Anda di halaman 1dari 3

BILANGAN JURNAL MINGGU PRAKTIKUM

: 7/8 :7

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 16 September 20 September 2013 MASALAH : Bahan yang terhad

MASALAH / PERISTIWA

Penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting bagi merangsang idea dan fikiran murid ke arah isi pengajaran yang ingin disampaikan. Malah penggunaan bahan juga untuk menimbulkan suasa pembelajaran yang menyeronokkan dan membuatkan murid teruja untuk mengetahui apa yang guru akan sampaikan. Namun begitu, apabila melibatkan penggunaan ICT, guru berasa penggunaan bahan terhad hanya pada komputer riba dan skrin layar. Tumpuan murid hanya pada penglihatan pada skrin layar. Guru dapati murid hanya fokus pada 10 minit yang pertama dan mula hilang tumpuan sedikit demi sedikit. Penggunaan slide semata-mata tidak mampu untuk mengekalkan perhatian murid.

ANALISIS Masalah ini berlaku kerana guru berasa terhad dengan penggunaan ICT di mana guru yang mengendalikan ICT. Apa yang guru sampaikan hanyalah melalui ICT. Guru masih tidak dapat melihat skop penggunaan ICT secara meluas. Guru hanya fokus kepada tayangan slide, muzik dan penggunaan video untuk menyampaikan isi pengajaran. Penggunaan bahan ICT ini sudah menjadi sesuatu yang biasa yang murid selalu lihat. Pada mulanya murid begitu teruja untuk melihat apa yang guru ingin sampaikan, namun semakin lama, murid semakin berasa bosan dan hilang tumpuan dan menyebabkan mereka membuat perkara lain semasa pengajaran atau berborak bersama rakan-rakan. Malah melalui penggunaan ICT ini, murid tidak dapat bersama-sama menggunakan bahan bantu belajar dan tidak ada bahan maujud yang boleh dimanipulasikan dalam pengajaran. Murid hanya bergantung pada penggunaan ICT sahaja.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 1. Saya perlu memiliki beberapa perisian yang mampu membuatkan tayangan slide saya lebih menarik dan mampu menarik perhatian murid 2. Penggunaan warna yang berbeza untuk menekankan isi yang berbeza boleh membantu murid untuk mudah memahami dan mengingati isi pengajaran yang disampaikan. 3. Penggunaan audio sebagai selingan semasa tayangan slide juga dapat membantu guru menarik perhatian murid-murid. 4. Penggunaan bahan maujud bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada murid

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN

Masalah bahan yang terhad ini akan saya cuba atasi dalam masa yang terdekat.. Lebih cepat saya atasi adalah lebih baik bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan mencapai objektif pembelajaran. Malah saya dapat laksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang.

Disemak oleh guru pembimbing Nama : Tandatangan :

Disahkan oleh pensyarah pembimbing Nama : Tandatangan :

Anda mungkin juga menyukai