Anda di halaman 1dari 1

4.

RUMUSAN/ PENUTUP

Nasihat yang diberikan oleh si ayah banyak menekan kepada perkara-perkara yang positif dalam usaha menanamkan sifat wajadiri pada anaknya. Setiap kata yang disusun dalam syair nasihat ini dapat memberi impak kepada bukan sahaja untuk anaknya , tetapi juga kepada pembaca sekalian. Karya klasik yang dihasilkan jelas menunjukkan bahawa penyair begitu sensitif dengan kelompok masyarakat pada masa itu. Hasil karya mereka kaya dengan nasihat, panduan, kata-kata yang membina dan penerapan sahsiah wajadiri yang baik. Setiap genre yang dihasilkan mampu membina insan atau individu ke arah sahsiah wajadiri yang tinggi. enerapan wajadiri ini mampu diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam kelas, samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.Sebagai guru, kita mempunyai banyak ruang untuk membentuk dan menerapkan sahsiah dan wajadiri bukan sahaja kepada anak didik, tetapi juga kepada diri guru sendiri. Sahsiah dan wajadiri yang tinggi dan mantap dapat melahirkan guru yang berketrampilan, berdedikasi, berdisiplin, optimis dan mempunyai daya saing yang tinggi. !ni secara langsung dapat memartabatkan lagi profesion perguruan di mata dunia. Sahsiah dan wajadiri yang tinggi perlu untuk melahirkan seorang individu guru yang dihormatidan diteladani . "uru yang mempunyai sahsiah dan wajadiri yang tinggi dan mantap mampu menjadi idola kepada bukan sahaja anak didiknya malah juga kepada masyarakat amnya. enerapan sahsiah dan wajadiri melalui hasil karya klasik, mampu membantu guru untuk diaplikasikan kepada anak didik dalam pengajaran dan pembelajaran, juga untuk diri guru itu sendiri. Secara keseluruhannya, karya sastera merupakan hasil seni yang mampu menjadi salah satu pengantar ke arah pembentukan wajadiri kepada kelompok masyarakat. !a boleh dijadikan panduan untuk membentuk sahsiah individu ,menjadi individu yang mempunyai tahap wajadiri yang tinggi dan mantap. ersonaliti wajadiri dapat dilihat dalam pelbagai situasi sama ada situasi riang, sedih dalam keadaan yang terdesak atau situasi yang merunsingkan. #ajadiri dapat membantu seseorang individu hidup dengan lebih baik dan sempurna daripada sebelumnya menghadapi tekanan , rintangan dan kehidupan yang mencabar.

Anda mungkin juga menyukai