantu membina keyakinan murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka bila mereka dewasa kelak

Menerangkan & berkomunikasi

Kanak-kanak dilatih untuk menggunakan bahasa harian dengan bimbingan guru untuk menerangkan sesuatu contohnya operasi tolak dan tambah. Berinteraksi ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan cth. aktiviti simulasi jual-beli.

Menentukan Standard Spesifik Hasil Pembelajaran


1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pengalaman Pranombor (ST 6.0) Konsep Nombor (ST 7.0) Operasi nombor (ST 8.0) Nilai wang (ST 9.0) Konsep waktu (ST 10.0) Bentuk dan Ruang (ST 11.0)

Nota: Rujuk KSPK 2010

Tugasan Kumpulan
Arahan:

Anda dikehendaki membentuk enam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripada enam fokus di bawah. Pengalaman Pranombor (ST 6.0) Konsep Nombor (ST 7.0) Operasi nombor (ST 8.0) Nilai wang (ST 9.0) Konsep waktu (ST 10.0) Bentuk dan Ruang (ST 11.0) fokus masing-masing, sila pilih dan tentukan standard kandungan dan standard pembelajaran matematik prasekolah. Sila sertakan bersama satu contoh cadangan aktiviti bagi standard kandungan dan standard pembelajaran yang dipilih.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Berdasarkan

Tugasan

Topik 2

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai