Anda di halaman 1dari 14

PENGAJARAN MATEMATIK KANAK-KANAK

Teori Pembelajaran Matematik Kanak-Kanak

Lazimnya manusia mula belajar semenjak

peringkat bayi lagi - berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan.

Matlamat pendidikan matematik adalah

untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

Kanak-kanak mempelajari matematik melalui

kegiatan seharian tertentu seperti belajar konsep-konsep awal matematik melalui aktiviti padanan (matching), pengkelasan (sorting), pairing, dan susunan aturan (ordering) [Mohd Daud Hamzah, 1996).

Padanan - memilih sifat tertentu dan membuat

perbandingan. Pengkelasan - memilih sifat umum dalam kalangan bentuk-bentuk. Pairing - menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Susunan aturan menyusun dalam satu barisan.

Terdapat beberapa teori daripada pakar-

pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

TEORI PIAGET
Piaget mendapati bahawa perkembangan

kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat: i. iaitu peringkat deria motor (02 tahun) ii. pra-operasi (27 tahun) iii. operasi konkrit (711 tahun) iv. operasi formal (11 tahun ke dewasa)

Seseorang guru matematik harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.
Kanak-kanak lebih dapat memahami konsep

matematik melalui pengalaman konkrit.


Alat bantuan mengajar penting dalam

membantu murid-murid memahami konsep matematik.

Asas kepada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sebayanya penting untuk perkembangan mental.

Dalam teori kognitif, Piaget menyatakan kkanak-kanak

mempelajari matematik melalui empat konsep utama iaitu: i. Skema ii. Penyerapan iii. Pengubahsuaian iv. Keseimbangan. Namun, dalam pembelajaran matematik kanak-kanak hanya dikaitkan dengan tiga konsep iaitu penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Ini melibatkan perubahan dalam pemikiran kanak-kanak mengenai pembelajaran sesuatu konsep dalam mempelajari awal matematik. Sekiranya konsep matematik dapat diajar dengan betul daripada peringkat awal, maka kanak-kanak akan terus dapat mengekalkan konsep yang mereka pelajari pada awal umur sehingga mereka dewasa.

Contoh
Seseorang kanak-kanak hanya mempelajari

nombor 1 melalui simbol nombor tersebut pada awal pembelajaran. Untuk memupuk kefahaman mengenai konsep nombor 1 - kaitkan simbol nombor tersebut dengan sesuatu objek secara konkrit (simbol nombor satu dan sebiji epal). Ini akan menjadikan kanak-kanak itu melalui konsep penyerapan,dengan cuba mengingati bahawa epal yang ditunjukkan oleh guru mewakili simbol nombor 1 yang ditunjukkan.

Seterusnya ialah kanak-kanak perlu dibimbing

dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan konsep penyesuaian supaya mereka tidak keliru dengan perubahan yang mereka pelajari. Sebagai contoh, dalam mempelajari konsep berat, gunakan dua objek yang sama saiz dan berat.Kemudian penyekkan satu objek, dan tanya pada kanak-kanak yang mana satu lebih berat. Sekiranya kanak-kanak menjawab dengan jawapan yang salah, guru boleh membimbing kanak-kanak dengan jawapan yang betul dan menyesuaikan dengan pemikiran kanak-kanak.

Sekian. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai