Anda di halaman 1dari 3

Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2013

Refleksi
NAMA NO. K/P : MOHD ADIB AZFAR BIN MURI : 920901-13-5327

NO. MATRIK : 0610/1800 KUMPULAN : PISMP Matematik (A) Semester 2

Pertama sekali saya ingin merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya segala perancangan dan pelaksanaan untuk program Bina Insan Guru Fasa 4 2013 ini telah selesai dan berjaya dijalankan walaupun ada kekangan yang harus ditempuh sebelum melaksanakan program ini terutamanya dari segi pemilihan masa yang sesuai pada mulanya. BIG yang memakan masa selama 3 hari 2 malam ini sememangnya memberi pengalaman yang amat berguna sepanjang hidup saya sebagai seorang guru pelatih juga sebagai seorang bakal guru yang akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat kelak. Aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester empat yang telah ditetapkan untuk semua guru pelatih PISMP. Melalui program ini, semua guru pelatih berpeluang untuk bergaul mesra dan berkenalan dengan lebih rapat dengan semua anggota masyarakat yang mempuany pelbagai latar sosial dan budaya yang berbeza. Program ini juga yang turut dikenali sebagai program anak angkat sesungguhnya membawa seribu satu cerita dalam kehidupan saya sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ini. Terlalu banyak pengajaran, kebaikan, manfaat dan tidak kurang sedikit kelemahan yang ada sebelum, semasa dan selepas program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berakhir. Namun begitu, saya sedar bahawa tiada gunanya segala yang dilalui andai tindakan untuk perubahan itu tidak dilaksanakan oleh diri saya sendiri.

Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2013


Perkataan tanggungjawab merupakan salah satu perkataan yang muncul di benak fikiran di kala memikirkan mengenai program ini di mana tanpa komitmen daripada semua pihak amatlah mustahil untuk menjayakan program ini apatah lagi tanggungjawab untuk merancang dan melaksana adalah sepenuhnya diberikan kepada kami semua. Opsyen kami iaitu PISMP Matematik (A) telah bergabung dengan PISMP Sains untuk bersama-sama menjayakan BIG Fasa empat pada kali ini. Oleh hal yang demikian, kami telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan sebelum pelaksanaan program. Sebelum menjayakan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah dibentuk terlebih dahulu. Bagi program Bina Insan Guru Fasa 4 pada kali ini, kami telah sebulat suara melantik Saudara Wan Sufian dari kelas PISMP Matematik (A) sebagai Pengerusi Program Anak Angkat dan saya di lantik sebagai ketua biro dokumentasi. Seterusnya, ahli ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik. Saya juga rakan-rakan pelatih yang lain sangat bersyukur kerana komitmen dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pengerusi kami dalam melaksanakan tugasnya sebagai ketua untuk program ini telah dapat memastikan program berjalan dengan lancar. Pada saya sendiri saya sedikit berasa kagum dengan kesungguhan beliau hatta sebelum ataupun semasa program berjalan walaupun pada mulanya terdapat beberapa ketegangan kecil yang berlaku terutamanya sebelum program berlangsung. Pada hemat saya, melihat kekurangan diri sendiri adalah lebih baik daripada sentiasa melihat kepada keburukan orang lain. Saya yakin dan pasti pengalaman sebagai ahli jawatankuasa tertinggi untuk BIG Fasa 4 ini akan menjadi pengajaran, tauladan untuk dijadikan bekalan pada masa hadapan.

Program Bina Insan Guru Fasa 4 / 2013


Sebelum terlaksananya progam, tidak dapat tidak beberapa halangan yang perlu dilalui terumatanya dari segi masa untuk melaksanakan program. Pertembungan beberapa aktiviti pada tarikh untuk menjalankan program menyebabkan program ini terpaksa ditunda beberapa kali sebelum memilih tarikh yang sesuai dan tepat. Penundaan program BIG pada kali ini di mana kami mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan yang rapi dan terperinci, membetulkan segala masalah yang timbul serta memperbaiki segala kelemahan dari segenap aspek. Malah, kami juga mempunyai masa untuk merancang semula persembahan yang akan dipersembahkan semasa malam kebudayaan untuk memastikan para pelatih dan khususnya penduduk kampung Wang Besar berasa terhibur dan terpesona dengan persembahan yang akan kami paparkan nanti. Melalui segala aktiviti yang telah dirancang dalam program ini, banyak pengalaman manis telah dapat ditimba. Antaar pengalaman yang manis iaitu dapat membina ukhwah dengan warga kampung. Saya langsung tidak berasa janggal untuk bergaul dengan pihak kampung kerana pihak kampung tersebut amat mesra dan menjadikan kami amat selesa untuk bersama-sama mereka diawal pertemuan. Kami seolah-olah telah kenal lama. Akhir sekali, diharapkan agar Program Bina Insan Guru ini yang juga dikenali sebagai Program Anak Angkat akan dapat membina jati diri dan ketrampilan diri bukan sahaja sebagai bakal guru, tetapi juga sebagai anak, pelajar dan rakyat di negara kita ini iaitu Malaysia. Jadilah guru yang sentiasa meningkatkan prestasi diri bukan hanya guru yang tahu untuk melihat kelemahan dan kekurangan orang lain sahaja. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai