Anda di halaman 1dari 4

Forum 2: Kurikulum di Malaysia sudah berubah kepada KSSR.

Bincangkan permasalahan dalam pelaksanaan dan bagaimana menjadikan kurikulum ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. CABARAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diperkenalkan dengan tujuan untuk menyusunan semula dan menambahbaik kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Walau bagaimanapun terdapat beberapa cabaran dan permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tersebut. Cabaran - cabaran yang dihadapi dapat dikelaskan kepada beberapa aspek seperti di bawah: a. b. c. d. e. Pengurusan Guru Murid Bahan Bantu Belajar Penggunaan ICT

Bagi KSSR secara berkesan, pihak pengurusan adalah pihak pertama yang perlu melengkapkan diri mereka dengan kefahaman yang jelas mengenai KSSR secara keseluruhannya, bermula dengan pentadbiran hinggalah kepada pelaksanaan KSSR. Namun realitinya kebanyakkan pihak pengurusan sekolah masih lagi tidak jelas dengan KSSR dan keadaan ini telah menyebabkan mereka tidak dapat mentadbir dan memantau pelaksanaan KSSR di sekolah sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM. Selain itu, peranan guru dan murid juga menjadi salah satu cabaran dalam pelaksanaan KSSR di sekolah, di mana kebanyakkan guru masih lagi tidak dapat maklumat yang mencukupi untuk melaksanakan KSSR dengan berkesan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang

bermula daripada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru tidak mencukupi. Mankala bagi pihak murid pula, mereka masih lagi tidak bersedia dengan penggunaan bentuk modular, dimana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri lengkap (selfcontained) yang dinamakan sebagai modul. Penggunaan modul tersebut juga telah mengubah dimensi penggunaan bahan bantu belajar dikalangan murid, dimana mereka tidak lagi bergantung kepada penggunaan buku teks semata-mata, namun mereka perlu lebih banyak membuat penerokaan kendiri samada melalui penggunaan teknogi maklumat atau melalui telaahan pelbagai bahan rujukan yang berkaitan. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mengugat zon selesa murid yang dahulunya lebih bergantung kepada spoon feed daripada guru. Perubahan ini telah menyebabkan murid-murid berasa sedikti tertekan dan kekok. Kesimpulannya, tahap kesediaan daripada pelbagai pihak yang terlibat haruslah diambil kira sebelum sesuatu pembaharuan dilakukan. Namun pembaharuan tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan walaupun tiada kesediaan daripada pihak pelaksana tetapi ianya perlulah dilakukan dengan cara berperingkat dan tidak secara drastic, disamping setiap pihak yang terlibat diberi pendedahan dan input yang secukupnya.

Rujukan: http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311 &Itemid=477&lang=en&showall=1 http://www.scribd.com/doc/170203720/Cabaran-Yang-Dihadapi-Oleh-SekolahDalam-Melaksanakan-KSSR http://akmalena.blogspot.com/2012/08/pentaksiran-berasaskan-sekolah.html

CADANGAN MEMPERKASA KSSR Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Pelaksanaan KSSR di sekolah telah bermula pada tahun 2011 sehinggalah sekarang, namun dapatan daripada beberapa kajian menunjukkan KSSR tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dapatan penyelidikan Fazliza Che Amat, Zurida Ismail, Nooraida Yakob & Abdul Majeed Ahmad. (2012). Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dari aspek pedagogi, peruntukan masa dan kaedah pentaksiran.Selain itu, dapatan Salmiah Jaba (2011). Keperihatinan Guru Terhadap Transformasi Pendidikan KSSR: Perspektif Pendidik, mendapati bahawa Keprihatinan guru menurun pada tahap pengurusan kerana mereka masih mencari-cari lagi apakah kaedah yang baik untuk mereka lakukan perubahan tersebut. Oleh itu bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa aspek perlu diperhalusi dan disemak semula, dengan harapan KSSR akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antara aspek tersebut adalah seperti berikut: a. Kesediaan Guru b. Bahan Kurikulum c. Infostruktur dan Infrastruktur Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan KSSR. Maka, keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum (hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan KSSR mestilah sentiasa akur dan sejajar. Keperluaan untuk pengubahsuaian kaedah latihan adalah bertujuan untuk mengurangkan kecairan maklumat dan sekaligus memberikan guru input secukupnya untuk melaksanakan KSSR dengan lebih berkesan. Selain itu, penyediaan bahan kurikulum yang lebih mantap dan mesra pengguna akan dapat memberikan banyak kelebihan kepada guru dan juga murid. Bahan kurikulum yang digunakan sekarang adalah terdiri daripada dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Ketiga tiga bahan kurikulum ini adalah hasil daripada penambahbaikan daripada bahan kurikulum KBSR, namun masih

terdapat beberapa ruang yang masih boleh diperbaiki, antaranya ialah dari segi dokumen standard. Dokumen standard yang digunapakai sekarang adalah terbahagi kepad dua iaitu dokumen standard prestasi dan dokumen standard kandungan, jadi adalah lebih mudah bagi guru-guru jika dokumen tersebut digabungkan dalam satu bentuk sahaja. Manakala jika diteliti dari aspek infostruktur dan infrastruktur pula, masih banyak lagi yang perlu ditambahbaik. Antaranya adalah dari segi penyebaran fokus utama transformasi kurikulum yang dilakukan seperti hasrat, visi, misi dan prinsip. Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru tidak dapat menghayati transformasi yang dilakukan dengan baik dan sekaligus menyebabkan KSSR tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Keadaan ini juga turut terjadi apabila infrastruktur yang disediakan tidak dapat memenuhi keperluan dan hasrat KSSR. Kesimpulannya, masih banyak usaha dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam semua aspek bagi memastikan KSSR yang dilaksanakan di sekolah lebih berkesan dan sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran tinggi, kreatif dan inovatif.

Rujukan: http://www.scribd.com/doc/87831886/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311 &Itemid=477&lang=en http://www.scribd.com/doc/87831886/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan http://cikgusemasa.blogspot.com/2012/08/kurikulum-standard-sekolah-rendahkssr.html Salmiah Jaba, Ramlah Hamzah, Ab Rahim Bakar & Abdullah Mat Rasid (2011). Keprihatinan Guru Dalam Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Perubahan Dalam Penilaian Pendidikan. Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2011,Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai