Anda di halaman 1dari 1

JAM TANGAN ASLI

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, pekerja di kedai jam itu bertanya tentang harga jam tangan pelanggannya itu. seribu ringgit, jawab lelaki itu dengan bangga. awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Dimana awak beli?. Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, disinilah!.

PENCURI AYAM
Selepas berjaya mencuri 5 ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam. saya hendah menjual ayam-ayam ini, katanya. Dari mana kamu dapat? Tanya pembeli ayam itu. saya mencurinya, Jawab pencuri itu. Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah disisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?. saya tahu, jawab si pencuri. sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini.

Anda mungkin juga menyukai