Anda di halaman 1dari 8

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL

AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

ACARA BALAPAN: LARI BERPAGAR

1. Sejarah

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada 1900, dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110m dan 400m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80m. Selepas itu 100m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti d engan acara 400m pada tahun 1971. Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi halangan (pagar) dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara.

Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar dan masa untuk melepasi pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergera kan ini disebut sebagai ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar. Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu. Masalah utama yang
1

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar, kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan be lakang dan rasa takut pada halangan (pagar).

Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini, segala kelemahan hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh dip erkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal. Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang, mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100m (wanita), 110m (lelaki) dan 400m (lelaki dan wanita). Namun begitu acara 55m, 70m, 75m dan 80m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

2. Spesifikasi Peralatan dan Kategori Lari Berpagar

a. Peralatan utama: pagar. b. Jumlah pagar: 10 set bagi semua kategori. c. Menggunakan blok mula semasa permulaan larian. d. Peralatan lain: spike dan pakaian sukan yang bersesuaian . e. Dalam lari berpagar, jarak standard larian adalah seperti berikut:
2

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

Lelaki dan remaja lelaki


Jarak dari mula ke set pagar Jarak antara set pagar Jarak dari set pagar akhir ke garisan penamat

Jarak larian

110m 400m

13.72m 45m

9.14m 35m

14.02m 40m

Wanita dan remaja perempuan


Jarak dari mula ke set pagar Jarak antara set pagar Jarak dari set pagar akhir ke garisan penamat

Jarak larian

100m 400m

13m 45m

8.5m 35m

10.5m 40m

Spesifikasi Ketinggian Kategori Lari Berpagar


Acara Lelaki Remaja lelaki Wanita Remaja perempuan

110m/100m 400m

1.067m 0.914m

0.914m 0.84m

0.84m 0.762m

0.762 0.762m

3. Kemahiran

a. Fasa penujuan ke pagar pertama: i. ii. Secara am, 8 langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama Kedudukan kaki (depanbelakang) diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertama adalah tepat. iii. Panjang langkah mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat

b. Lonjakan: i. Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

ii.

Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi

iii.

Bila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.

iv. v.

Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerak kan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari -jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

c. Melepasi pagar: i. ii. iii. iv. Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. v. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. vi. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). vii. Keterangan: Pergerakan kaki hadapan:  Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibeng kokkan.  Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu ditendang ke hadapan.  Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin Pergerakan kaki belakang:  Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondong ke hadapan.

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

 Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi

Pergerakan tangan:  Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melang kah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang.  Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang.

d. Pulihan: i. ii. iii. Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu. Condong badan dikekalkan Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

e. Berlari di antara pagar: i. ii. Bilangan langkah hendaklah sama. Berlari lurus dan mata mestilah melihat dihadapan. pagar yang berada

f. Mengakhiri larian: i. Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sarna dengan gaya yang diarnalkan untuk lari pecut jarak dekat.

4. Fasa

a. Fasa Permulaan i. Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.
5

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

ii.

Letakkan

kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk

mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja. iii. iv. Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

b. Fasa Lonjakan *Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu: i. ii. iii. iv. Ketinggian atlet Kelajuan larian Jarak jangkauan kaki hadapan Kelajuan langkah kaki hadapan

* Gaya lonjakan kaki yang baik i. ii. iii. iv. v. Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki Kaki hadapan diangkat tinggi Kepala tegak memandang ke hadapan Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

c. Fasa Layangan i. Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas. ii. iii. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar. Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah -olah melayang ke udara.

d. Fasa Mendarat

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

i. ii.

Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar. Mendarat dengan hujung kaki hadapan ( lead leg ).

e. Fasa Penamat i. Lari pecut ke garisan penamat.

5. Ansur maju latihan lari berpagar

a. Latihan 1 i. Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. ii. Melangkah batang rotan.

b. Latihan 2 i. ii. Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan Melangkah batang rotan yang ditinggikan

c. Tujuan latihan 1 dan 2 ialah; i. ii. iii. Untuk membantu setiap peserta membina ritma Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan. Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut,

Lompatsatuduatigalompat

d. Latihan 3 i. Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki b elakang melepasi halangan. ii. iii. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat denga n punggung peserta.
7

WAJ 3112 OLAHRAGA NURDEN HJ KIPRAWI, NOREHAN BT IBRAHIM, JOSEPHINE JELI & LYDIA EL FIRA PISMP PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 & PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009

iv.

Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

v.

Latihan menggerakkan kaki belakang

e. Latihan 4 i. ii. iii. Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun Susun batang rotan dan lompat melepasinya Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar. f. Latihan 5 i. Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat. ii. Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar pagar.

Anda mungkin juga menyukai