Anda di halaman 1dari 30

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 167

UNIT 10 PERANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK


UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Kurang Setuju 3

Setuju/Agree 4 1 2 3

Sangat Setuju 5 4 5

Item Penyataan /Statement 1 Saya dapat menyatakan merancang perancangan pengajaran pembelajaran matematik jangka pendek dan jangka panjang; 2 Saya dapat menulis rancangan pengajaran pembelajaran matematik dengan betul. Saya dapat mengaplikasikan perancangan pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 168

PERANCANGAN PENGAJARAN MATEMATIK


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i) Merancang perancangan pengajaran pembelajaran matematik jangka pendek dan jangka panjang; ii) Menulis rancangan pengajaran pembelajaran matematik dengan betul; iii) Mengaplikasikan perancangan pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

10.1

PENGENALAN

pa pentingnya perancangan pengajaran kepada guru seperti anda? Tahukah anda bahawa pengajaran merupakan satu seni yang sukar untuk diterjemahkan di atas kertas secara jelas. Seperti seorang arkitek yang merancang untuk membina sebuah bangunan perlu membuat perancangan rapi sebelum membuat lukisan bangunan tersebut. Ia akan merancang untuk meninjau tapak binaan dan mengukur keluasan kawasan binaan bagi memastikan ruang-ruang yang diperlukan untuk tapak binaan dan sebagainya sesuai dan mencukupi. Proses yang sama perlu diamalkan oleh seorang guru dalam merancang pengajarannya. Setiap masa guru membuat keputusan tentang bagaimana untuk menyampaikan pengajarannya. Seseorang guru yang berkesan perlu memperuntukkan masa untuk membuat persediaan supaya dapat menyampaikan isi kandungan dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya. Kebolehan guru merancang dengan baik merupakan satu kemahiran yang penting. Kemahiran ini melibatkan perancangan pengajaran jangka panjang iaitu perancangan susunan kerja untuk satu semester dan tahunan. Perancangan jangka pendek pula melibatkan persediaan mengajar harian dan mingguan serta penentuan objektif, prosedur, aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan bantu mengajar yang perlu dibuat sebelum pengajaran dijalankan. Perancangan yang baik mengambil kira aktiviti-aktiviti yang dijangkakan akan berlaku dalam bilik darjah, pemantauan dan refleksi tentang pengajaran pembelajaran. Oleh itu, dalam unit ini kita akan membincangkan tentang perancangan jangka panjang, perancangan jangka pendek, model pengajaran matematik, aktiviti motivasi (set induksi), penyoalan dalam matematik dan contoh rancangan pengajaran matematik bagi tajuk-tajuk terpilih. Fikirkan, apakah perkara yang anda selalu pertimbangkan semasa merancang pengajaran?

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 169

10.2

PERANCANGAN JANGKA PANJANG

ernahkah anda sendiri membuat perancangan jangka panjang ini? Sebagai guru yang berpengalaman, tentulah tidak menjadi masalah. Bagi seseorang guru permulaan (beginning teacher) dan guru pelatih di institusi pendidikan, apabila ia telah mengetahui mata pelajaran dan tingkatan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk mengajar pada sesuatu semester atau semasa menjalani praktikum, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan penyediaan diri bagi menghadapi pengajaran yang sebenar dan latihan praktikum. Antara langkah-langkah yang boleh diikuti adalah:

10.2.1 Memerhati guru yang berpengalaman Seseorang guru permulaan atau guru pelatih hendaklah mendampingi guru-guru matematik yang berpengalaman di sekolah dan jika diizinkan mengikuti beberapa sesi pengajaran guru-guru tersebut. Semasa pemerhatian, guru permulaan atau guru pelatih hendaklah membuat catatan tentang sebarang perkara yang dilihat dan yang didengarnya. Catatkan soalan-soalan lisan, soalan-soalan bertulis, contoh-contoh aktiviti yang dikemukakan semasa pengajaran, bentuk-bentuk teguran, pengukuhan, ganjaran dan unsur-unsur kecindan yang digunakan oleh guru tersebut semasa pengajarannya. Perhatian juga hendaklah ditumpukan kepada bagaimana guru tersebut mengendalikan ujian, memberi kerja rumah serta pengurusan kelasnya. Catatkan juga aktiviti-aktiviti motivasi atau set induksi yang digunakan semasa pengajaran dalam memperkenalkan sesuatu tajuk baru dan cara-cara guru tersebut menyambung pelajaran yang lepas. Selepas sahaja pemerhatian dibuat, guru permulaan atau guru pelatih perlu membuat perbincangan dengan guru tersebut tentang aktiviti-aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlaku dan kenapa sesuatu perkara atau aktiviti atau teknik tersebut dipilih. Ini diharapkan dapat membantu guru permulaan dan guru pelatih dalam merancang pengajarannya.

10.2.2 Rancangan pengajaran Biasanya Ketua Panitia Matematik atau Jawatankuasa Kurikulum di sekolah akan menyediakan rancangan pengajaran semester/tahunan bagi mata pelajaran matematik dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Seorang guru matematik harus mahir dan faham tentang isi kandungan kurikulum matematik bagi tingkatan yang akan diajarnya dan berusaha mendapatkan contoh-contoh rancangan pengajaran dan aktiviti-aktiviti daripada buku-buku panduan mengajar matematik yang disediakan oleh pihak-pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian. Di sini apa yang penting adalah seseorang guru harus mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang kurikulum bagi mata pelajaran dan tahun yang akan diajar nanti.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 170

10.2.3 Meneliti buku teks dan rujukan Buku teks dan buku rujukan merupakan sumber yang penting bagi mendapatkan idea untuk pengajaran pembelajaran. Aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang diberikan dalam buku teks dan buku-buku rujukan matematik kadangkala perlu diperincikan atau dipermudahkan secara berperingkat atau mengikut kemahiran. Aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang terdapat dalam buku teks dan buku-buku rujukan itu perlu diteliti bagi menentukan kesesuaian aktiviti-aktiviti atau contoh-contoh mengikut kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajarnya sebelum ditunjukkan dalam bilik darjah. Seseorang guru matematik yang berkesan selalunya sedar bahawa pemilihan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh yang digunakan adalah berasaskan kepada teori-teori pembelajaran matematik. Antaranya adalah seperti teori yang dikemukakan oleh Jerome Bruner dalam pengajaran pembelajaran matematik iaitu prinsip pembinaan, prinsip pertentangan dan variasi, prinsip persambungan dan peringkat mencari ciri-ciri sepunya yang dikemukakan oleh Zoltan Dienes boleh digunakan dalam membina sesuatu konsep atau kemahiran. Kebolehan guru matematik membuat taksiran aktiviti atau contoh yang berasaskan teori-teori pembelajaran boleh menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah difahami dan lebih bermakna.

10.2.4 Membuat perancangan pengajaran bagi sesuatu topik atau unit Seseorang guru matematik yang berkesan juga perlu membuat perancangan pengajaran bagi tajuk-tajuk matematik mengikut hierarki dan membuat peta konsep atau peta minda bagi tajuk-tajuk yang relevan. Kemahiran dan sub-kemahiran disusun dari yang senang ke sukar dan konkrit ke abstrak. Kemahiran pra syarat juga diambil kira dalam membuat perancangan pengajaran sesuatu tajuk. Kebanyakan guru matematik di sekolah rendah tidak menyediakan rancangan unit pengajaran. Mereka lebih suka bergantung kepada buku teks dan buku-buku rujukan dalam menyampaikan pengajarannya. Guru matematik perlu membuat rancangan mengikut unit topik bagi melihat prespektif yang lebih luas terhadap isi kandungan sesuatu tajuk atau bidang. Unit topik ini merupakan satu perancangan rapi mengandungi beberapa set pembelajaran untuk mencapai satu atau beberapa matlamat dan objektif pengajaran. Sesuatu unit topik mungkin mengambil beberapa waktu pengajaran atau beberapa minggu pengajaran.

10.2.5 Latar belakang pelajar Seseorang guru matematik juga perlu mengetahui peringkat perkembangan kognitif setiap pelajar-pelajarnya. Guru perlu tahu sama ada pelajar-pelajarnya berada pada peringkat praoperasi atau operasi konkrit. Perlu diingat di sini bahawa bukan semua pelajar sekolah rendah telah mencapai peringkat perkembangan kognitif operasi konkrit atau mungkin sudah ada pelajar sekolah rendah yang sudah berada pada peringkat operasi formal. Maklumat ini amat penting kerana semasa guru memberi atau memilih aktiviti atau contoh pengajarannya hendaklah bersesuaian dengan peringkat

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 171

perkembangan kognitif pelajar-pelajarnya. Secara umum pelajar sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit (berumur 7 tahun 12 tahun). Bagi pelajar-pelajar pada peringkat ini, pembelajaran dengan melibatkan bahan-bahan konkrit dan aktiviti amat diperlukan demi menjadikan pembelajaran mereka lebih bermakna.

10.2.6 Bahan bantu mengajar Seseorang guru matematik perlu memilih dan mengenal pasti tajuk-tajuk matematik yang memerlukan bahan bantu mengajar. Antara bahan-bahan bantu mengajar yang terdapat di pasaran atau yang boleh dibina oleh guru sendiri adalah carta-carta graf, model-model geometri dan poligon, transperasi, kalkulator, perisian komputer dan lainlain bahan bantu mengajar yang sesuai. Bahan bantu mengajar ini hendaklah disimpan di bilik khas dan mudah diperoleh bila diperlukan. Guru-guru digalakkan berkongsi bahan bantu mengajar, yang tentunya akan memperkayakan lagi sumber pengajaran. Bincangkan bagaimana membuat perancangan jangka panjang yang baik?

10.3

PERANCANG JANGKA PENDEK

ungkin anda biasa membuat perancangan jangka pendek ini. Berilah perhatian bahawa, semasa merancang perancangan jangka pendek seseorang guru permulaan atau guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar harian, menentukan strategi dan kaedah pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sesuai, penilaian serta penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Antara langkah persediaan perancangan jangka pendek yang boleh diikuti adalah seperti berikut: i) dapat dan teliti sukatan pelajaran matematik bagi tingkatan yang akan diajar, ii) dapatkan buku teks dan buku-buku rujukan yang berkaitan, iii) sediakan perancangan pengajaran bagi pengajaran harian, iv) senarai dan sediakan bahan-bahan bantu mengajar yang diperlukan, v) berbincang dengan guru yang pernah atau sedang mengajar mata pelajaran dan di tingkatan yang sama. Di sini kita akan membincangkan beberapa aspek persediaan pengajaran harian secara terperinci yang boleh dijadikan panduan oleh guru permulaan dan guru pelatih semasa menghadapi situasi sebenar pengajaran di sekolah dan semasa praktikum. Guru terlatih juga perlu sedar tentang perancangan jangka pendek semasa penyeliaan P&P.

10.3.1 Rancangan pengajaran harian Setiap aktiviti yang akan dijalankan dalam bilik darjah perlu dirancang dengan teliti. Sebanyak mana maklumat-maklumat yang perlu dicatatkan dan yang berada dalam

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 172

minda seseorang guru bergantung kepada pengalaman mengajar dan kekerapan guru tersebut mengajar sesuatu kursus atau mata pelajaran. Perancangan pengajaran harian ini termasuklah perkara-perkara yang guru akan lakukan dan jangkaan tentang kemampuan pelajar-pelajarnya dapat lakukan sepanjang pengajarannya. Seorang guru permulaan atau guru pelatih seharusnya menyediakan perancangan pengajaran harian dengan rapi dan lengkap. Berikut dijelaskan perancangan harian dalam pengajaran pembelajaran matematik. Tidak terdapat satu struktur yang universal atau kerangka bagi perancangan pengajaran yang ideal. Walau bagaimanapun, kebanyakan guru selalunya menggunakan komponen-komponen berikut sebagai komponen perancangan pengajaran harian iaitu matlamat, kemahiran, objektif, aktiviti motivasi atau set induksi, langkah-langkah pengajaran, penilaian dan penutup. Selepas sesuatu pengajaran hendaklah diikuti dengan refleksi tentang pelaksanaan pengajarannya. Di sini kita akan membincangkan secara terperinci komponen-komponen yang terlibat dalam perancangan harian seperti yang dinyatakan di atas.

10.3.2 Matlamat dan Objektif Matlamat dan objektif sesuatu tajuk atau kemahiran selalunya dinyatakan dengan jelas dalam huraian sukatan pelajaran. Matlamat merupakan hasrat untuk dicapai oleh pelajar bagi sesuatu pengajaran, kursus atau program. Objektif pula merupakan satu pernyataan yang lebih spesifik tentang apa yang pelajar boleh rasakan, mengetahui, atau boleh lakukan. Selalunya pernyataan objektif dibuat secara perlakuan (behavioral) iaitu perlakuan pelajar tunjukkan dalam memahami sesuatu kemahiran atau konsep. Perkataan-perkataan seperti menulis, menyatakan, mengira, menentukan, atau menunjukkan merujuk kepada perlakuan yang boleh diperhatikan. Pada peringkat yang lebih tinggi, perkataan-perkataan seperti menyelesaikan, menunjukcara, mentafsir adalah merupakan perlakuan-perlakuan yang juga boleh diperhatikan. Sebagai contoh: diberi harga asal dan harga potongan, pelajar boleh mengira harga jualan. diberi satu persamaan fungsi, pelajar boleh menentukan terbitan fungsi pada titik tertentu dan menerangkan maksud terbitan pada titik tersebut. Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang penulisan objektif dalam pengajaran matematik.

10.3.3 Pengelasan Objektif Para pendidik selalunya membuat pengelasan objektif pengajaran kepada tiga kategori iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Objektif Afektif merujuk kepada sikap atau perasaan; objektif kognitif adalah kemahiran refleks dan konsep yang pelajar harus fahami; objektif psikomotor pula merujuk kepada perkara-perkara yang pelajar lakukan secara fizikal. Di sini kita akan menjelaskan tentang objektif afektif dan kognitif yang selalunya ditekankan dalam kurikulum matematik dan objektif psikomotor lebih diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan jasmani dan sastera.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 173

a)

Objektif Afektif Kebanyakan kurikulum matematik menekankan kepada pencapaian objektif kognitif iaitu pelajar-pelajar mengetahui atau dapat melakukan sesuatu kemahiran matematik. Penekanan kepada objektif afektif dalam kurikulum matematik juga penting bagi memperkembangkan sikap positif dan kepercayaan tentang matematik seperti minat, sikap ingin tahu (curiosity), nilai dan menghargai kepentingan matematik harus dinyatakan dengan jelas. David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) telah membina satu taksonomi afektif berdasarkan enam, iaitu: penerimaan; bergerak balas; penilaian; pengurusan; dan perwatakan. Taksonomi ini diringkaskan seperti Jadual 10.1.

Jadual 10.1: taksonomi afektif (Krathwohl et al., 1964). Tahap Penerimaan Penjelasan Sedar tentang kehadiran sesuatu fenomena. Bersedia untuk menerima kehadiran sesuatu fenomena. Memberi perhatian terhadap fenomena tersebut. Gerak balas terhadap kehadiran fenomena dengan melibatkan diri secara aktif. Membuat refleksi terhadap nilai kendiri. Tingkah laku yang konsisten dalam situasi yang bersesuaian. Membuat organisasi nilai melibatkan lebih daripada satu nilai. Menunjukkan keutamaan dalam organisasi nilai. Merupakan tahap paling tinggi dalam menginternalisasi nilai sehingga diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai tertentu.

Bergerak balas Penilaian

Pengurusan

Perwatakan

Oleh yang demikian, guru digalakkan menyatakan objektif afektif perancangan hariannya seperti contoh-contoh berikut: pelajar menghargai perkembangan sejarah nombor. pelajar menunjukkan minat dan ingin tahu dalam penyelesaian masalah. pelajar menunjukkan keyakinan dalam menggunakan teknologi bagi menyelesaikan masalah matematik. Pernyataan-pernyataan di atas adalah sukar untuk diukur pencapaiannya dalam pengajaran tetapi dapat menyedarkan guru-guru tentang aspek afektif pelajarpelajarnya semasa pengajaran matematik di bilik darjah. Tugas guru bukan sahaja membantu pelajar-pelajarnya menguasai kemahiran dan konsep tetapi juga memperkembangkan sikap dan kepercayaan tentang matematik sepanjang pengajaran pembelajaran matematik.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 174

b)

Objektif Kognitif Objektif kognitif selalunya dinyatakan berdasarkan pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom. Pemeringkatan ini adalah daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi, yang terbahagi kepada enam iaitu: pengetahuan; pemahaman; penggunaan (aplikasi); sintesis; analisis; dan penilaian (Jadual 10.2).

Jadual 10.2: Domain kognitif Bloom. Peringkat kognitif Pengetahuan Penjelasan Kenal dan ingat semula konsep atau fakta yang sudah dipelajari Kebolehan memperoleh makna sesuatu konsep Contoh kata kerja yang sesuai Takrif, labelkan, senaraikan, menamakan & menyusun.

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Bezakan, mengelaskan, menjelaskan, menerangkan & memberi contoh. Kebolehan untuk Laksanakan, kirakan, binakan, menggunakan sesuatu demonstrasikan, kaitkan & konsep atau kemahiran yang gunakan. dipelajari dalam situasi baru tau konkrit. Kebolehan memecahkan atau Analisiskan, tafsirkan, kenal mengasingkan konsep pasti, kategorikan, buat kepada komponen konsep perhubungan, bandingkan & yamg menjadikan kefahaman bezakan. organisasi diperoleh, Kebolehan menggabungkan Satukan, gabungkan, konsep atau kemahiran mengkategorikan, membina, menjadi konsep atau mereka cipta, menjelaskan & kemahiran baru yang lebih mengintegrasikan. menyeluruh. Kebolehan menilai sesuatu Beri kritikan, ulaskan, pilihkan, konsep atau kemahiran bagi bincangkan, buat interpretasi, mencapai sesuatu tujuan. buat ramalan & penyelesaian masalah.

Berikut ditunjukkan beberapa contoh objektif kognitif yang melibatkan tiga subkategori tersebut. Pengetahuan dan kemahiran Pelajar dapat menamakan bentuk 3-dimensi yang diberi oleh guru.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 175

- Diberi sekeping kertas dan pembaris, pelajar boleh melukis bentuk 2dimensi dengan tepat semua segi empat sama yang diberi.. - Diberi lima bentuk 2-dimensi, pelajar dapat mengukur panjang semua sisi-sisinya. - menambah sebarang dua nombor yang jumlahnya kurang daripada 100. Kefahaman - Pelajar dapat menjelaskan konsep peratus. - Pelajar dapat mencari isi padu bagi bongkah piramid yang diberi. - Pelajar dapat menjelaskan konsep pecahan wajar Aplikasi Diberi objek-objek seperti kotak silinder atau bekas silinder, pembaris, dan kalkulator, pelajar dapat menentukan luas permukaan bagi objek-objek tersebut. Diberi masalah melibatkan peratus, pelajar boleh mengira harga sesuatu barang selepas sesuatu diskaun dinyatakan.

Analisis - Pelajar dapat membezakan antara operasi kira tambah atau operasi kira tolak untuk menyelesaikan lima masalah matematik yang diberikan. - Pelajar dapat mengenal pasti syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk melaksanakan operasi kira tambah nombor perpuluhan. Sintesis - Pelajar dapat mengkategorikan bentuk yang diperoleh dalam kehidupan mengikut kategori bentuk bulatan. - Pelajar dapat melukis segi empat sama dengan ukuran panjang sisi dikenal pasti. Penilaian - Pelajar dapat menyelesaikan masalah melibatkan peratus untung dalam urusan jual beli. - Pelajar dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh rakannya dalam menyelesaikan masalah luas permukaan suatu bentuk 3-dimensi.

Selepas meneliti contoh-contoh objektif di atas, kita dapati bahawa objektif pengetahuan dan kemahiran merupakan objektif yang mudah dicapai dan diukur. Iaitu jika kita mahu pelajar-pelajar boleh menambah nombor-nombor perpuluhan, guru boleh memberikan latihan penambahan nombor perpuluhan dan lihat sama ada pelajarpelajar berjaya menambah perpuluhan empat soalan daripada lima soalan yang diberikan dengan betul. Di sini guru harus berhati-hati bahawa hasil penilaian ini tidak dapat menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah faham tentang prosedur penambahan perpuluhan kerana kefahaman bukan menjadi fokus objektif tersebut. Sebaliknya, jika objektif dinyatakan seperti diberi senarai nombor perpuluhan dan set blok asas

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 176

sepuluh, pelajar dapat menunjukkan penyusunan algoritma penambahan perpuluhan dengan menyusun titik perpuluhan, maka objektif seperti ini adalah merupakan objektif peringkat kefahaman atau lebih tinggi yang melibatkan peringkat kemahiran berfikir peringkat tinggi yang memerlukan kefahaman proses daripada mendapatkan jawapan sahaja.

10.3.4 Perancangan Unit Pengajaran Unit pengajaran merupakan perancangan yang rapi mengandungi pengalaman pembelajaran untuk mencapai beberapa matlamat dan objektif pembelajaran. Sesuatu unit pengajaran boleh mengambil beberapa siri kelas atau pengajaran atau beberapa minggu pengajaran pembelajaran untuk menyempurnakannya. Satu unit pengajaran juga mengandungi beberapa rancangan pengajaran harian yang disusun berturutan bagi mencapai matlamat dan objektif unit. Berikut adalah contoh-contoh unit pengajaran matematik sekolah rendah. Tajuk-tajuk tertentu mungkin mengambil satu atau beberapa hari pengajaran untuk melengkapkan sesuatu unit. Berikut adalah contoh dua unit pengajaran sekolah rendah.

Contoh Unit I: Tahun: 4 Tajuk Unit: Pengurusan Data. Tajuk-tajuk harian termasuk: Pictograph. Objektif: Melukis pictograph. Pengajaran harian termasuk: a. Pengenalan: Berdasarkan pengalaman pelajar sendiri, tanya tentang bagaimana memahami maklumat yang diperoleh. b. Isi kandungan: - Pelajar dikumpulkan dalam kumpulan 4 orang. - Guru memberikan beberapa bongkah kepada setiap kumpulan (3 kiub, 4 kuboid, 2 piramid dan 5 rod) . - Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi jadual dan menyuruh pelajar melukis bongkah mengikut turus jadual berkenaan. Pelajar melukis bongkah mengikut bilangan yang ada dalam setiap turus. - Pelajar membanding dan berbincang tentang bilangan bongkah berkenaan. c. Kesimpulan: - Membuat rumusan tentang cara melukis pictograph.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 177

Contoh Unit 2: Tahun: 4. Tajuk Unit: Wang Objektif: Menjumlah wang sehingga RM10,000 Pengajaran harian termasuk: a. Pengenalan: Ulang kaji tentang kira tambah nombor sehingga 2 angga perpuluhan. b. Isi kandungan: - Membuat refleksi tentang perhubungan prosedur antara operasi kira tambah wang dengan operasi kira tambah nombor perpuluhan. - Buat permainan berjual beli. Gunakan wang mainan untuk berjual beli. Pelajar boleh mengira berapa jumlah wang untuk membeli barang atau membuat tukaran wang baki. c. Kesimpulan: - Pelajar membuat rumusan tentang operasi kira tambah wang. Dengan meneliti dua contoh perancangan unit 1 dan unit 2 di atas, dapat dilihat bahawa pengajaran unit 1 dimulakan dengan mengemukakan masalah atau beberapa set permasalahan untuk pelajar-pelajar meneroka tajuk tersebut. Kadangkala boleh juga dimulakan dengan membuat refleksi atau ulang kaji bagi membuat kaitan tajuk yang telah dipelajari dengan tajuk yang akan dipelajari untuk beberapa pengajaran pembelajaran. Pengajaran yang terakhir selalunya dirancang supaya guru boleh membuat rumusan tentang tajuk yang telah dipelajari untuk beberapa pelajaran dan juga mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Guru juga boleh menggunakan pendekatan peta konsep dalam membuat perancangan pengajaran pembelajarannya. Mengikut Star dan Krajick (1990), peta konsep merupakan gambar rajah berhierarki dua dimensi yang menggambarkan hubungan antara dan sesama konsep-konsep individu. Terdapat pelbagai jenis peta konsep yang digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara konsep iaitu: Gambar rajah linear rajah segi tiga rajah bulatan rajah burr carta aliran nombor piramid rajah spider Berikut adalah contoh peta konsep bagi unit fungsi linear yang boleh digunakan oleh guru dalam membuat perancangan unit bagi tajuk fungsi (Rajah 10.1).

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 178

Contoh: Tahap: Tajuk: Tahun 4 Bentuk dan Ruang

Bentuk dan ruang

Perimeter bentuk komposit 2-dimensi

Luas bentuk komposit 2-dimensi

Isi padu bentuk komposit 2-dimensi

Penyelesaian masalah luas bentuk komposit 2dimensi

Penyelesaian masalah isi padu bentuk komposit 3dimensi

Penyelesaian masalah

Rajah 10.1: Peta Konsep Bentuk Dan Ruang Tahun 4

Apabila sesuatu peta konsep itu dibentuk, beberapa persoalan perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru matematik iaitu: apakah urutan konsep-konsep yang terlibat? apakah bentuk pengalaman yang diperlukan oleh pelajar? berapakah tempoh pengajaran yang diperlukan untuk mencapai matlamat dan objektif bagi unit tersebut? apakah bahan bantu mengajar yang diperlukan untuk membantu pengajaran unit ini? Selepas membuat refleksi ke atas peta konsep yang dibentuk, guru boleh menentukan urutan dan tempoh pengajaran bagi sesuatu konsep dalam unit tersebut sebagai contoh bagi unit perimeter bentuk komposit 2-dimensi. Pengenalan: meneroka bentuk komposit 2-dimensi berdasarkan contohcontoh harian ( 1 waktu pengajaran) Mengenal pasti dan mengira luas bentuk komposit dua dimensi suatu rajah (1 waktu pengajaran). Menyelesaikan masalah melibatkan luas bentuk komposit dua dimensi (1 waktu pengajaran)

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 179

Mengenal pasti dan mengira isi padu bentuk komposit 3-dimensi (1 waktu pengajaran). Menyelesaikan masalah melibatkan isi padu bentuk komposit tiga dimensi (1 waktu pengajaran) Menyelesaikan masalah melibatkan bentuk dan isi padu komposit dua dan tiga dimensi (1 waktu pengajaran).

Pelajar-pelajar juga perlu dilatih membuat peta konsep di akhir setiap pelajaran secara individu dan berbincang secara kumpulan. Mengikut Novak (1981), langkah-langkah yang sesuai dalam membina peta konsep adalah : memilih tajuk yang berdikari, misalnya tajuk Pengurusan Data Tahun 5. mengenal pasti dan menyenaraikan konsep-konsep yang berkaitan serta relevan dengan tajuk atau konsep yang dipilih seperti: jumlah kuantiti, bilangan kuantiti, dan purata. pemeringkatan konsep daripada konsep umum kepada konsep yang spesifik konsep-konsep yang boleh disusun mengikut pendekatan yang bersifat deduktif, induktif dan hierarki linear (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Fikirkan, apakah komponen penting dalam merancang pengajaran?

10.4

RANCANGAN MENGAJAR

agimana membuat rancangan mengajar yang baik? Dalam usaha mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran matematik, berbagai-bagai cadangan disyorkan oleh pendidik dan penyelidik pendidikan matematik di seluruh dunia. Antara syor-syor tersebut adalah penggunaan model-model pengajaran pembelajaran yang sesuai. Di sini kita akan membincangkan pendekatan pengajaran pembelajaran Model Shulman. Mengikut model ini pengajaran melibatkan enam peringkat iaitu peringkat kefahaman sedia ada, transformasi, pengajaran, penilaian, renungan dan kefahaman baru dalam urutan seperti Rajah 10.2. Seseorang guru harus memahami tujuan pengajaran dan mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk mengajar sesuatu isi kandungan. Bagi memindahkan pengetahuan daripada guru kepada pelajar, persediaan bahan pengajaran perlu diinterpretasikan dan dianalisis dengan teliti supaya pengetahuan boleh disampaikan melalui demonstrasi, contoh harian, penerangan dan sebagainya. Seterusnya guru perlu memilih cara persembahan atau kaedah dan strategi yang bermakna, aktiviti berpusatkan pelajar seperti kerja kumpulan, penyoalan, inkuiri penemuan dan suasana bilik darjah yang sesuai. Bagi aspek penilaian, kefahaman pelajar dinilai semasa dan selepas proses pengajaran pembelajaran dan juga pada akhir pelajaran. Guru juga perlu menilai persembahannya untuk memperbaiki lagi

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 180

prestasi pengajarannya. Akhir sekali guru membuat analisis secara kritis terhadap persembahan pengajarannya dan membuat ubahsuaian terhadap kaedah/strategi atau teknik yang akan digunakan dalam pengajaran pembelajaran seterusnya.

Kefahaman Sedia Ada

Transformasi

Pengajaran

Penilaian

Renungan/Refleksi

Kefahaman Baru

Rajah 10.2: Model Pengajaran Shulman

Mengikut Model Shulman, guru terlatih dan guru pelatih tidak sepatutnya diarah mengajar mengikut cara-cara tertentu tetapi mereka perlu dilatih untuk menaakul dan menguasai kemahiran pemindahan pengetahuan serta kefahamannya tentang isi kandungan pengajaran kepada pelbagai bentuk yang membolehkan pelajar belajar dengan berkesan. Mengikut National Council for Teachers of Mathematics (NTCM) terdapat enam standard atau piawai perancangan pengajaran matematik yang berkesan yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru matematik iaitu: i) memilih tugasan matematik yang bermakna dan menarik; ii) menentukan peranan guru dalam proses pengajaran pembelajaran; iii) menentukan peranan pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran; iv) menggunakan resos atau alat teknologi bagi memudahcarakan pengajaran pembelajaran; v) mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk memudahcarakan dan menggalakkan pengajaran pembelajaran matematik; dan vi) membuat analisis dan refleksi terhadap segala perancangan dan prestasinya serta penglibatan dan prestasi pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran matematik.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 181

Bagi menerapkan enam standard atau piawai pengajaran pembelajaran matematik, NCTM menyarankan pengajaran pembelajaran matematik dilaksanakan dalam empat bidang iaitu tugasan (task), wacana (discourse), persekitaran (enviroment) dan analisis (analysis). Keempat bidang ini saling berinteraksi dan mempengaruhi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. a. Tugasan Guru matematik hendaklah menyediakan tugasan-tugasan yang bermakna dan sesuai dengan pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pada pelajar-pelajarnya. Antara bentuk aktiviti-aktiviti tugasan yang boleh dilaksanakan adalah seperti penyelesaian masalah, pembinaan (konstruktivisme), projek, aplikasi dan latihan yang mana aktivitiaktiviti ini boleh dilaksanakan bersama-sama dalam kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran matematik. Penyelesaian masalah Dalam proses menyelesaikan tugasan ini pelajar-pelajar akan mempelajari konsep dan kemahiran matematik yang tersirat dalam penyelesaiannya. Aktiviti penyelesaian masalah ini dapat memotivasikan pelajar untuk berbincang dan berbahas supaya dapat menentukan satu cara penyelesaian (pendekatan Model Polya disarankan) dan penggunaan strategi-strategi penyelesaian yang munasabah. Pembinaan (konstruktivisme) Mengikut teori fahaman binaan (konstruktivisme) konsep baru dan pengetahuan baru tidak boleh disampaikan oleh guru kepada pelajar-pelajar melalui penjelasan atau demonstrasi kerana setiap pelajar mengabstrak makna, konsep dan pengetahuan dari pengalamannya sendiri. Guru hendaklah merancang aktiviti memanipulasikan bahan konkrit untuk membolehkan pelajar menemui konsep matematik. Penguasaan konsep ini diperolehi melalui usaha pelajar sendiri dalam proses manipulasi, perbincangan, penelitian dan penaakulan secara kreatif dan kritis. Projek Aktiviti projek ini dilakukan dalam kumpulan koperatif di mana semua pelajar dalam setiap kumpulan memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan projeknya. Projek ini melibatkan semua pelajar dalam aktiviti perbincangan, merancang, melaksanakan dan membuat analisis, merumus serta membuat laporan tentang projek tersebut. Aplikasi Aktiviti ini pula dapat menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan matematik yang dipelajari dalam semua situasi, khususnya dalam kehidupan seharian kerana ilmu matematik dapat diaplikasikan dalam semua bidang. Pelajar-pelajar akan lebih bermotivasi untuk belajar matematik dan menyedari bahawa matematik adalah satu mata pelajaran yang bermakna dan berguna.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 182

Latihan Latihan pula merupakan aktiviti-aktiviti yang dapat memperkukuhkan kefahaman konsep atau kemahiran matematik yang dipelajari oleh pelajar. Bentuk latih tubi hendaklah dikurangkan tetapi latihan yang diberikan hendaklah melibatkan proses berfikir secara kreatif dan kritis.

b. Wacana Wacana pula merupakan cara dan corak penyampaian, perbincangan, dan pemikiran yang berlaku antara pelajar dengan guru semasa melaksanakan tugasan. Wacana ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu peranan/aktiviti guru, peranan/aktiviti pelajar dan peranan resos atau peralatan semasa pengajaran. c. Persekitaran Persekitaran adalah suasana yang menggalakkan penglibatan aktif dalam pemikiran matematik dan juga merujuk kepada interaksi antara ciri intelektual, sosial dan fizikal bilik darjah yang dapat menentukan suasana pelajar belajar. d. Analisis Analisis merupakan aktiviti renungan sistematik yang dilakukan oleh guru terhadap perkara-perkara yang berlaku semasa pengajaran pembelajaran. Ianya melibatkan pengesanan secara berterusan tentang kesesuaian tugasan, wacana dan persekitaran semasa pengajaran pembelajaran.

10.4.1 Isi kandungan Rancangan Mengajar Tahukah anda, bagaimana menulis rancangan mengajar? Apa isi kandungannya? Rajah 10.3 menunjukkan model perancangan pengajaran matematik yang merupakan gabungan Model Shulman dengan standard atau piawai pengajaran matematik yang disarankan oleh NCTM yang boleh diikuti oleh guru matematik dalam membuat perancangan pengajarannya.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 183

Kefahaman Sedia Ada

- Tugasan
Transformasi

- Wacana
Pengajaran

- Persekitaran
Penilaian

- Analisis
Renungan/Refleksi

Kefahaman Baru

Rajah 10.3: Gabungan Model Shulman dengan NCTM bagi pengajaran matematik

Berikut adalah cadangan penulisan perancangan pengajaran matematik dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan model pengajaran seperti Rajah 10.3. Penulisan perancangan pengajaran matematik ini boleh dibuat secara linear atau secara lajur. Di sini kita akan lihat bentuk penulisan rancangan pengajaran dalam bentuk lajur. Perancangan yang lengkap akan membolehkan guru permulaan dan guru pelatih dapat mengajar dengan lebih yakin. Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan dalam penulisan rancangan pengajaran meliputi perkara-perkara berikut: Tajuk Dinyatakan di awal setiap rancangan pengajaran supaya dapat menjelaskan fokus pengajaran. Objektif Objektif dinyatakan sebagai objektif kognitif yang melibatkan sama ada pengetahuan dan kemahiran, konsep dan aplikasi. yang dibuat secara eksplisit Pengetahuan sedia ada Guru hendaklah menyenaraikan semua pengetahuan sedia ada bagi mengikuti pengajaran seterusnya. Bagi guru yang berpengalaman aspek ini

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 184

selalu diabaikan tetapi guru permulaan atau bakal-bakal guru aspek ini amat penting agar objektif pengajaran dapat dirancang dengan sesuai. Peralatan/resos Peralatan, resos dan bahan bantu mengajar (BBM) yang akan digunakan disenaraikan. Senarai ini termasuklah carta, model-model, overhead projector, komputer/kalkulator dan sebagainya. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) Kemahiran berfikir yang akan diterapkan sama ada secara penyebatian separa atau sepenuh dinyatakan dengan jelas pada setiap langkah atau gabungan langkah-langkah. Sikap dan nilai Sikap dan nilai yang akan diterapkan dinyatakan dengan jelas pada langkahlangkah yang sesuai. Aktiviti Motivasi (set induksi) Aktiviti motivasi merupakan aktiviti yang dapat menarik minat, perasaan ingin tahu di kalangan pelajar-pelajar untuk belajar dan aktiviti ini berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari tersebut. Sebagai contoh seorang guru yang akan memperkenalkan konsep sisi suatu bentuk 2-dimensi akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan kepada kelas bentuk 2dimensi atau menyuruh pelajar bermain-main dengan bentuk 2-dimensi. Seterusnya pelajar disuruh melukis bentuk 2-dimensi tersebut dan diperkenalkan konsep sisi bagi suatu bentuk 2-dimensi. Aktiviti seperti ini boleh menimbulkan minat pelajar untuk belajar tajuk ini. Aktiviti motivasi ini dibuat dalam beberapa minit dan berkaitan dengan isi kandungan pada hari tersebut. Pengajaran seterusnya akan menjadi mudah dan menarik jika dapat menarik perhatian pelajar-pelajar pada permulaan pengajaran. Permulaan pengajaran yang dibuat seperti Hari ini kita akan belajar sisi bentuk dua dimensi atau Kita akan belajar tajuk sisi bentuk 2-dimensi, cikgu berharap pelajar-pelajar sudah bersedia atau keluarkan buku teks dan buka muka surat 147 adalah bukan merupakan aktiviti-aktiviti motivasi yang menarik dan ianya akan memutuskan minat pelajar untuk terus belajar matematik. Aktiviti motivasi bertujuan untuk mencapai sekurang-kurangnya satu daripada fungsi-fungsi berikut: i) ii) iii) iv) menarik perhatian pelajar; membina kerangka pemikiran yang sama bagi guru dan pelajar; mendorong minat pelajar terhadap pelajaran; menunjukkan perhubungan antara pelajaran yang akan dipelajari dengan yang telah dipelajari.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 185

Selain dari itu, cadangan-cadangan khusus yang berikut boleh digunakan dalam menyediakan aktiviti motivasi (set induksi). i) ii) iii) menyatakan tujuan iaitu memulakan pelajaran dengan menerangkan tujuan dan objektif pelajaran. membuat rangka iaitu menyampaikan satu rangka tentang perkaraperkara utama dalam pelajaran secara bertulis atau lisan. menggunakan idea sejarah matematik iaitu mengemukakan satu cerita pendek sejarah matematik atau masalah matematik yang terkenal. meninjau semula iaitu mengimbas kembali pengetahuan sedia ada pelajar yang berkaitan. memberi sebab iaitu menyatakan sebab-sebab untuk mempelajari sesuatu tajuk atau kemahiran dengan merujuk kepada aplikasi tajuk atau kemahiran tersebut. menyatakan satu situasi bermasalah iaitu dengan membentangkan satu masalah atau situasi yang bercanggah. menggunakan ujian atau kuiz pendek.

iv) v)

vi) vii)

Perancangan Pengajaran/instruksi Perancangan pengajaran ini termasuk aspek penentuan tugasan, wacana dan persekitaran serta strategi dan kaedah pengajaran yang akan digunakan. Ianya termasuklah pengajaran secara kumpulan, secara keseluruhan kelas, perbincangan, penerokaan secara individu, kerja projek, dan lain-lain. Perancangan ini juga termasuk peranan guru dan peranan pelajar pada setiap langkah atau aktiviti dinyatakan dengan jelas. Penilaian Guru perlu merancang aspek penilaian sepanjang perancangan pengajarannya. Penilaian ini boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Penilaian juga boleh dibuat tentang penglibatan pelajar-pelajar berinteraksi, berbincang dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Tujuan utama penilaian adalah untuk memastikan objektif pengajaran tercapai atau tidak. Tugasan kerja rumah Oleh kerana pengajaran matematik memerlukan tindakan susulan pelajar untuk memperkukuhkan kefahaman tentang kemahiran yang dipelajari adalah wajar tugasan kerja rumah diberikan kepada pelajar setiap kali pengajaran matematik. Tugasan kerja rumah ini mesti dibincangkan pada hari berikutnya.

Penutup Penutup pengajaran merupakan satu rumusan yang ringkas tentang pembelajaran hari tersebut. Bagi tujuan ini guru boleh membuat perkaitan

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 186

dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dan juga boleh meminta pelajar-pelajar membuat refleksi tentang kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Guru juga boleh menutup pengajarannya dengan mengemukakan soalan untuk difikirkan atau diselesaikan oleh pelajar pada waktu akan datang. Renungan/Refleksi Renungan atau refleksi dibuat selepas pengajaran dilaksanakan. Tumpuan renungan atau refleksi adalah kepada perkara-perkara yang berlaku semasa pengajaran pembelajaran. Ianya melibatkan pengesanan secara berterusan tentang kesesuaian tugasan, wacana dan persekitaran, strategi dan kaedah semasa pengajaran pembelajaran. Mengapa perkara-perkara di atas penting untuk merancang pengajaran?

10.4.2 Contoh rancangan pengajaran matematik Berikut disediakan dua contoh penulisan rancangan pengajaran harian matematik yang boleh dijadikan panduan:

Contoh 1: Tahun : Tajuk : Subtajuk: Masa: Objektif : Lima Pecahan Penambahan Pecahan 40 minit Di akhir pengajaran, pelajar dapat: Menambah pecahan nombor bercampur dengan penyebut yang sama. Pengetahuan sedia ada: Pelajar memahami konsep pecahan. Pelajar memahami tentang operasi kira tambah pecahan wajar. Bahan bantu mengajar: Manilakad, belon, laptop, LCD, projector, marker pen, lampiran soalan, lembaran kerja. Sikap dan nilai: Cermat dan teliti, bekerjasama dan tekun. KBKK: Membuat katogeri, membuat inferens dan refleksi.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 187

Langkah-langkah pengajaran
Langkah/ Masa Langkah 1: Set Induksi (5 minit) Isi Kandungan Aktiviti (Wacana) Peranan Peranan Pelajar Guru Guru bertanya Pelajar mengingat pelajar maksud kembali maksud pecahan pecahan wajar dan sebagaimana pecahan tidak yang sudah wajar. difahami. . Pelajar mengingat Guru menyuruh kembali operasi pelajar mengingat kira tambah kembali operasi pecahan wajar dan dengan pecahan tidak menyelesaikan wajar. masalah berikut: i. + = ?
2 3 1 2

Pecahan wajar dan tidak wajar.

Sikap/Nilai/ KBKK/Strategi/K aedah/BBM (Persekitaran) BBM: komputer dengan perisian power point. KBKK: refleksi. Kaedah: Perbincangan Strategi khusus: menggunakan teknologi

ii. + = ?
2 3

Langkah 2: ( 10 minit) Perkembang an Pengajaran

Operasi kira tambah pecahan nombor bercampur yang sama penyebut. Prinsip kira tambah pecahan nombor bercampur: i. Nombor bulat bersama nombor bulat boleh terus ditambah. ii. Jika penyebut adalah sama, pengangkanya boleh terus ditambah. ii. Penyebut ditulis kembali pada jawapan pecahan.

Guru mengaitkan set induksi dengan operasi yang akan dipelajari.

- Pelajar membuat
penyelesaian operasi kira tambah secara membandingkan dengan penyelesaian semasa set induksi. Pelajar mencuba melaksanakan operasi.

KBKK: Membuat refleksi Kaedah: Pembelajaran koperatif Strategi khusus: menggunakan gambar rajah

Konsep dan kaedah kira tambah pecahan nombor bercampur dengan penyebut yang sama ditunjukkan oleh guru kepada murid dengan tayangan slaid. i. 3 + 4 = ?
3 3 1 2

ii. 3 +2 = ?
5 5

Guru berbincang tentang prinsip kira tambah pecahan nombor bercampur..

Pelajar berbincang dalam kumpulan tentang prinsip yang perlu dipatuhi.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 188

Langkah 3 ( 15 minit) Perkembang an Pengajaran

Operasi kira tambah pecahan nombor bercampur.

Guru memberikan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1) yang mengandungi 10 soalan operasi kira tambah pecahan nombor bercampur. - guru meminta pelajar bekerja berpasangan bagi menyelesaikan soalan yang diberi - guru meminta setiap ketua kumpulan menampal kerja kumpulan pada papan putih untuk perbincangan kelas. Guru memberi lembaran kerja (Lembaran Kerja 2) untuk diselesaikan oleh pelajar secara individu. Guru pamerkan jawapan dan meminta pelajar menyemak secara pair check

Pelajar menyelesaikan secara berkumpulan secara berpasangan (2 orang). Pelajar menampal penyelesaian di papan putih untuk perbincangan kelas.

Sikap & nilai: bekerjasama, teliti & tekun Kaedah: pembelajaran koperatif berpasangan Rallytable Strategi: Penggunaan Lembaran Kerja

Langkah 4 (5 minit) Penilaian

Operasi kira tambah pecahan nombor bercampur.

Pelajar membuat lembaran kerja 2 secara individu

Kaedah: Pembelajaran koperatif struktur berpasangan pair check. Strategi: menggunakan Lembaran Kerja. Penilaian Formatif.

Pelajar menyemak secara pair check

Langkah 5 (4 minit) Penutup

Menambah pecahan nombor bercampur dengan penyebut yang sama.

Guru meminta pelajar membuat refleksi dan rumusan tentang pelaksanaan operasi. Guru memberikan soalan latihan untuk kerja rumah.

Pelajar membuat refleksi dan merumus.

KBKK: refleksi

Refleksi: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 189

Lembaran Kerja 1:
Bil 1 2 +3 =?
3 3 1 2

Soalan

Jawapan

2 1 +2 = ?
5 5 3 4

3 2 +3 =?
3 3 2 1

4 2 +4 =?
3 3 1 1

5 1 +4 =?
4 4 1 2

6 2 +1 =?
5 5 1 2

7 2 +5 =?
4 4 1 3

8 1 +2 =?
6 6 1 5

9 1 +5 =?
8 8 2 1

10 2 +3 =?
7 7 2 1

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 190

Lembaran Kerja 2:
Bil 1 2 +1 =?
3 3 2 2

Soalan

Jawapan

2 1 +3 = ?
5 5 2 3

3 2 +1 =?
3 3 1 2

4 1 +4 =?
4 4 1 2

5 5 +4 =?
5 5 1 1

Contoh 2: Tahun Tajuk Sub-tajuk Objektif :5 : Wang : Kira tambah wang : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Menambah wang sehingga RM1000. Kemahiran : Membuat kira tambah wang

Pengetahuan Sedia ada : i. ii. Nilai Murni Operasi kira tambah nombor perpuluhan sehingga 2 angka perpuluhan. Nilai wang ringgit dan sen. : Toleransi dan Bekerjasama

Alatan / ABM: Lembaran kerja.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 191

Langkah/ Masa Langkah 1: Set Induksi (5 minit)

Isi Kandungan

Operasi kira tambah nombor perpuluhan sehingga dua angka perpuluhan. Nilai wang ringgit dan sen.

Aktiviti (Wacana) Peranan Peranan Pelajar Guru Guru bertanya Pelajar bercerita pengalaman pengalaman pelajar yang masing-masing. pernah menyimpan wang di bank. Guru menujukkan contoh penyata bank tentang aktiviti Ali menyimpan wang di bank. Guru bertanya soalan seperti berikut: i. Seorang kanakkanak (iaitu Ali) mempunyai baki RM30.40 dalam simpanan bank. Dia menambah simpanan lagi sebanyak RM130.40 Berapakah jumlah wangnya sekarang. Guru menerangkan konsep dan kaedah kira tambah wang kepada murid dengan tayangan slaid (Slaid 1). Contoh: RM 250.90 + RM12.85 = Guru menerangkan tentang bentuk wang dalam ringgit dan sen. Titik perpuluhan memisahkan ringgit dan sen. Guru Pelajar berbincang tentang aktiviti menyimpan wang di bank.

Sikap/Nilai/ KBKK/Strategi/K aedah/BBM (Persekitaran) KBKK: refleksi dan perbincangan. Kaedah: Perbincangan

Langkah 2: ( 10 minit) Perkembang an Pengajaran

Operasi kira tambah wang sehingga RM1000.

Pelajar mendengar penjelasan guru. Pelajar mencuba melaksanakan operasi berdasarkan analogi kira tambah dua nombor perpuluhan. . Pelajar berbincang dalam kumpulan tentang prinsip yang perlu dipatuhi.

KBKK: Membuat refleksi Kaedah: Pembelajaran koperatif Strategi: menggunakan teknologi

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 192

menerangkan juga bahawa operasi kira tambah wang adalah sebagaimana operasi kira tambah nombor perpuluhan dengan dua angka perpuluhan. Langkah 3 ( 15 minit) Perkembang an Pengajaran Menjumlah wang sehingga RM1000 Guru menyuruh pelajar melaksanakan aktiviti jual beli. i. Aktiviti dalam kumpulan 4 orang. Wang palsu digunakan untuk membeli 2 barang. ii. Murid merekodkan penambahan wang selepas menjual dua barang. iii Pembentangan oleh setiap kumpulan untuk mendapatkan jumlah wang. Guru memberi lembaran kerja (Lembaran Kerja 4 mengandungi 5 soalan) untuk diselesaikan oleh pelajar secara individu. Guru mempamerkan jawapan dan meminta pelajar menyemak secara pair check Pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan 4 orang. Sipenjual melengkapkan jadual (Lembaran kerja 3) dan mengira jumlah wang selepas menjual 2 barang. Sikap & nilai: bekerjasama, teliti & tekun Kaedah: pembelajaran koperatif. Strategi: simulasi jual beli.

Langkah 4 (5 minit) Penilaian

Operasi kira tambah wang sehingga RM1000.

Pelajar membuat lembaran kerja 1 secara individu

Kaedah: Pembelajaran koperatif struktur berpasangan pair check

Pelajar menyemak secara pair check

Langkah 5 (4 minit) Penutup

Menambah wang sehingga RM1000

Guru

meminta pelajar membuat refleksi dan rumusan tentang pelaksanaan

Pelajar membuat refleksi dan merumus.

KBKK: refleksi Kaedah: Perbincangan dan soal jawab.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 193

operasi melibatkan wang. Guru memberikan soalan latihan untuk kerja rumah.

Refleksi: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________

Slaid 1 Tayangan slaid menggunakan Power Point Tanyakan pelajar: Berapakah jumlah wang dalam gambar ini?

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 194

Lembaran Kerja 3: Bil Harga barangan 1 (RM) Harga barangan 2 (RM) Operasi kira tambah dalam bentuk lazim Jawapan

Lembaran Kerja 4: Bil Harga barangan 1 (RM) 250.45 Harga barangan 2 (RM) 180.50 Operasi kira tambah dalam bentuk lazim Jawapan

356.57

289.56

456.32

267.56

258.98

456.56

245.76

76.43

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 195

1.

Dalam menyediakan rancangan pengajaran matematik, anda perlu mengenal pasti perkara-perkara berikut, jelaskan mengapa? i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Tahap pelajar (contoh Tahun 5) Tajuk. Masa. Objektif. Pengetahuan sedia ada. Bahan bantu mengajar. Sikap dan Nilai. Langkah. Isi kandungan. Aktiviti (guru dan pelajar). Kaedah /teknik/ KBKK

2.

Apakah kepentingan perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah?

10.5

KESIMPULAN

Kebolehan merancang dengan baik merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru. Kemahiran ini melibatkan perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan pengajaran jangka panjang iaitu perancangan susunan kerja untuk satu semester dan tahunan. Perancangan jangka pendek pula melibatkan persediaan mengajar harian dan mingguan serta penentuan objektif, prosedur, aktivitiaktiviti dan bahan-bahan bantu mengajar yang perlu dibuat sebelum pengajaran dijalankan. Perancangan pengajaran yang baik mesti mengambil kira aktiviti-aktiviti yang dijangkakan akan berlaku dalam bilik darjah, pemantauan dan refleksi tentang pengajaran pembelajaran. Di samping itu, aktiviti motivasi (set induksi), penyoalan dalam matematik dan pengalaman membina sendiri rancangan pengajaran matematik bagi tajuk-tajuk terpilih perlu diberi penekanan oleh guru.

10.6 1.

SOALAN PERBINCANGAN Berdasarkan kepada topik-topik berikut, sediakan satu persediaan rancangan pengajaran matematik dengan mengikut rancangan format secara lajur. a) b) c) d) Poligon. Mengukur jarak. Berat dalam kilogram Luas permukaan bagi bentuk 3 dimensi.

P e r a n c a n g a n P e n g a j a r a n | 196

e) 2.

Untung.

Nyatakan sama ada soalan-soalan berikut merupakan soalan yang sesuai; jika tidak, jelaskan mengapa. a) b) c) d) e) f) g) h) Kelas, adakah garis lengkung ini satu parabola?: Apakah langkah selanjutnya bagi menyelesaikan masalah ini? Adakah betul jika saya membahagikan kedua -dua belah persamaan dengan 5, Ali? Apakah nilai Sinus 30, Kelas? Jika kita gunakan Teorem Pythagoras kepada segi tiga ini, kita dapati AB sama dengan apa, Ali ? Bagaimana penyelesaian masalah diskaun berbeza dengan penyelesaian masalah untung, Siti ? Yang manakah sisi terpanjang bagi segitiga ini (menunjukkan kepada segi tiga ABC), kelas? Siapa boleh berikan penyelesaian kepada persamaan ini ?

3.

Pilih satu bidang atau topik besar dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM edisi Sekolah Bestari (2000), binakan satu peta konsep bagi topik tersebut.

UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 Saya dapat menyatakan merancang perancangan pengajaran pembelajaran matematik jangka pendek dan jangka panjang; 2 Saya dapat menulis rancangan pengajaran pembelajaran matematik dengan betul. Saya dapat mengaplikasikan perancangan pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai