Anda di halaman 1dari 3

Merujuk Kepada Life In The Malay Peninsula : As It Was And Is (Dokumen A).

. Sejauhmanakah Anda Berpendapat Bahawa Hugh Clifford Berprasangka Buruk Terhadap Orang Melayu & Masyarakat Melayu Tradisional Pada Abad Ke 19.

Kehendak soalan : Soalan menghendaki pelajar bagi menyatakan pendirian mengenai ucapan Hugh Clifford, sama ada Clifford berprasangka buruk atau tidak kepada orang melayu. Siapa Hugh Clifford? : Beliau merupakan seorang pegawai British yang telah dihantar ke Pahang pada tahun 1887 oleh bapa saudaranya, Sir Frederick Weld dan merupakan orang tengah di antara Kerajaan British & Kerajaan Pahang di bawah Sultan Ahmad untuk memeterai sebuah perjanjian. Dilantik menjadi Residen Pahang dari tahun 1889 hingga 1903. Masyarakat Melayu : Masyarakat yang tinggal di Kepulauan Melayu sejak abad ke-15. Berprasangka buruk : Membuat sesuatu keputusan @ pengadilan moral sebelum sesuatu perkara itu difahami dengan lebih mendalam. Abad ke-19 : Di antara tahun 1874 (bermulanya dasar campurtangan British) hingga 1900. Pendirian : 70% menyokong Clifford berprasangka buruk, 30% tidak menyokong.

Latar Belakang Dokumen Ucapan yang dilakukan oleh Hugh Clifford sewaktu beliau menjadi Residen di Pahang di bawah pemerintahan Sultan Ahmad pada 1889-1903. Ia ditulis berdasarkan pengalaman Clifford sewaktu menjadi Agen British dan Residen di dalam pentadbiran Pahang, dan penulisannya lebih terarah kepada latar belakang masyarakat Pahang pada abad ke-19 dari segi politik, ekonomi, sosial.

Hujah Menyokong Hugh Clifford berprasangka buruk 1. Mengkritik sistem feudal di tanah melayu (ms 227) Sistem feudal yang diamalkan di tanah melayu dianggap oleh Clifford sebagai ketinggalan zaman. Mengatakan taraf feudalisme orang melayu setaraf dengan taraf feudalisme di eropah pada kurun ke-13. Menganggap Raja mempunyai kuasa mutlak dari segi kuasa & ekonomi serta menindas kehidupan rakyat.

2. Mengkritik Undang-undang Hudud sebagai tidak bertamadun( ms 237 ) Beliau menganggap adat melayu merupakan campuran undang2 islam dan adat resam masyarakat melayu. Undang2 seperti ini dilihat tidak kukuh dan tidak adil, sepertimana seorang pencuri akan diptong tangannya jika disabitkan dengan kesalahan mencuri.

3. Menganggap orang melayu pemalas Beliau menganggap orang melayu sebagai orang yang pemalas kerana tidak bekerja di lombong, sedangkan pada hakikatnya, orang melayu sudah berasa selesa dengan kehidupan sebagai petani yang lebih mengutamakan bercucuk tanam kerana orang melayu mempunyai tanah sendiri yang boleh diusahakan.

4. Mengkritik sistem percukaian & agihan ekonomi di Tanah Melayu( ms 241 ) Cukai yang dikutip hanya dinikmati oleh golongan pemerintah sahaja. Sedangkan kebajikan rakyat turut diketepikan. Sistem jual beli barang juga tidak mempunyai sistem yang betul-betul selaras & seragam kerana barang2 dijual dengan harga yang berbeza-beza bagi setiap individu. Walaupun sistem jual beli pada zaman British mempunyai kemajuan dan penyelarasan yang seragam, kita juga tidak boleh menafikan bahawa Kerajaan British juga turut mengaut hasil ekonomi dan cukai daripada masyarakat melayu untuk kepentingan pihak British sendiri.

5. Menuduh orang melayu sebagai kaum yang mundur Berdasarkan dokumen tersebut, Clifford menyatakan bahawa orang melayu merupakan kaum yang takut untuk melakukan perubahan, dan menganggap mereka sebagai kaum yang kolot dan mundur. Hal ini demikian kerana, masyarakat melayu ketika itu lebih rela mempertahankan apa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka dari dicemari oleh pembaharuan barat. Namun begitu, haruslah difahami bahawa masyarakat melayu ketika itu amat berpegang kepada adat dan kepercayaan yang telah mereka warisi sejak turun temurun, tambahan pula mereka tidak mempunyai taraf pendidikan yang baik serta turut menaruh syak wasangka terhadap kejujuran British dalam melakukan pembaharuan di Tanah Melayu amnya dan Pahang khususnya.

Hujah yang menyatakan kebenaran ucapan Clifford

1. Penganiayaan ke atas golongan wanita & sistem perhambaan (ms 242) Clifford menyatakan bahawa wanita2 dijadikan gundik di Istana dan ini sekaligus menafikan hak wanita tersebut. Mereka tidak dikahwini sebaliknya hanya menjadi pelayan kepada Sultan sahaja. Mereka turut terikat dengan undang-undang istana. Golongan pembesar mempunyai hamba abdi yang akan melakukan apa sahaja suruhan yang diminta oleh Tuannya. Ini dianggap tidak adil dan suatu bentuk penindasan oleh Clifford kerana mereka tidak dibayar upah dan keperluan lain yang mencukupi,tetapi hanya diberi keperluan asas seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal yang tidak berpatutan dengan kudrat yang telah mereka curahkan.

2. Clifford menyatakan struktur pemerintahan dan tugas2 pemerintah dengan betul dan tepat (ms 227) Bermula dari ms227 hingga 230, Clifford menyatakan susur galur kuasa pemerintah dengan tepat dan benar, dan beliau turut mengisahkan mengenai tugas2 pemerintah pada zaman beliau bertugas sebagai residen di Pahang dari 1889 hingga 1903.

Kesimpulan Penghujahan di atas merangkumi dua aspek iaitu bersetuju dan tidak bersetuju bahawa Hugh Clifford berprasangka buruk terhadap masyarakat melayu pada abad ke-19 iaitu ketika zaman pentadbirannya sebagai Residen Pahang dari 1889-1903. Namun begitu, terpulang kepada penilai untuk menentukan hujah mana yang lebih tepat dan relevan dengan situasi ketika itu. Namun begitu, Hugh Clifford juga seharusnya tidak patut berprasangka buruk dan menjatuhkan hukuman pengadilan moral ke atas aspek-aspek berkaitan agama Islam kerana beliau merupakan seorang yang tidak arif dalam agama Islam untuk menjatuhkan kritikan, tambahan pula aspek adat, perundangan Islam dan agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Ahmad sebagai pemerintah sepertimana dalam perjanjian ketika beliau menjadi Residen Pahang.

Anda mungkin juga menyukai