Anda di halaman 1dari 1

DOA ANAK YANG TERMAKBUL

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa.Ya, tuhanku,


selamatkanlah mak, ayah, nenek. Selamat tinggal, datuk. Si ayah kurang pasti
akan maksud doa tersebut, terapi keesokan harinya si datuk ditemui mati
kerana sakit jantung.
Pada suatu malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. Ya, tuhanku,
selamatkanlah mak dan ayah. Selamat tinggal nenek. Si ayah terasa amat
risau.keesokan paginya,si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.
Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. Ya, tuhanku,
selamtkanlah mak. Selamat tinggal, ayah. Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia
berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi sudah pergi bertemu dengan doktor
untuk memastikan dia sihat.
Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. Bang, abang pergi
mana, kalau abang ada pagi tadi boleh juga tolong-tolong,kecoh pagi tadi tau!. Si
ayah yang hairan bertanya, apa yang terjadi pagi tadi?. Isterinya (dengan muka
sedih) menjawab tukang kebun kita, pak Mat mati sakit jantung tadi.... si
ayah..???@!%^#$^)(*&

Anda mungkin juga menyukai