Anda di halaman 1dari 2

Mohd Izzat bin Kamaruddin. IPG Kampus Pulau Pinang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Puan NurulNadia binti Abdullah, Ketua Unit Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Pulau Pinang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Puan, Per: SURAT TUNJUK SEBAB. Perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dengan maklumat salah laku pelajar, saya Mohd Izzat bin Kamaruddin dari kelas Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 mengakui kesalahan saya yang terlewat pulang ke kampus pada waktu yang telah dihadkan kepada pelajar pada 04 oktober 2013 lalu. 2. Saya ingin memohon maaf diatas kelewatan pulang semula ke kampus sebelum pukul 11 malam. Kelewatan saya yang pulang ke kampus pada pukul 11.15 malam adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama berkaitan kelewatan pulang ke kampus pada had masa yang telah ditetapkan dan saya sangat menyesali kesalahan yang dilakukan. 3. Pada malam tersebut, saya telah ke pasaraya Tesco berdekatan untuk membeli beberapa keperluan diri. Pada pukul 10.30 malam saya mula bercadang untuk bergerak pulang ke asrama namun, saya menghadapi masalah apabila enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Dalam keadaan cemas, saya telah menghubungi rakan saya saudara NabilulFikri daripada TESL 2 Ambilan Januari 2011 bagi mendapatkan bantuan. Ketibaannya mengambil masa yang lama sebelum 4.Daripada perkara yang berlaku, saya menyedari bahawa saya seharusnya mengambil tindakan yang lebih rasional dengan menelefon kepada warden bagi memaklumkan masalah yang dihadapi agar tidak menyusahkan pihak lain. Namun, disebabkan oleh situasi yang agak cemas menyebabkan saya tidak dapat membuat keputusan. Selain itu, saya turut telah melibatkan dan menyusahkan rakan saya untuk membantu saya menyelesaikan masalah ini sehingga menyebabkannya turut terlibat dalam kesalahan yang sama iaitu pulang lewat ke kampus melebihi had masa yang telah ditetapkan. 5. saya menyedari bahawa setiap tindakan saya mencerminkan komitmen dan kredibiliti saya sebagai bakal guru. Saya amat menyesali tindakan yang diambil dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.saya akan bersikap lebih prihatin dan rasional bagi mengatasi sebarang masalah. Malahan, saya akan memperbaiki keperibadian sebagai pelatih guru dan warga pendidik yang lebih berkualiti serta dapat memberi contoh yang baik kepada masyarakat. Sekian,terima kasih. Yang benar,

07

Oktober

2013

(MOHD IZZAT BIN KAMARUDDIN)

Anda mungkin juga menyukai