Anda di halaman 1dari 20

BINA INSAN GURU (BIG)

1. PEMBINAAN INSAN GURU SEIMBANG


PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN SELUAS HAYAT

DISEDIAKAN OLEH : DON ADENG ANAK ENTALAI

Budaya Menyelidik

Satu usaha ke arah menggalakkan para pendidik mengamalkan budaya ilmu melalui aktiviti penyelidikan. Apabila amalan ini dapat dilaksanakan, maka para pendidik dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara bagi tujuan mempertingkatkan profesionalisme mereka.

Pendidik adalah individu yang sentiasa peka kepada isu-isu pendidikan dan menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk membaiki keupayaannya dalam menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya mengatasi isu-isu yang dihadapi secara profesional.

Secara umum dapatan kajian berkaitan dengan pengajaran guru dapat Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pendidikan Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan tahap profesionalisme guru. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.

Budaya Berfikir /Refektif


Refleksi merujuk kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan. Shulman (1987) - Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memeknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

(Pengajaran & pembelajaran) Perlakuan Idea Perasaan

Mengimbas kembali pengalaman / peristiwa dan bertindak balas kepada pengalaman.

Proses pemikiran reflektif yang harus diamalkan oleh seorang guru.

Perspektif Baru :- perubahan sikap /perlakuan - kesedian berubah

Budaya Kerja Secara Kolaborasi & Koperatif


Semua guru merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional. Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data- data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid.

Melanjutkan Pelajaran
Pengalaman yang luas dalam bidang masingmasing dapat membantu menyerlahkan identiti guru sebagai pelajar dewasa yang matang dan bertanggung jawab semasa melanjutkan pelajaran mereka. Guru akan dapat mempertingkatkan diri untuk menjawat jawatan yang lebih baik, mendapat kenaikan pangkat, menambahkan pendapatan atau gaji, memperolehi status sosial yang lebih tinggi dan mempunyai self-esteem

GURU DAN AKAUNTABILITI PROFESIONALISME


ETIKA DAN PROFESIONALISME

DISEDIAKAN OLEH : MAURICE ANAK DICKINSON JAPUL

ETIKA
Maksud Etika 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). 3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

11

ETIKA PROFESION KEGURUAN


Antara beberapa amalan yang disarankan termasuk: Mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap profesion keguruan Amanah berhubung kewangan Kepentingan murid harus mengatasi semua kepentingan lain

12

Menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap murid Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek dan status-status lain Berperanan sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar

13

Menghormati maklumat sulit pelajr Tidak menyatakan dan membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa Tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid untuk pengajaran tambahan semasa waktu sekolah/cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan

14

Tidak menjatuhkan atau mencemarkan nama baik guru-guru lain Hanya menggunakan cara yang sah untuk kenaikan pangkat Tidak akan mengiklankan diri untuk tuisyen Tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid

15

TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL GURU


Tanggungjawab terhadap pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil Teladan kepada pelajar Membimbing dan mengajar pelajar Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa

16

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru Membantu mereka yang baru dalam profesion ini Menjadi ahli kepada kesatuan/pertubuhan guru

17

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Membimbing murid untuk menjadi warganegara yang berdaya saing Menghormati masyarakat tempat bertugas Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru, ibu bapa dan ahli masyarakat

18

Tanggungjawab terhadap ibu bapa Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga/anak mereka sebagai sulit Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

19

TERIMA KASIH DARIPADA KUMPULAN KAMI

Anda mungkin juga menyukai