Anda di halaman 1dari 6

Nama : Nuraihan Bt Mohd Jalaludin Kelompok : D3 NIM : 102008309 Tugas Mandiri 2 Masalah kemanusiaan sering berkait dengan kehidupan

manusia seharian.Antara contoh masalah kemanusiaan yang kian jelas dewasa ini ialah kemiskinan,hak asasi manusia,korupsi dan sebagainya. Masalah yang disebutkan tadi merupakan asam garam dalam kehidupan kita.Tetapi masalah kemanusiaan yang amat jelas pada zaman millennium ini ialah pencabulan hak asasi manusia.Kejadian ini sedang berlaku di seluruh dunia.Malahan,ada segelintir saudara kita di Iraq dan Palestin dan di Georgia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan mereka.Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat ,Russia dan China amat ditakuti oleh negara-negara kecil kerana mereka ini mempunyai kuasa veto selain mempunyai kekeuatan tentera yang ramai. Negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia dan Indonesia tidak mempunyai kecanggihan teknologi dan pengaruh yang besar di peringkat antarabangsa.Oleh itu,kuasa-kuasa besar seperti yang disebutkan mengambil kesempatan ke atas mereka untuk menjajah mereka dengan kaedah yang baru.Mereka dengan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan golongan tersebut demi kepentingan mereka.Hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan Israel untuk menakluk Palestin.Seperti yang kita maklum,kawasan asia barat seperti Arab Saudi,Oman dan Sudan mempunyai hasil

bumi yang digilai oleh Amerika iaitu minyak.Dengan menakluk Palestin,mereka dapat mengawal pengeluaran minyak kerana ia merupakan laluan untuk mengeksport minyak. Apa yang diperlakukan kepada rakyat Negara yang ditakluki tidak perlu diperjelas lagi kerana seluruh penduduk dunia sudah sedia maklum tentang perkara tersebut.Berita mengenai perlakuan tentera-tentera Amerika sudah tersebar di media cetak mahupun media massa.Kita dengan mudahnya mendapat berita mengenai kekejaman mereka.Walaupun kita tidak bersetuju dengan perbuatan mereka,kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana Negara kecil tidak ada kuasa untuk menentang mereka.Jikalau kita menentang juga,mereka akan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengugut kita seperti yang dilakukan oleh George Soros kepada Malaysia.Pada 1997,Malaysia telah dilanda badai apabila berlaku kegawatan ekonomi.Keadaan ekonomi yang tidak stabil disebabkan niat jahat George Soros yang membeli wang Ringgit Malaysia dengan banyak.Selepas itu,dia menjual kembali wang tersebut ke pasaran Malaysia menyebabkan Ringgit Malaysia tidak ada nilainya.Nilai Ringgit Malaysia menjunam nilainya kerana kecairan aliran wang .Inflasi juga berlaku. Tindakan seterusnya ialah Bank Dunia menawarkan untuk meminjam wang dari mereka melihat kejatuhan ekonomi negara itu.Di sebalik tawaran mereka itu,terdapat niat jahat yang menginginkan untuk menakluk Negara tersebut.Hal ini kerana,pinjaman dari Bank Dunia ada syarat-syarat yang harus dipersetujui oleh sesebuah negara itu.Dengan itu,dia dapat mengawal Negara itu.Sekarang ini,kita harus berhati-hati kerana kuasa-kuasa besar dunia ingin menakluk melalui penjajahan bentuk baru iaiti dari segi pemikiran.Mereka

