Anda di halaman 1dari 3

Walaupun terdapat banyak kepercayaan di atas muka bumi ini,tetapi ternyata agama Islam adalah yang agama yang

paling ideal.Di dalam agama Islam,setiap penganutnya wajib menyembah Allah SWT.Allah SWT ialah pencipta bagi seluruh alam ini termasuklah manusia.Kita sebagai hambanya perlulah percaya akan kekuasaanNya kerana kita hanyalah makhluk ciptaanNya yang lemah. Telah anda ketahui bahawa Islam itu ialah taat akan Allah dan menundukkan diri kepada hukum dan titah perintahNya. Sekarang saya hendak menerangkan kepada saudara semua apa yang boleh dilakukan oleh saya kepada satu- satunya Tuhan Yang Masa Esa iaitu Allah dengan mengikuti undang-undangNya dan melalui jalanNya. Lebih- lebih lagi apabila kita memegang satu amanah yang sangat besar dan berat iaitu profession kita sebagai seorang dokter. Kita wajib bersyukur kerana Allah SWT telah mengurniakan manusia dengan akal fikiran berbanding dengan makhlukNya yang lain.Darjat manusia ternyata lebih tinggi dari haiwan.Oleh itu,akal fikiran yang dikurniakan perlulah digunakan di jalan kebaikan.Sebagai seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan rasa syukur dengan mengamalkan amar makruf nahi mungkar iaitu mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Akal fikiran yang dikurniakan dapat kita gunakan untuk kebaikan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga untukoranglain.Contohnya,saya boleh gunakan pengetahuan yang saya pelajari dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan penyakit. Dalam konteks lain,kita sebagai seorang yang beragama Islam boleh menggunakan akal fikiran kita untuk berdakwah iaitu menegakkan syiar Islam.Ini bermaksud bahawa bukan sahaja orang

seperti saya boleh menggunakan akal dengan baik tetapi juga bagi orang kebiasaan.Terdapat banyak cara untuk kita menggunakan akal yang dikurniakan. Selain itu,Islam juga bukan agama paksaan.Setiap orang ada hak untuk menganut agama ini.Hal ini dapat dibuktikan kerana orang bukan Islam yang ingin menganut agama ini tidak dipaksa tetapi atas kerelaan sendiri.Begitu indahnya Islam ini.Orang Islam ini perlu berdakwah sesame Islam mahupun bukan Islam tetapi dakwak bukan secara kekerasan tetapi secara lembut.Setelah seseorang itu sudah memeluk agama Islam,dia wajib melakukan segala yang diperintahkan.Dia perlu bertanggungjawab sebagai seorang Islam.Dia akan berdosa besar jika dia hendak keluar dari Islam.Hal ini bermakna bahawa Islam mengalu-alukan saudara baru tetapi Islam mengharamkan penganutnya mempermainkan Islam. Tambahan lagi,Islam juga tidak membebankan umatnya.Dalam Islam,terdapat beberapa kemudahan yang disediakan antaranya ialah rukhsah solat.Ketika kita bermusafir,kita mempunyai pilihan untuk jamak atau qasar solat kita.Ini dapat memudahkan perjalanan kerana dapat memendekkan masa perjalanan.Selain itu,terdapat juga beberapa pengecualian dalam ibadat iaitu puasa,zakat dan haji.Bagi ibadat puasa,terdapat beberapa golongan yang dikecualikan seperti ibu yang mengandung,ibu yang menyusukan anak,orang yang bekerja seperti buruh dan lain-lain.Bagi ibadat zakat,jurang antara golongan kaya dan golongan miskin dapat disamaratakan.Golongan kaya wajib mengeluarkan zakat sementara golongan yang layak menerima zakat seperti amil,fakir,miskin dan lain-lain.Dengan itu,semua umat Islam adalah sama rata.Setiap dari merekaada tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Islam juga tidak menghalalkan kekerasan seperti perang.Dalam Islam,setiap masalah boleh ditangani dengan musyawarah iaitu berbincang.Kita perlu menimbang setipa perkara itu dengan waras akal bertunjangkan Islam.Kita dapat lihat system musyawarah ini dipraktikkan oleh khalifah-khalifah Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam.Kaedah ini dapat mengelakkan daripada pertelingkahan berlaku.Amalan ini masih lagi diamalkan sehingga kini.Kita juga dapat lihat system musyawarah ini diasimilasikan di dalam system pentadbiran sesetengah negara di dunia. Terdapat dua prinsip utama dalam Islam iaitu Rukun Iman dan Rukun Islam.Terdapat 6 rukun iman manakala terdapat 5 rukun Islam.Rukun Iman ialah percaya kepada Allah SWT,percaya kepada kitab-kitab,percaya kepada malaikat-malaikat,percaya kepada alam ghaib,percaya kepada qada dan qadar.Rukan Isalam pula terdiri daripada mengucap dua kalimah syahadah,solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramdhan,membayar zakat dan menunaikan haji. Rukun Iman dan Rukun Islam

Anda mungkin juga menyukai