Anda di halaman 1dari 4

KONSERT NYANYIAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM

(Bilangan 122 Bahagian Pertama)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu


`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari hiburan. Ada antara
mereka yang mencari hiburan itu dengan melancung, makan angin, bersiar-siar,
bersukan, memancing ikan, menari, mendengar nyanyian dan sebagainya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti
bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, makan minum,
pakai dan lain-lain. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan
dan hiburan bagi manusia. Hal ini telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan


yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan"

(Surah Al-An‘am: 32)

Jauhi Perkara Syubhah

Islam menggariskan ketetapan mengenai perkara halal dan haram dengan jelas
dan terang melalui Al-Qur‘an, hadith, ijma‘ dan qiyas. Para ulama juga telah
meletakkan kaedah-kaedah umum mengenai halal haram apa yang disebut
sebagai qawaid fiqhhiyyah.

Jika kedudukan suatu perkara itu telah jelas, tidak ada kesamaran, hatta dalam
kesamarannya pun (syubhah) maka kewajipan kita ialah mengikut dan taat
menurut perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda
Baginda:
Maksudnya: "Daripada Abu Abdullah bin An-Nu‘man bin Basyir Radhiallahu
‘anhuma, katanya: "Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (juga) jelas dan
di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (belum diketahui
halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang
memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang syubhah itu, samalah
seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya (daripada
kata nista orang lain). Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan
tergelincir ke dalam perkara haram pula, laksana seorang pengembala yang
sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya lalai, lalu memasuki
tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja itu, ada tempat larangannya dan
tempat larangan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan
ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik,
baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia
itulah hati".

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas adalah selamat bagi setiap orang Islam menurut
petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam supaya menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang samar-samar atau syubhah agar tidak terjebak
kepada haram.

Begitulah juga apabila bercakap mengenai perkara halal atau haram hendaklah
merujukkan perkara tersebut kepada orang yang ahli mengenainya. Ditakuti
perkara yang halal disangkakan haram dan begitulah sebaliknya. Jika perkara
sedemikian berlaku dikhuatiri akan menjejaskan aqidahnya. Yang paling
mendukacitakan dan merasa kesal jika perkara haram itu dipromosikan maka
jadilah perkara haram (mungkar) itu suatu yang dibanggakan dan perkara yang
halal (ma‘ruf) dipandang mungkar. Inilah peringatan sebagaimana yang disebut
oleh kitab Mau‘izah Al-Mukminin min Ihya Ulum Al-din:

Maksudnya: "Cubalah anda perhatikan (lihat) bagaimana yang mungkar itu


menjadi perkara ma‘ruf dan yang ma‘ruf itu pula menjadi mungkar".

Maka dalam ruangan irsyad hukum kali ini akan menjelaskan mengenai konsert
nyanyian dari sudut Islam, sama ada ia perkara halal atau sebaliknya yang
banyak dipetik dari Fatwa Mufti Kerajaan mengenai Islam dan Muzik.

Sejarah Konsert
Konsert ialah satu persembahan muzik di hadapan penonton. Istilah ini pada
kebiasaannya dikhaskan untuk persembahan yang dipertunjukkan oleh suatu
kumpulan ahli muzik. Manakala persembahan yang dilakukan oleh seorang
atau lebih pemuzik biasanya dipanggil retical. Perkataan konsert pada asalnya
bermakna gabungan ahli persembahan suatu kensert viol bukan persembahan
itu sendiri dan istilah itu tidak mempunyai makna seperti sekarang sehingga
abad ke 17. (Ensiklopedia Malaysiana Jilid 7/215)

Menurut Ensiklopedia Malaysiana, sebelum abad ke 17, muzik hanya


diperdengarkan di gereja, di dewan persendirian orang bangsawan atau di
perjumpaan akademi yang tertutup atau kumpulan lain. Walau bagaimanapun
dengan perkembangan opera pada abad ke 17 seni muzik buat pertama kalinya
menjadi satu institusi orang ramai. Konsert orang ramai yang terawal pernah
direkodkan dan mengenakan bayaran masuk adalah konsert yang diadakan di
London oleh pemain biola John Bawister pada tahun 1672. Pada abad ke 18
pula konsert orang ramai mula terbentuk kukuh di seluruh Eropah dan Amerika.
(Ensiklopedia Malaysiana Jilid 7/215)

Berdasarkan penjelasan di atas konsert adalah suatu persembahan oleh ahli


gabungan muzik. Muzik pula ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk
dan irama. Muzik tidak boleh lari daripada alat-alatnya kerana daripada alat-
alat inilah timbul alunan bunyi dan irama, sama ada ia berbentuk:

(1) Dipukul atau dipalu seperti gendang atau rebana.

(2) Ditiup seperti seruling, serunai atau trompet.

(3) Dipetik seperti kecapi, gambus, gitar atau biola.

Apabila disebut alat-alat muzik terbayang kepada kita tentang alat-alat hiburan
yang dibuat oleh manusia untuk menghasilkan alunan bunyi-bunyian. Alat-alat
muzik itu pada kebiasaannya dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu, sama ada
untuk majlis-majlis keagamaan ataupun semata-mata hiburan.

Dalam masyarakat moden sekarang ini, pelbagai irama muzik yang dimainkan
sama ada melalui radio, televisyen ataupun mengadakan konsert secara
langsung. Persoalan yang hendak dihuraikan ialah adakah bermain muzik itu
harus atau bertentangan dengan hukum syara‘?

Hukum Muzik
Kedudukan hukum muzik itu akan tergantung kepada apa jenis alat yang
digunakan kerana ada di antara alat muzik itu yang diharamkan oleh syara‘ dan
ada pula tidak. Jadinya kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk
kepada perkara-perkara berikut:

(1) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syara‘, maka kedudukan
muzik itu adalah haram.

(2) Menggunakan alat muzik yang diharuskan oleh syara‘, maka kedudukannya
adalah harus.

(3) Bermain atau menggunakan alat muzik yang harus, tetapi dicampur dengan
perkara-perkara yang haram, maka hukumnya adalah haram.

Bersambung

Anda mungkin juga menyukai