Anda di halaman 1dari 6

Nama : Nuraihan Bt Mohd Jalaludin Kelompok : D3 NIM : 102008309 Tugas Mandiri 4 Cara hidup masyarakat Islam di Malaysia amat

berbeza dengan ummat di tempat lain.Saya katakan sedemikian atas beberapa sebab iaitu dari segi pergaulan,social,ekonomi dan sebagainya.Ini mungkin disebabkan Malaysia merupakan negara Islam yang menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan.Perlembagaan Malaysia juga berlandaskan agama Islam.Oleh itu,pengaruh Islam juga amat kuat terhadap masyarakat Islam di Malaysia.Mazhab Shafie merupakan mazhab yang diamalkan di kawasan nusantara ini.Terdapat empat mazhab di dalam agama Islam yang mempunyai sedikit perbezaan di antara satu dengan yang lain.Meskipun begitu,yang jelasnya agama Islam tetap menjadi keutamaan ummat Islam. Perkara itu terlihat dari idea-idea dan konsep yang dikemukakan oleh para pemimpin Malaysia seperti Mahathir Mohammad dengan gagasan Islam Peradabannya yang ingin membangun Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang responsif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi dengan pelbagai projek mercusuar. Gagasan Mahathir tentang Islam Peradaban kemudiannya diteruskan oleh Perdana Menteri sekarang, Abdullah Ahmad Badawi, yang mengemukakan gagasan tentang Islam Hadhari yang juga mengembangkan sifat moderat dan responsif terhadap dunia moden. Islam Hadhari dimaksudkan sebagai Islam yang menjadikan kemajuan dan ilmu pengetahuan

sebagai model bagi masyarakat Muslim moden, Islam Hadhari amat bertentangan dengan Islam radikal yang menggunakan cara-cara kasar dan keganasan dalam meujudkan tujuannya. Islam Hadhari adalah Islam yang penuh dimensi peradaban dan toleransi sepertimana peradaban Islam masa silam.

Di Malaysia,selain daripada solat lima waktu,puasa pada bulan Ramadhan dan taat kepada ibu bapa,terdapat beberapa cara hidup masyarakat Islam di Malaysia iaitu bertudung.Menutup aurat dalam Islam adalah wajib dan konsep ini telah diserapkan di dalam sekolah-sekolah di Malaysia.Setiap pelajar diwajibkan memakai tudung dan memakai uniform baju kurung.Meskipun ada sesetengah muslimah yang tidak memakai tudung,mereka masih menghormati majlis agama dengan mengenekan tudung.Sebagai contoh,isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Jane dilihat memakai selendang dalam acaraacara rasmi agama Islam seperti Tilawah Al-Quran.Selain itu,kita akan jarang melihat wanita Islam yang tidak memakai tudung kerana kebanyakan masyarakat Islam sudah menjadikan tudung sebagai satu kemestian apabila keluar dari rumah atau berjumpa dengan orang bukan muhrim.Tambahan lagi,pelajar-pelajar aliran agama di Malaysia mengenakan tudung yang lebih besar dan labuh.Itu sudah menjadi normal di Malaysia.Amnya,saya boleh katakan bahawa 80% wanita Islam di Malaysia memakai tudung. Tambahan lagi,Islam ialah pusat dan domain di dalam adat dan budaya Melayu.Terdapat banyak perkataan Melayu yang berasal dari perkataan Arab. Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau

pemangku adat setempat. Lumbung di sini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik yang bergerak maupun yang diam yang ditujukan untuk mengangkat harkat dan martabat hidup pribumi setempat. musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak dan karakter yang berbeda antara daerah yang satu dengan yang lainnya. Disini dapat dilihat bahwa suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. maka, tidak mengherankan bahwa suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya baik pada tatanan nilai maupun pada tatanan norma yang bersumber kepada hukum adat setempat. Sistem musyawarah ini lambat laun hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang diberlakukan oleh kaum penjajah. Hancurnya sistem tanah adat berakibat kepada hilangnya musyawarah dalam kehidupan masyarakat melayu. Hal ini diperparah dengan dipecah belahnya suku melayu yang berada diwilayah kalimantan utara dengan kalimantan selatan dengan pendirian federasi malaysia yang dibentuk atas bantuan militer inggris. Islam merupakan elemen yang penting dalam identiti masyarakat Melayu. Perkataan Melayu dan Islam seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam konteks pendefinisian jatidiri Melayu itu sendiri. Perkembangan politik dan sosial masyarakat Melayu pasca-kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak dapat tidak, berkait dengan perkembangan Islam itu juga.

Agama ini telah menjadi sumber penyatu bangsa Melayu, pencetus revolusi minda dan juga pembinaan serta pematangan tamadun kecendekiaan Melayu.

Mengambil kira masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia, tentulah gabungan nilai-nilai yang dapat diterima semua menjadi pilihan yang ideal bagi digunakan untuk membentuk masyarakatnya. Oleh kerana orang Islam menjadi majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan sudah tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya walaupun pada hakikatnya nilai tersebut merupakan nilai sejagat yang wujud dalam semua ajaran agama lain. Islam memerintahkan pemerintah yang adil supaya memelihara keselamatan dan kesejahteraan orang-orang bukan Islam selagi mereka itu tidak memerangi atau memusuhi umat Islam. Inilah nilai agama Islam yang dipegang oleh kepimpinan kita pada hari ini. Pengenalan kepada system ekonomi alternative yang compatible dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip-prinsip dan amalan nilai Islam yang sebanar, diterapkan dalam pentadbiran. Pembenterasan rasuah, membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat yang berintegriti, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan merepakan contoh-contoh nilai Islam yang dipraktikan. Tidak hairanlah, apabila diterapkan nilai-nilai Islam di dalam masyarakat di Malaysia pada awal tahun 80 an sehingga kini tiada penentangan atua bantahan dari mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Semua lapisan masyarakat

menerimanya dengan keterbukaan hati dan minta. Bagi rakyat Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin didalam perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi, dalam ertikata lain yang harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Rakyat Malaysia percaya bahawa kita tidak mampu hidup dalam sebuah Negara yang berpegang kepada nilai yang berbeza jauh daripada pegangan majoriti rakyatnya lantas menerima nilai-nilai yang diperkenalkan.

Meskipun bukan Islam merupakan minoriti dalam masyarakat Malaysia pada hari ini tidak semestinya nilai agama mereka tidak mempengaruhi bentuk masyarakat yang ada di Malaysia. Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara memberikan mereka kebebasan untuk mengamalkan nilai yang diajarkan agama masing-masing. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Keharmonian ini seharusnya dipelihara, dipupuk sepanjang masa dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sebagai sebuah Negara yang komposisi masyarakatnya berbilang kaum agama dan budaya, Malaysia mempunyai rekod yang cemerlang dalam hal ini. Masyarakat Islam di Malaysia mempraktikkan nilai-nilai agama yang sangat utuh.Mereka benar-benar menghayati nilai-nilai Islam itu.Perkara ini harus dicontohi oleh ummat Islam

yang lain agar syiar Islam dapat dipelihara.Islam bukanlah setakat agama malah ia suatu cara hidup yang praktikal dan tidak membebankan ummatnya.Kita hendaklah mengamalkan nilai tersebut dalam urusan seharian seperti jual beli,pakaian dan pergaulan.

Anda mungkin juga menyukai