Anda di halaman 1dari 1

Nukil Ingatan Buat Pelupa Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ku mulakan bait-bait

bahasa ini Atas usaha mendekatkan diri kepada ALLAH Yang Maha Esa, Ujud serta Qidam lagi Baqa Segala Puji BagiNya jambangan rasa syukur Segala rasa kasih sayang kecintaan ku cucurkanbuat junjungan Rasulullah, atas bahagianya seorang kekasih jua dengan kecintaanku buat ibubapaku dan guru-guru dan atas rasa kasih buat rakan sahabat kugarapkan nukil ingatan buat bekal kita bersama Kian kita lupa Lupa pada usul, jua jerih bangsa ini Lupa pada derita moyang dahulukala Lupa pada azab seksa alam kekal di sana dek kerana mewah harta melimpahi birai mata dek kerana riak bangga pada hebat melimpahi mulut manusia dek kerana hanya limpah kurnia melimpahi gagah istana Maka dengarlah nukil kata Saidina Ali Karamallahu wajhah bahawa kita ini manusia tidur ketika hidupnya, lalu tersedar bangun ketika ajalnya Ayuh Bangunlah! sebelum sesal memenuhi segala Lalu Istighfarlah! sebelum kaku kalam bicara kerana takut nantinya ketetapan pada janji di sana. nauzubillah bahagia dunia bertukar derita neraka gembira dunia bertukar nestapa jahim Alhamdulillah atas pertemuan ini kerana ALLAH Astagfirullah atas perpisahan ini kerana ALLAH Aku baitkan nasihat ini kerana ALLAH Ya ALLAH, kepada Mu segalanya dengan berkat RasulMu yang mulia munajat kami atas besarnya RahmatMu Amin Ya Rabbal Alamin
Muhammad Luqmanulhakeem Mahayudin Bandar Damansara Kuantan 27 Rejab 1433 / 17 Jun 2012

Anda mungkin juga menyukai