Anda di halaman 1dari 2

...

Bil 38 / 2013
18 Oktober 2013M 13 Zulhijjah 1434H

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam konteks pengurusan Islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan. Pentadbiran dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam bersifat global, universal dan kekal. Di antara prinsip pengurusan Islam: 1. Kepatuhan Allah kepada Keesaan Kunci rezeki terletak di tangan Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Berkata Imam Al-Qurtubi: Tidaklah seseorang berpaling dari peringatan tuhannya melainkan dunianya akan menjadi gelap, rezekinya akan tertutup, dan hidupnya akan menjadi sempit.

Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Agung

mentadbir

dan

mengurus

segala-galanya.

Kepatuhan manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran. 2. Mengimplementasikan Amalan Syura Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan. Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhirnya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak. 3. Mementingkan Persamaan (al-Musawah) Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan dan undangundang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak asasinya melainkan mengikut undang-undang.

1/ http://zaadut-taqwa.blogspot.com

Setiap i. ii. iii.

pekerja adalah sama dari segi: Tanggungjawab terhadap undang-undang. Tanggungjawab terhadap hukuman. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

4. Mendaulatkan keadilan (al-Adalah) Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti. Skop keadilan teramat luas, meliputi keadilan dalam: i. urusan persendirian ii. menguruskan harta iii. pertuturan iv. proses perbicaraan dan penghukuman v. melayani mereka yang tidak sealiran pendapat. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan keadilan boleh berlaku dalam hal-hal-hal seperti berikut: i. Keadilan dalam bentuk persamaan semua kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama. ii. Keadilan dalam bentuk yang berbeza jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau profesion masing-masing. iii. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan jabatannya. 5. Mengutamakan Kebebasan (al-Hurriyyah) Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara berikut: i. Kebebasan diri ii. Kebebasan beragama iii. Kebebasan bergerak iv. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. v. Kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal.

Meminta keberkatan harta lebih baik berbanding meminta pertambahan harta. Tanpa keberkatan, hati akan terasa sempit meski berada dalam rumah yang luas. Rumah yang luas akan bertambah luas jika keberkatan berada di dalamnya.

~ Jawatankuasa Penerangan & Seranta : JATI 2013 ~

2/ http://zaadut-taqwa.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai