Anda di halaman 1dari 2

Sesungguhnya kami pada hari ini, ingin merafakkan kesyukuran dan pujian terhadapmu atas

kurniaanMu yang tidak ternilai.


Sesungguhnya kami berhimpun disini, untuk mengikuti MESYUARAT AGUNG KOPERASI
SERBAGUNA GURU-GURU MELAYU SELANGOR BERHAD bagi menyatakan kesungguhan,
komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan KOPERASI INI secara bersama
demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.


Jadikanlah kami Ya Allah dari kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhilah
kami Ya Allah dari melanggari perintahmu.Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas dan
rezeki yang halalserta segala kebaikan di dunia jua di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai