Anda di halaman 1dari 15

Hak Hidup:

Merupakan hak asasi paling utama bagi manusia. Merupakan kurniaan daripada Allahh s.w.t kepada setiap manusia.

Perlindungan hukum islam terhadap hak hidup


manusia dapat dilihat daripada ketentuan-

ketentuan syariah yang melindungi dan


menjunjung tinggi darah, nyawa.

Ini dapat dilihat melalui larangan membunuh qishash dan larangan membunuh diri. Membunuh merupakan salah satu daripada dosa besar yang diancam dengan balasan api neraka.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Nisa


ayat 93 yang membawa erti berikut :-

Dan barang siapa membunuh seorang


muslim dengan sengaja maka balasanya adalah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah s.w.t murka keatasnya dan melaknatnya serta menyertakan azab yang berat keatasnya.

Hak Kebebasan

Kebebasan Beragama

Kebebasan Memberi Pendapat

Hak Kebeasan Beragama:


Kebebasan dan kemerdekaan merupakan salah satu elemnen dalam Hak Asasi Manusia, ini termasuklah hak kebebasan untuk memeluk

agama sesuai dengan keyakinanya.


Islam turut melarang secara keras mengenai adanya pemaksaan terhadap keyakinan orang lain

mengenai agama yang telah dianutinya. Hal ini


telah dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 256: Tidak ada paksaan untuk (memeluk) agama

islam, sesungguhnya telah jelas mengenai jalan


yang benar dan sebaliknya

Kemerdekaan untuk beragama telah wujud


dalam pelbagai cara. Antaranya tiada paksaan untuk memeluk sesuatu agama atau kepercayaan tertentu atau meninggalkan agama yang telah diyakininya. Selain itu, islam memberikan

kekuasaan kepada orang-orang bukan islam (ahli


agama) untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan agama islam.

Islam turut menjaga kehormatan dan status


ahli kitab, bahkan mereka juga turut diberi

kebebasan untuk mengadakan perdebatan


dan bertukar pemikiran serta pendapat dan

mengelakkan kekerasan dan paksaan.

Hak Kebebasan Memberi Pendapat:


Setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat namun tidak melebihi batas-batas hukum dan norma-norma yang lainnya.

Ertinya, tidak seorang pun dibolehkan untuk


menyebarkan fitnah dan berita-berita yang

mengganggu tatatertib umum dan mencemarkan nama


baik orang lain.

Malahan, sewaktu mengemukakan pendapat haruslah melontarkan idea yang dapat memberikan kebaikan dan menggelakkan

kemungkaran.
Sejak dari dahulu lagi, islam telah mengamalkan

prinsip kebebasan memberikan pendapat.

Pada zaman nabi, telah menjadi satu kelaziman para

sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai


beberapa masalah berkaitan dengan perintah Allah s.w.t yang telah diwahyukan kepadanya.

Kebebasan memberikan pendapat juga dijamin


oleh Lembaga Syura, lembaga musyawarah dengan rakyat, yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah Asy-Syura ayat 38 yang diertikan :Dan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah di

antara mereka.

Prinsip musyawarah ini sangat penting dalam


islam, kerana menurut Al-Quran setiap orang

diperintahkan untuk mengadakan usyawarah


dalam menyelesaikan pelbagai urusan dunia

yang dihadapinya.

Hak Persamaan Taraf:


Islam adalah agama yang tidak memandang perbezaan darjat hanya berdasarkan warna kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya.

Pembahagian manusia berdasarkan bangsa,


warna bertujuan untuk menjadikan kita untuk

saling berkenalan antara satu sama lain.

Al Quran telah menjelaskan definisi persamaan taraf

antara manusia di dalam Surah Al-Hujarat ayat 13 yang


membawa erti : Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa, bersuku-suku agar kamu saling mengenal.

Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah


mereka yang paling bertakwa .

Pembahagian manusia mengikut bangsa dan warna kulit bukanlah

untuk menjadikan bangsa terbabit berbangga dengan bangsanya.


Secara dasarnya, keunggulan seseorang manusia adalah berdasarkan ketakwaanya dan keimanan kepada Allah s.w.t. Hal ini

telah dijelaskan oleh Rasullah s.a.w dalam sabdanya:


Orang Arab tidak memiliki kelebihan terhadap orang bukan Arab, juga orang bukan arab tidak memiliki kelebihan terhadap orang kulit

hitam . atau orang kulit hitam tidak memiliki kelebihan terhadap


orang kulit putih. Kamu merupakan anak-anak Adam dan Adam diciptakan dari tanah.

Mahupun terdapat persamaan dalam islam ianya adalah mengcakupi persamaan kedudukan seseorang itu di hadapan hukum. Islam telah memberikan kepada

umatnya hak yang sama berkaitan hukum. Ertinya


adalah setiap orang mempunyai kewajipan dan hak-hak yang sama di hadapan Allah s.w.t. Oleh sebab demikian, setiap orang haruslah diperakukan dan diberikan mandat yang sama dalan menjalankan

ketentuan hukum.

Anda mungkin juga menyukai