selalu memeperkenalkan budaya-budaya yang kurang sesuai dengan budaya timur.Kita patut sedar akan reality sebenar ini. Kekejaman yang dilakukan oleh Amerika terhadap rakyat Iraq dan Plaestin ini jauh menyimpang dari idea hak-hak asasi manusia yang mereka sendiri ilhamkan.Mereka hanya menggunakan ideology tersebut sebagai tiket untuk membuatkan Negara-negara lain sujud di kakinya.Contoh yang paling senang ialah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diasaskan oleh Barat. Apabila seluruh dunia meminta bantuan PBB untuk menolong saudara-saudara kita yang sedang menderita akibat penyalahgunaan kuasa,mereka hanya member janji kosong yang tidak akan ditepati.Ini kerana badan dunia tersebut dianggotai oleh Amerika Syarikat.Kebanyakan anggota majlis tertinggi PBB ialah dari Amerika Syarikat.Sudah tentulah mereka hanya akan duduk diam sahaja apabila seluruh dunia meminta PBB sebagai pendamai antara negara yang berkonflik. Tujuan utama Gabungan tentera yang diketuai oleh Amerika, England dan Israel adalah untuk menguasai minyak di Timur Tengah dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menghancurkan umat Islam yang sedang lemah akibat perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Iraq merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbanyak dunia selepas Arab Saudi manakala Iran pula ketiga. Sebab itu tidaklah hairan jika Iran akan menjadi mangsa yang seterusnya. Tambahan pula Iran tidak menjual setitik minyaknya kepada Amerika. Sebahagian besar minyak Iran dieksport ke China, pesaing nombor satu ekonomi Amerika, yang membuatkan polis dunia ini melenting. Bumi Hijjaz (Arab Saudi) juga berada dalam keadaan genting di mana musuh-musuh Islam yang terdiri

dari gabungan tentera Amerika dan Eropah berserta dengan Zionis Israel semakin menghampiri dan mengepung secara sistematik. Apabila Amerika menceroboh Iraq, rakyat tempatan (yang kebanyakannya dari puak Syiah dan Kurdis) telah direkrut untuk menjadi askar-askar dan polis-polis boneka ciptaan Amerika. Mereka bersekongkol dengan penjajah bersama-sama membunuh orang-orang Islam semata-mata untuk mendapat ganjaran yang sedikit. (Askar dan polis biasa dibayar gaji sebanyak USD 150 sebulan; dan wang gaji ini pula dibiayai oleh hasil minyak dan khazanah Iraq yang dicuri tentera-tentera itu). Walaupun pembelot-pembelot itu berasa selamat berada di bawah Amerika, mereka kehilangan banyak nyawa di tangan pejuang Iraq. Apabila Amerika dan sekutunya melancarkan serangan ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Iraq, askar-askar boneka akan diletakkan di barisan hadapan, sedang tentera di belakang mereka. Sekiranya penduduk kampung/bandar berjaya di dalam peperangan, maka ramai askar-askar boneka yang melayang nyawa. Tidak kurang juga askar yang terbunuh. Tetapi jika sebaliknya berlaku (apabila Tentera dan tentera boneka berjaya menawan sesuatu bandar/kampung, maka kesemua binatang ini akan menambil kesempatan melakukan kekejaman ke atas orang awam dengan menyeksa mereka sewenang-wenangnya, mencuri harta benda, merogol wanita dan gadis, Serta berbagai kekejaman lagi). Seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di dada akhbar dan laman web. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang

penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA. Semua yang berlaku ini di luar jangkauan manusia.Manusia sudah berubah menjadi haiwan yang memakan anak sendiri.Kuasa-kuasa besar dunia menyalahgunakan uasa yang ada untu kepentingan sendiri.Mungkin apa yang kita lakukan untuk menentang kekejaman ini terlalu sedikit tetapi ini tidak bermaksud kita harus diam dan bersetuju atas semua tindakan meraka. Apa yang kita boleh lakukan ialah memberikan bantuan dalam apa jua bentuk iaitu tenaga dan juga wang.Kita perlu menentang semua ini tetapi dalam cara yang baik.Kita perlu menyedarkan generasi muda bahawa kedamaian amat penting dalam hidup kita.Kita harus semaikan kepada anak cucu kita supaya mereka sedar dan tidak melakukan perkara yang sama.Selain itu,jika kita seorang profesinal seperti doctor,kita janganlah takut untuk berkhidmat di Negara yang berkonflik kerana mereka amat memerlukan khidmat kita.Kita boleh juga menyumbang wang ke tabung yang berkaitan untuk meringankan beban mereka.Saya berharap semua yang berlaku tidak akan berterusan kerana ini tidak sepatutunya berlaku kerana kita semua manusia yang bertamadun.

Anda mungkin juga menyukai