Anda di halaman 1dari 3

Perbezaan antara KBSR Fasa 1, 2 dan KSSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983)

hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011)

Perubahan kurikulum Matematik berlaku selepas semakan dibuat pada tahun 2000.

Perubahan kurikulum Matematik( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) sebelum dan selepas semakan 2000.

Kurikulum Matematik sebelum semakan 2000.


Matlamat kurikulum bertujuan membina kefahaman dan kemahiran asas matematik dalam kalangan murid. Dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah. Pemahaman konsep dan kemahiran matematik oleh murid perlu disusuli dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Murid perlu dilatih menggunakan konsep dan kemahiran yang diperoleh daripada pengalaman harian dipelajari daripada mata pelajaran lain. Nilai-nilai murni perlu diterapkan secara bersahaja di mana mungkin.

Kurikulum Matematik selepas semakan 2000.


Matlamat kurikulum masih kekal seperti dulu namun ditambah elemen yang baru. Mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan. Membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif

Penyelesaian masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik.

Perbezaan kandungan Matematik Tahun 1 antara KBSR dan KSSR Bidang pembelajaran
Nombor dan Operasi

Tajuk tajuk
Nombor Bulat Hingga 10 Tambah dan Tolak Pecahan Wang Hingga RM10

KBSR

KSSR

Sukatan dan Geometri

Masa dan Waktu Panjang Timbangan Isipadu Cecair Ruang

Perbezaan antara KBSR selepas semakan (2000) dan KSSR (2011)


KBSR Bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan keduadua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.
KSSR

Matlamat

Bertujuan untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

KBSR Menguasai kemahiran asas seperti menulis angka, membilang dan menyatakan nilai tempat. Menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Menyatakan waktu dan menentukan tempoh masa serta nilai wang. Mengenal dan menamakan bentuk dan pepejal geometri serta ciri-cirinya. Menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan, sukatan, timbangan, wang, jarak, ruang dan masa. Merekod dan membaca sekumpulan data dalam bentuk jadual dan graf yang mudah.

KSSR

OBJEKTIF

Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

Anda mungkin juga menyukai